Tengku Aadyan Noah merehatkan diri di kerusi di bawah khemah yang baru sahaja dipasang mereka sebentar tadi. Penat masih tersisa selepas membantu membangunkan khemah besar itu. Ditambah pula penat mendengar segala tomahan yang diberikan.Terpaksa lah Aadyan menadah sahaja telinganya. Sabar. Hanya itu yang dia mampu buat.
" Noah " tegur Aaryan Noel.
" Noel " Aadyan tersenyum manis.
" Kau..ok? " Aadyan menjungkit kening.
" Kenapa..kau tanya macam tu? " soalnya hairan.
" Taklah. Semua orang asyik mengumpat pasal kau. Lagi lagi tu, orang tua dua ekor tu " memuncung bibir Aaryan menunjukkan ke arah Melati dan Fahar.
Aadyan tergelak kecil.
" Tak baiklah Noel. Aku ok je. Takde apalah. Ini kan Noah " yakin Aadyan berkata." Ha Zean. Bila kawan-kawan kamu nak kemari? " soal Puan Marina kepada Aezean.
" Kejap lagi sampai lah tu " balas Aezean.
" Eh? Awal kemari? "
" Kata diorang, nak tolong apa yang patut " ujar Aezean.
PON PON!
Kuat bunyi hon kereta itu bergema di kawasan rumah Marina. Kelihatan lima buah kereta mewah diparkir di kawasan lapang di dalam perkarangan rumah Marina.
Rumah kayu Marina memang luas. Jadi, jangan pelik.
" Assalamualaikum!! " suara girang seorang Khalisha Maira menerpa gegendang telinga mereka yang memerhati.
" Beb! Lama tak jumpa!!! " Tiga orang sahabat itu berpelukan dengan gembira. Orkid, Khalisha dan Medina mula bercerita tentang kehidupan mereka sepanjang mereka tidak berjumpa. Becok mulut mereka bercerita tanpa menghiraukan sekeliling.
" Qis! Amy! Sampai pun " ujar Melur sambil bersalaman dengan Qistina dan Amy.
" Sorry lambat Rian. Jem tadi " kata Syaqil seusai dia berjabat tangan dengan Adrian.
" Eh. Tak apa "
" Weh broo!! Lama tak jumpa!! " ceria Daniell berkata sambil memeluk sesaat tubuh tegap Aezean.
" Ye do! " Aezean membalas ceria.
" Tak sangka kau akan berkahwin lepas aku " kata Kasyaf seraya berjabat dengan Aezean.
Aezean menjungkit bahu. Dah rezeki. Alhamdulillah, Allah beri awal.
" Amacam kau duduk sini? " soal Luthfan kepada Aadyan. Aadyan menjungkit bahu.
" Macam tulah. Hidup lagi " balas Aadyan acuh tak acuh.
" Tengok adik kau ni Noel. Jawab macam minta penumbuk " tak berpuas hati Luthfan mengadu.
" Betullah apa Noah cakap. Hidup lagi " Aaryan menyokong Aadyan.
Luthfan mencebik. Mentang-mentang kembar.
" Ha! Kau pula! Bila nak kahwin? " Harith menegur Aarian.
" Tak ada calon bro " balas Aarian dengan nada sedih.
" Tulah, sapa suruh tak cari " sindir Hud.
" Hek eleh. Dia pun sama! " Bidas Aarian. Kata kat orang, tak sedar diru tu pun masih single!
" Ini ke kawan-kawan kamu, Zean? " soal Fahar. Aezean sekadar mengangguk.
" Kawan Noah juga. Diorang lagi rapat dengan Noah, pak long " balas Aezean.
" Ooh..patutlah kaya. Berkawan dengan orang kaya rupanya " sindir Melati dengan makna tersirat.
" Mak ngah nak cakap Noah berkawan dengan diorang sebab harta ke? " tanya Aadyan yang memahami maksud Melati.
" Manalah tahu kan. Kau kan pengkhianat, penipu...pembunuh " sinis Melati tanpa memandang wajah Aadyan.
" Ikut mak ngah lah nak cakap apa pun. Noah malas nak bertekak dengan orang bodoh " bidas Aadyan seraya masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan pandangan tajam Melati.
" Abang! Dia cakap saya bodoh! " adu Melati kepada suaminya, Azari.
" Ya. Abang dengar. Nanti kita balas semula " bisik Azari pada cuping telinga isterinya. Sungguh bukan suami yang baik.
Melati tersenyum suka mendengar balasan Azari.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Tengku Aadyan Noah laju mencapai telefonnya seusai dia membersihkan diri. Perasaan ingin tahu semakin membuak apabila telefon itu tidak berhenti berbunyi.
Menandakan ada mesej yang baru dihantar.
Orang tak dikenali. Nombor yang tidak dikenali itu ditekan jari runcing Aadyan. Tekun iris matanya membaca segala mesej yang dihantar orang itu.
Jantung semakin berdegup kencang saat membaca mesej yang terakhir.
-I'll be back.
-How's your day?
-Membosankan? Menyakitkan hati? HAHA. Pity you.
-Guess..Who is the next person should I take to kill you inside.Bukan Aadyan tak faham maksud mesej terakhir itu. Mesej itu penuh dengan makna yang tersirat.
Terdapat seribu makna di dalam mesej itu.
Terang lagi bersuluh, Ghost telah mengambil langkah yang seterusnya. Entah siapa pula yang akan menjadi mangsa seterusnya untuk menyeksa Aadyan dengan perasaan kehilangan.
Aadyan terkilan. Ghost tiada perasaan kah sehingga sanggup membunuh isterinya sendiri? Begitu benci dirinya rerhadap arwah Charlotte?
Aadyan jadi tertanya-tanya, apa salah Charlotte terhadap Ghost? Sedangkan Charlotte langsung tidak membuat apa kesalahan terhadap Ghost.
𖧷☢︎☢︎᪥
Konflik semakin rumit. Adakah anda masih setia membaca? Silakan komen jika rajin.
Shukran!
Saya nak tanya sesuatu..
Bagi korang, best atau tak cerita ni?
Kalau tak, saya akan berhenti tulis.
Jangan lupa berselawat kawan-kawan!
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
Ringankan jari anda untuk menekan bintang di bawah. Shukran!
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...