𝓝𝓸𝓪𝓱 | 3

125 6 0
                                    


    Pintu bilik air biliknya dibuka sebelum badan langsingnya keluar dari bilik air tersebut. Rasa segar dari sebelumnya selepas membersihkan diri.

   Dress labuh berwarna putih disarung pada badan. Rambutnya yang lembap dikeringkan menggunakan pengering rambut yang terletak di meja solek.

  Kemudian, dia menyikat pula rambut hitam panjang paras pinggangnya.

   Lalu, minyak wangi disembur sedikit pada leher dan sedikit pada bajunya yang putih itu.

  Bibir merahnya mengukir senyuman manis selepas melihat pantulan dirinya dari cermin. Cantik. Ops, terpuji diri sendiri. Haha.

  Tengku Orkid Aadryana mula melangkah keluar dari bilik luasnya lalu kaki mula menapak masuk ke dalam lif.

  Tidak lama kemudian, pintu lif tersebut dibuka. Terus sahaja Tengku Orkid Aadryana melabuhkan duduk di kerusi meja makan.

  Senyuman manis dilemparkan kepada mummy dan daddy. Puan Melur Razqya dan Tengku Adrian Raizer. Mereka berdua juga membalas senyuman manis permata bongsu mereka.

  " Morning daddy, mummy " ujar Orkid Aadryana.

  " Morning sweetie " balas Puan Melur Razqya lembut.

  Tengku Orkid Aadryana kini mengalih pandangannke hadapan dan sebelah kanannya. Mana pula abang-abangnya?

   " Morning daddy, mummy! " jeritan seseorang menyentakkan mereka.

  Terus Orkid berpaling ke arah abang keduanya, Tengku Aarian Xiev.

   " Morning Xiev " ujar Puan Melur Razqya pula.

  Kelihatan juga dua orang lagi jejaka melabuhkan duduk di hadapan dan kanan Orkid. Tengku Aezean Xavier, abang sulung Orkid dan Tengku Aaryan Noel, abang ketiga Orkid.

  Mereka mula menjamah makanan tanpa sepatah kata. Tengku Adrian Raizer paling pantang apabila berbual hal yang tidak penting di meja makan. Katanya tak ada adab.

  " Zean dah jumpa Noah? " soalan Puan Melur Razqya menghentikan pergerakan Tengku Aezean Xavier.

  Aezean terus menatap anak mata coklat milik mommy sebelum dia menggeleng lemah.

  " Susah nak jejak dia tanpa bantuan Black Tiger " ujar Tengku Aezean sambil mengerling sekilas daddy di sebelah mummy.

  " Jangan harap aku akan bagi kumpulan aku cari budak derhaka tu " dingin Tengku Adrian menuturkan. Tidak akan sekali-kali dia mengarahkan anak buah dari dunia gelapnya menyertai Aezean untuk mencari anak lelakinya yang hilang sejak bertahun-tahun lamanya.

  Orkid hanya menjadi pemerhati. Tidak berani langsung untuk mengungkapkan kata-kata yang tersemat kemas di dalam hati.

  " Sudah lah tu abang. Kenapa abang terus benci Noah tanpa tanya dia? Ask him why he left us " lembut Puan Melur Razqya menasihati suaminya.

  " Why should I? Terang-terang dia lari sebab dah tak nak tinggal dengan kita " sinis Tengku Adrian membidas.

   " Tak semestinya daddy. Maybe dia ada sebab? I know him! He's my twin " tegas Tengku Aaryan Noel membela adik kembarnya.

   " No! You dont know him!! I'm your father! His father! I know him more than you! I will never forgive him. I. Hate. Him. He was no longer my son " yakin Tengku Adrian berkata. Langsung tidak rasa bersalah. Sejurus itu, Tengku Adrian melangkah keluar dari ruangan tersebut. Meninggalkan sang emak dan anak-anaknya.

  Puan Melur Razqya mengeluh kasar.

  " Mummy? Everything gonna be alright. Kita akan jumpa abang Noah. And maybe daddy will forgive him? " bersungguh Tengku Orkid memujuk mummy di sebelahnya. Tubuh Puan Melur dipeluknha erat dari tepi.

   " Orkid right! Daddy cuma marahkan Noah. Daddy tak benci Noah. Rian yakin " bela Tengku Aarian Xiev pula.
 
   Puan Melur Razqya pula hanya diam. Dia buntu. Kesal. Kecewa. Kecewa dengan perangai suaminya. Kesal dengan pemergian anak terunanya.

   Dia juga tertanya-tanya. Bagaimana keadaan anak terunanya di luar sana? Ada tempat tinggal kah? Lapar kah? Boleh tidur? Ada duit?

   Dalam hati, tak henti henti dia berdoa kepada Yang Maha Esa. Setiap hari. Setiap pagi. Setiap malam. Doa seorang ibu sentiasa ada untuk anak-anaknya. Begitu sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

  

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

      Aadyan Noah mula melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Luthfan Zander. Televisyen yang sedia menyala itu ditontonnya.

  Rancangan berita itu ditonton mereka tanpa sebarang bunyi. Khusyuk.

  Mata hazel Aadyan mula mengerling rakan-rakannya sebelum dia bangkit dari sofa. Jam dinding dikerling seketika. Baru jam lapan pagi.

  Aadyan mula melangkah ke arah dapur. Tiba -tiba sahaja tekaknya haus.

  Gelas kaca diambil lalu air dari Coway mencurah laju ke dalam gelas kaca yang dipegang tangan kasar Aadyan Noah.

  Kemudian, Aadyan Noah meneguk air tersebut sebelum dia berhenti apabila mendengar bunyi suara rakan-rakannya.

  Terus badannya disendengkan di dinding sambil mendengar sahaja ucapan rakan-rakannya. Mata hazelnya masih lagi menatap televisyen.

    " Lama tak jumpa Zean. Rindu pula " kata Luthfan Zander.

   Kelihatan Daniell Hudfhi mengangguk kepalanya setuju.

  Aadyan Noah pula sekadar menjadi pendengar. Tahu siapa Zean yang dikatakan, cuma tak kenal wajah. Selama ini, dia terlalu sibuk sehingga tidak terlalu mengenali rakan-rakan sekutu dunia gelapnya.

  " Jom jumpa dia. Lama tak borak " ujar Harith Karl pula.

  " Kena tanya Kasy dulu. Nanti mengamuk pula sebab tak bagitahu apa apa " kata Zayyan Hayqayl pula.

  " Hmm. Betul gak " sokong Luthfan Zander.

  Aadyan Noah membuka langkah ke arah tangga. Mereka mengerling sekilas Aadyan Noah sebelum kembali menonton televisyen. Lali sangat dengan perangai pendiam Aadyan Noah.

  Tidak lama kemudian, Aadyan Noah kembali turun dengan baju yang berbeza. Maknanya Aadyan pergi menukar baju tadi.

  Luthfan Zander memandang Aadyan Noah pelik.

  " Kau nak pergi mana? " soal Luthfan Zander.

  Aadyan Noah menoleh. 
  " Hantar weapons dekat kem " balas Aadyan Noah.

  Luthfan mengangguk. Tahulah dia Aadyan diberi tugas untuk menghantar senjata api ke kem tentera.

  Selepas bayang Aadyan Noah hilang, Luthfan Zander memandang Zayyan Hayqayl.
 
   Zayyan Hayqayl mengangguk. Faham akan pandangan Luthfan yang menyuruhinya mengikuti Aadyan Noah. Bukan apa, risau ada musuh yang ingin membunuh Aadyan Noah semasa dalam perjalanan.

   Tambahan pula, Aadyan Noah tidak suka melawan. Puas mereka menasihati Aadyan Noah untuk bunuh sahaja siapa yang mengacaunya. Namun, Aadyan degil. Tak mahu.

  Katanya, dia benci akan pergaduhan dan pertumpahan darah.

  Jika ada misi penting sahaja Aadyan Noah akan mengotorkan tangannya.

 

   𖧷❀𑁍

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
  

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now