𝓝𝓸𝓪𝓱 | 15

104 5 0
                                    

     Jejaka muda itu merenung pantai di bawah matahari yang sudah mahu terbenam. Ombak-ombak bergenang di lautan yang tidak terkira luasnya.

   Mata kini dipejam rapat lalu udara segar dihirupnya lega.

   Angin sepoi-sepoi menampar badan sederhana tegap Aadyan Noah.

  Rambutnya yang hitam bergerak lembut diikuti dengan tamparan angin yang lembut itu.

  Mata dibuka kembali. Pemandangan indah di bumi Itali itu dia tatap dengan pandangan yang redup.

  Sudah sebulan berlalu sejak kejadian pencerobohan di majlis Kasyaf. Dan dua orang penceroboh itu masih tidak boleh dijejaki.

  Jejak mereka seolah-olah tidak wujud. Sangat sukar untuk mengesan mereka.

  Dan mereka mengambil keputusan untuk berehat dahulu. Namun begitu, kerja tetap diteruskan untuk menjejaki mereka.

  Sambil menyelam minum air.

  Mereka kini berada di bumi Itali menemani Kasyaf dan Medina yang ber-honeymoon disini. Atau lebih tepat, mengacau mereka honeymoon.

  Bengang juga reaksi Kasyaf apabila mereka mengikutinya ke bumi Itali itu. Tanpa pengetahuannya.

  Sampai sahaja di airport Itali, mereka memunculkan diri di hadapan Kasyaf tanpa rasa bersalah. Seperti tiada apa yang berlaku.

   " Oi!! Noah!! Jom makan! " laung Daniell dari ruang santapan pantai itu. Ruangan itu merupakan ruangan peribadi untuk mereka.

  Jadi, tiada siapa yang akan mengacau mereka makan.

  Aadyan bangkit dari bangku lalu kaki laju melangkah ke arah restoran tersebut. Punggung dilabuhkan di kerusi yang kosong.

  Aroma harum dari hidangan-hidangan di atas meja membangkitkan lagi selera Aadyan Noah.

  " Abang.. lepasni kita pergi jalan-jalan boleh tak? " soal Medina kepada suaminya dengan mata yang dipenuhi harapan.

  Kasyaf mengangguk sambil tersenyum nipis.
  " Anything for you, sweetheart " ucap Kasyaf tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

  " Jangan nak bergula dekat sini boleh ak? Pergi jauh sana nuh! Hormat sikit orang single macam kami ni " marah Hud sedikit bengang.

  " Sapa suruh kau ikut aku " ujar Kasyaf selamba.

  Hud menjeling Kasyaf. Kecik besar kecik besar je aku tengok si Kasyaf ni.

  Usai makan, mereka balik ke hotel untuk bersiap. Mereka mahu berjalan sepertimana permintaan Medina tadi.

   Aadyan memegang tombol pintu biliknya. Tak sempat dia memulas, suara seseorang menyebabkan dia berkalih. Seorang wanita dengan pakaian kerjanya menghampiri Aadyan.

  Mungkin wanita itu bekerja di hotel ini.

  " Excuse me, sir. Someone send you this " ujar wanita itu sopan.

  Ruas dahi Aadyan bertemu. Kotak hadiah yang berbalut elok di tangan wanita itu dia tatap.
 
  " Chi? " [ Siapa? ] tanya Aadyan sambil menatap mata cantik wanita itu.

  " Mi dispiace signore. Non ha detto il suo nome " [ saya minta maaf tuan. Dia tidak beritahu namanya ] balas pekerja wanita itu dengan rasa bersalah.
 
   Tanpa ragu Aadyan mengambil kotak itu dari tangan wanita itu. Kotak bertukar tangan. Aadyan tersenyum kecil kepada wanita itu.

  " Grazie " [ Terima kasih ] ujar Aadyan sebelum kelibat wanita itu hilang dari pandangan.

  Aadyan kembali masuk ke dalam bilik. Kotak segi empat itu diletakkan di atas meja.

  Malas mahu membuka, dia mengatur langkah ke bilik air. Mahu mandi dahulu.

  Beberapa minit diambil oleh Aadyan untuk dia menyiapkan diri. Dia hanya mengenakan gaya ringkas.

  Kemeja hitam berlengan panjang dengan seluar jeans hitam. Wangian yang dipakainya menaikkan lagi aura lelaki nya.

  Telefon pintar yang berada di kabinet sebelah katil dicapai.

  Tanpa boleh dikawal matanya kini tertancap pada kotak hadiah segi empat yang berada di atas meja berhadapan katilnya.

  Dia hanya merenung. Aadyan sedang berperang dengan fikirannya. Antara buka, atau biar.

  Akibat rasa ingin tahu yang mendadak, telefon diletakkan kembali lalu dia mengatur langkah ke arah meja tersebut.

  Penutup kotak itu dipegang. Jantungnya yang kian berdebar hebat dihiraukan.

  Penutup dibuka.

  Dup dap dup dap.

  Terbuntang besar matanya apabila melihat isi di dalam kotak tersebut.

  " Astaghfirullah " spontan bibir nipis Aadyan beristighfar.

  Bau hanyir darah menusuk rongga hidung.

  Di dalam kotak itu, terletaknya satu tangan yang sudah terpisah dari anggotanya. Dengan darah yang sudah kering yang membasahi lantai kotak tersebut. Menambah aura ngeri.

  Pada belakang tangan itu, jelas kelihatan satu simbol bulan sabit yang comot dengan darah.

  Jantung kian semakin berdegup kencang. Bagai nak terkeluar jantungnya saat itu.

  " You're weak Aadyan. Just die "

  Suara itu bermain di kotak ingatan Aadyan.

  Mata hazelnya kini tertancap pada satu kertas putih yang berada di dalam kotak tersebut. Tangan mengambilnya lalu dibaca surat itu.

   Long time no see Aadyan.
  Remember me?
 
  I will catch you again,
  Tengku Aadyan Noah.

- G

G. Singkatan nama itu. Dia cukup kenal.

  Kenangan hitam yang sepatutnya sudah berakhir, kini bermula lagi.

  Dia akan kembali.

  Untuk menyeksa hidup Aadyan.

  " Run.. And I will catch you again. You can't run from me because.. I want you to die "

  Aadyan memejam matanya rapat. Lututnya terasa longlai sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk.

  ' Ya Allah. Ujian apa lagi yang kau hadirkan dalam hidupku?  '

  ❀᯽❁

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
  " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya "
 

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now