Aadyan Noah menapak masuk ke dalam rumah agam itu seusai dia membeli hadiah di kedai serbaneka untuk hari lahir neneknya pada hari esok. Bibir mengukir senyum lega. Harap-haraplah Athalia terima hadiahnya yang tak seberapa ini." Kau pergi mana malam baru balik? " kasar Athalia menegur dari ruang tamu.
Berhenti kaki Aadyan dari melangkah. Kotak rantai yang baru dibelinya tadi dimasukkan ke dalam kocek. Tak mahu Athalia nampak.
" Aku tanya ni " dingin Athalia mendesak.
" Noah pergi kedai. Beli barang sekejap " balas Aadyan teragak-agak.
" Kau jangan nak menipu aku. Kalau kau beli barang, mana barangnya?! " jerkah Athalia. Geram dengan Aadyan.
Aadyan terdiam.
" Aku paling benci orang menipu aku. Kau jangan sesuka hati pergi dan balik rumah ni macam rumah ni kau punya! Sedar sikit yang kau tu hanya menumpang!! " Tengkingan Athalia kuat sehingga bergema di seluruh ruangan itu.
Sehinggakan Adrian dan yang lain turun untuk melihat apa yang terjadi.
" Ma? Kenapa marah malam-malam ni? " soal Melur dengan dahi yang berkerut.
" Anak kau ni lah! Menyusahkan!! " balas Athalia seraya menjeling tajam Aadyan.
" Kenapa dengan Noah? Noah buat salah apa sampai mama marah macam ni? " soal Melur lagi.
" Dia ni memang menyusahkan kalau kau masih tak sedar. Dia ni, pembunuh! Penipu! Pengkhianat!! " kuat Athalia menjerkah.
" Apa ni ma? " soal Adrian tidak faham. Kenapa mamanya begitu marah malam ini?
" Biar aku bagitahu satu rahsia dia. Dia, anak kau, darah daging kau ni, pembunuh! Dia punca Adam mati! Dia bunuh Adam!!! " Aadyan memandang Adrian dan Melur untuk melihat reaksi mereka.
Jelas reaksi mereka terkejut.
" Nenek, jangan menuduh sebarangan. Berdosa tahu " tegur Arissa lembut. Walaupun dia masih baru di keluarga ini, dia jelas sekali dengan masalah keluarga ini.
" Aku tak menuduh. Kalau nak tahu, penculikan dia beberapa tahun lalu hanyalah penipuan! Dia tipu kau semua. Hanya untuk bunuh suami aku. Itu tujuan sebenar dia "
" Ma? "
" Tak percaya lagi? Black Dragon's? Right? Mereka yang tolong kau bunuh Adam, kan? " fitnah Athalia.
Sakit rasanya hati Aadyan saat difitnah sebegitu rupa. Padahal, dia tidak mengenali lagi Black Dragon's semasa umurnya masih sembilan tahun.
" Diam bermakna betul " pintas Athalia.
Aadyan diam. Biarlah apa nak jadi. Dia tak mampu membela dirinya tanpa sebarang bukti. Lagikan pula, semua orang di sini tidak mempercayai dia dari dulu.
" Aadyan Noah. Is it right? " soal Melur dengan suara bergetar.
Aadyan Noah diam.
" Tak payah tanya. Dia tak akan mengaku. Dah tentulah ianya betul! " sampuk Athalia.
Aadyan Noah sempat mengerling adik-beradiknya yang hanya menatapnya dengan pandangan penuh benci, marah.
" A...aku menyesal " Aadyan berpaling ke arah Melur saat Melur bersuara.
" Aku menyesal lahirkan kau! Kenapa kau tak mati aje dari dulu?! Kenapa kau perlu wujud dalam dunia ni?!! Sanggup kau tikam belakang keluarga kau sendiri?! " tiada lagi nada lembut pada nada Melur.
Melur menatap Aadyan penuh benci.
Aadyan terdiam. Sakit sangat hatinya sekarang. Apabila menerima tomahan daripada ibu kandung sendiri.
" Aadyan. Kau dengar sini baik-baik. Mulai dari hari ini, kau.. bukan lagi ahli keluarga Tengku Adrian! Kau bukan anak aku! Bukan anak Tengku Adrian! Kau hanyalah orang asing bagi kami. Yang langsung tak berharga! Sampai mati pun, aku tak akan maafkan kau " tunak mata Aadyan merenung Adrian. Sekaligus menetapkan.. Aadyan bukan sesiapa lagi di keluarga ini. Dia bukan anak, bukan seorang abang, bukan seorang adik, bukan seorang cucu di keluarga ini.
" Sekarang, berambus! Berambus dari rumah ni! Hidup atau mati, tak ada kaitan lagi dengan kami!! " sesenang itu kata-kata tersebut dilontarkan.
Kaki melangkah keluar dari rumah tersebut. Longlai kakinya melangkah ke arah kereta mewahnya.
Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta, kereta dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah agam tersebut.
" Hiks "
Tak mampu ditahan lagi tangisannya. Kereta diberhentikan di bahu jalan raya.
Kepala dihentak-hentak pada stereng kereta. Sakit. Namun tak sesakit hatinya sekarang.
" Hiks hiks " tiada siapa yang mampu mendengari suara esakannya.
Jadi, dia memutuskan untuk menghamburkan sahaja segala rasa kecewa dan sedihnya. Aadyan tak mampu berlagak kuat lagi. Selepas ini, mungkin dia perlu juga untuk berpura-pura. Namun, boleh kah dia?
' Tolonglah aku Ya Allah. Kuatkan hati hambamu ini Ya Allah ' Hanya kepada pencipta Aadyan mampu mengadu.
Sepuluh minit berlalu, matanya juga sudah sembab dek air mata. Tangan mengesat kasar matanya.
Sekarang, dia tekad. Tekad untuk tidak lagi mengemis kasih sayang ibu bapanya. Dia sudah dibuang, dan mereka juga sudah tidak menganggapnya sebagai anak.
Jadi, Aadyan akan menyambung. Aadyan akan memenuhi permintaan Melur dan Adrian.
Dan mulai hari ini, Aadyan hanyalah sebatang kara. Tiada ibu bapa. Tiada adik beradik. Hanya dia, seorang diri.
Jadi, selepas ini kemana dia akan pergi? Sudah pastinya Malaysia.
Aadyan akan tamatkan semua ini. Bunuh Ghost dan hidup bahagia dengan Black Dragon's. Tanpa mengingati lagi Tengku Adrian mahupun Melur Razqya.
In Sya Allah, dengan izin Allah.
𖧷𑁍☢︎︎
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...