Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan bagi Tengku Aezean Xavier dan Bunga Arissa. Mengapa?Pastilah kerana mereka berdua akan diijab kabulkan beberapa minit lagi.
Sementara pengantin itu sedang bersiap, Aadyan pula merenung langit cerah di luar rumah Puan Marina. Tenang rasanya apabila melihat keindahan ciptaan Allah SWT.
Aadyan menunduk seketika apabila merasakan telapak tangannya seperti mengalirkan satu cecair.
Wajahnya kosong apabila melihat telapak tangannya mengeluarkan darah yang banyak. Tangan digenggam erat bagi menghentikan darah dari mengalir.
Kotak memori mula berfungsi apabila melihat darah itu. Darah itu, dia dapat beberapa minit tadi. Semata-mata hanya mahu menyelamatkan Anis Adrya yang hampir sahaja terjatuh kerana tergelincir di dapur.
Kebetulan pisau yang dipegang Anis terjatuh ke lantai sehingga hampir mengenai kaki Anis. Mujurlah Aadyan sempat menangkap anak mata pisau itu.
Kesannya, telapak tangan Aadyan berdarah kerana mata pisau itu menghunus dalam telapak tangan Aadyan.
Anis pula? Langsung tidak mengucapkan terima kasih. Dia hanya blah macam tu aje. Yang Aadyan pasti, Anis mesti mengadu pada ibunya, Melati.
Pasti Anis memutar belitkan cerita sehingga menampakkan Aadyan lah yang jahat tadi. Itulah yang menyebabkan Melati dan Azari asyik menjeling tajam Aadyan.
Aadyan tahu dia kehilangan banyak darah. Namun, tetap dia tidak mahu merawat tangannya. Katanya, tak mahu yang lain syak apabila dia keluar pada hari perkahwinan abang kandungnya.
Jadi, Aadyan mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja tangannya buat sementara waktu. Dia yakin, dirinya akan baik-baik sahaja. Aadyan Noah kan kuat?
" Kau kan. Kalau tak buat hal sehari memang tak sah kan? " suara garau itu menerpa gegendang telinga Aadyan.
" Apa lagi yang Noah buat kalini? " soal Aadyan.
" Kau jangan buat tak tahu. Melati bagi tahu aku yang kau cuba ambil kesempatan dekat Anis. Jangan macam-macam Aadyan Noah. Aku bagi amaran dekat kau " tegas Adrian.
" And? Daddy percaya? Daddy lebih percayakan orang lain daripada anak daddy sendiri? " Kecewa Aadyan menyoal.
" Ya. Aku tak akan sesekali percaya dekat pengkhianat macam kau " seraya itu Adrian masuk semula ke dalam rumah.
Menyakitkan hati. Namun Aadyan patut membiasakan diri. Kerana Aadyan tahu, Adrian akan membencinya. Sehingga akhir hayatnya.
Aadyan jelas, dia tak akan mendapat lagi kasih sayang seorang ayah.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
" Sah? "" Sah "
" Sah "
" Sah"
" Alhamdulillah " Adrian panjatkan syukur apabila anak sulungnya sudah selamat diijab kabulkan dengan buah hatinya, Bunga Arissa.
Mereka menadah tangan untuk membaca doa. Seusai itu, adegan menyarung cincin antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan dijalankan.
Aezean mencium lama ubun-ubun Arissa selepas wanita itu mencium tangannya.
" Noah. Kau ok tak? Kenapa aku tengok kau macam...pucat aje? " Bisik Zayyan.
Aadyan berpaling. Senyuman kecil dilakar." Ok " nafi Aadyan dengan nada yang berbisik juga.
Saat semua orang sudah mula beredar keluar untuk makan di khemah yang terletak di luar rumah Marina, Aadyan masih kaku di tempatnya. Sungguh dia rasakan pening yang teramat.
Mungkin ia kesannya apabila lukanya tidak dirawat dan dia kehilangan agak banyak darah.
Aadyan gagahkan diri untuk bangun. Dia perlu keluar berkumpul bersama yang lain.
Punggung dilabuhkan pada kerusi seusai sahaja dia tiba di meja yang menempatkan rakan-rakannya. Dia tak mahu duduk bersama keluarganya. Ada sebabnya.
Sebab yang pertama, dia malas mendengar segala sindiran dari adik beradik ibunya. Dan yang kedua, Aadyan hanya mengikuti arahan Adrian. Adrian tak mahu bersemuka dengannya. Katanya, Aadyan dah memalukan nama keluarga.
" Bro. Aku risau lah kau ni. Serius kau ok? " Perlahan nada Harith menyoal.
Aadyan menjungkit bahu.
" Aku pening sikit " balas Aadyan jujur." Jangan nak acah sakit pula. Kau nak cover perbuatan keji kau dekat anak aku kan? " sinis Melati tanpa memandang Aadyan dari meja sisi kanan Aadyan.
Aadyan mendengus.
" Diam bermakna betul. Kau ingat eh, jangan sekali-kali dekat dengan anak aku! Aku tak nak ada pembunuh dalam keluarga aku " tegas Melati.
Aadyan masih mendiamkan diri. Melati naik berang dengan kelakuan Aadyan.
" Oi! Kau memang bisu ek? Tak reti nak bercakap dah?! " jerkahan Melati membuatkan Aadyan terus mengeluh kasar.
" Ei mak cik! Jaga sikit mulut tu! Karang orang bercakap, marah! Tak bercakap, marah juga! " berang Zayyan dibuatnya.
" Apa?! Memang betul! Dia ni yang dah tak tahu nak bercakap. Tak hormat orang tua langsung " sindir Melati.
" Jangan buat hal mak ngah. Hari ni kan hari bahagia Vier. Tolong hormat orang " ujar Aadyan mendatar seraya beredar dari situ. Jika keberadaannya di situ menyakitkan hati, maka tak mahu dia berlama lagi.
Luthfan dan yang lain menjeling geram Melati. Bengang betul mereka dengan perangai Melati.
" Noah tak ok. I saw something " bisik Harith Karl.
" Apa yang kau nampak? " soal Kasyaf.
" Blood " balas Harith. Dia seorang doktor. Jadi, matanya pasti akan cekap untuk menangkap apa-apa kecederaan pada pesakitnya.
𖧷❀𑁍
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...