𝓝𝓸𝓪𝓱 | 42

93 5 0
                                    


    " Thanks " ucap Aadyan seusai Harith membalut tangannya dengan bandage. Senyuman nipis dilemparkan.

   " No problem. Ni, kalau kau rasa pening lagi panggil aku tahu. Jangan berani kau nak pendam " tegas Harith.

  Aadyan mengangguk malas.

  " Rehatlah. Aku nak keluar. Majlis dah mula kut " pinta Harith seraya bangun dari duduk. Mungkin majlis persandingan Arissa dan Aezean sudah bermula.

  " Pasal abang kau, kau jangan risau. Kitorang dah bagitahu Zean. And dia faham "

  Aadyan menghela nafas lega.
" Thank you Rith. " Walaupun begitu, ada sesuatu yang merisaukannya.

  " Pasal makcik mulut puaka tu kau jangan fikir sangat lah. Pandai pandailah kitorang uruskan " Harith seperti mengetahui apa yang bermain di dalam fikiran Aadyan.

  " Tapi, Anis fitnah aku. Aku takut kalau daddy and mommy percaya "

  Harith terdiam.
  " Walau apa pun jadi, Black Dragon's tetap percayakan kau. You still have us if they don't believe you " tegas Harith.

  Aadyan mengangguk lemah. Yang boleh dia buat hanyalah berdoa kepada Allah.

  Aadyan membaringkan dirinya di tilam selepas sahaja Harith keluar dari bilik itu. Siling ditatap lama.

  Kepalanya runsing memikirkan masalah yang asyik menimpa sejak dia duduk di sini. Aadyan tidak faham, mengapa Melati dan Fahar serta sepupu-sepupunya sangat membencinya?

  Lama dia termenung sehinggalah dia tewas dengan kantuknya tanpa sedar.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

    

     Aadyan berjabat tangan dengan Black Dragon's serta Khalif dan Syaqil.

   " Kitorang balik dulu. Apa-apa call tahu! " Pesan Luthfan. Aadyan sekadar mengangguk.

  Mereka semua masuk ke dalam perut kereta masing-masing. Beberapa saat kemudian, kereta-kereta mewah itu mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Puan Marina.

   Aadyan tidak pelik apabila Melati dan Fahar tidak memakinya pagi ini.

   Kerana Aadyan tahu apa yang membuatkan mereka jadi begitu.

   Mereka berdua sudah tahu kebenarannya. Tentang fitnah yang dibuat Anis semuanya tidak betul. Perkara itu dibongkarkan secara meluas. Masa itu, majlis persandingan masih berlangsung dan pada waktu itulah Black Dragon's termasuk Aadyan beraksi.

  Melati malu teramat apabila mengetahui kebenarannya. Tapi, dia masih ego untuk meminta maaf kepada Aadyan. Aadyan tak kisah.

  Pada malam itu, Aadyan tidak ada bersama. Semua tahu Aadyan berehat di dalam biliknya walaupun hakikatnya, dia sedang memerhati apa yang terjadi.

Kerana itu, code name miliknya ialah Phoenix. Phoenix bekerja secara pantas dengan sayapnya. Phoenix bebas mencari segala yang diinginkannya dengan sayapnya. Phoenix ialah mitos, langsung tidak wujud dan seperti Aadyan, dia bekerja tanpa meninggalkan jejak. Hasil kerjanya tidak dapat dilihat jika tidak diteliti dengan bagus.

  Kerjanya langsung tidak dapat dikesani. Dan menjadikan ianya hanyalah palsu.

  Bagi Aadyan, hutang nyawa dibalas nyawa. Hutang darah dibalas darah. Aadyan hanya memulangkan apa yang mereka buat kepadanya.

Walaupun begitu, tidak pula Aadyan mengupah orang untuk memukul mereka berdua. Aadyan tidaklah terlalu kejam. Dia masih ada hati perut.

  

  𖧷❀᪥

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد

Sorry! Pendek aje untuk chapter ini. Saya kehilangan idea.

Harap kesemua readers dapat setia dengan cerita ini sehingga penghujungnya!

Shukran!
 

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now