" Baba!!! " jeritan Delisha menyebabkan Aadyan laju sahaja menuruni anak tangga.Saat tidak melihat kelibat si gadis di ruang tamu, dia beralih pula ke ruang santapan. Gelap.
Sudahlah sekarang malam. Gelap pula tu. Suis lampu pula Aadyan sudah lupa dimana. Akibatnya terlalu lama duduk di hospital. Hilang ingatan terus.
" Little sun? Where are you? "
Senyap. Soalan Aadyan dibiarkan tidak berbalas.
Aadyan berkerut. Pelik. Tadi ada suara, sekarang tak ada orang pula.
POP
Confetti berwarna-warni mula berterbangan di udara saat diletupkan. Serentak dengan lampu yang dibuka oleh Amy dan suara-suara nyanyian.
" Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthyday to Noah! Happy birthday to you!! Wohoo!! "
Aadyan terkaku di tempatnya. Dia masih mencerna apa yang berlaku sekarang. Happy birthday? Birthday sapa pula ni?
Aadyan menoleh melihat kalendar. 7 Julai. Ouh. Patulah. Hari ini merupakan hari lahirnya.
" Happy birthday baba!! " suara gadis itu membuat Aadyan menunduk ke bawah.
Aadyan melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan Delisha.
" Thank you dear! Thank you korang! " kata Aadyan terharu.
" Hehe. Welcome baba! Semoga baba dapat jadi orang yang paling bahagia dekat bumi ni " kata Delisha dengan senyuman manisnya.
" Macam mana korang ingat? Sedangkan aku pun dah lupa " kata Aadyan sambil memandang Black Dragon's, Syaqil, Khalif, Medina, Khalisha, Amy dan Qistina.
" Of course kami ingat. Kami kan keluarga Noah " kata Amy dengan senyuman.
" Dah dah. Jom makan kek! " Ajak Medina Sofia.
Kini, semua orang berdiri di sekeliling meja makan. Aadyan memotong kek vanila kemudian diiringi dengan tepukan dari mereka.
Kemudian, mereka menjamu selera. Sempat hadiah yang mereka sediakan untuk Aadyan diberikan kepada Aadyan.
" Baba. Baba suka tak? " tanya Delisha dengan nada perlahan. Tak nak orang lain dengar.
Aadyan mengangguk.
" Suka. Baba happy harini "" Hehe. Baguslah. Baba nak tahu tak, aunty Mai hampir jatuh tangga tahu sebab nak gantung belon dekat atas " ujar Delisha dengan nada serba salah.
" Ouh iya? Baba kena berterima kasih dekat dia nanti sebab gadaikan nyawa untuk gantung belon " Delisha ketawa comel.
" Eve pula? Buat apa untuk baba? " soal Aadyan saja ingin tahu. Walaupun hakikatnya dia tak berharap Delisha lakukan kerja berat untuknya. Dia takut apa-apa tak diingini berlaku.
" Isha goyang kaki je. Hehe. Tapi Isha ada hadiah untuk baba! " kata Delisha teruja.
" Oh iya? " Aadyan ingin tahu.
Delisha menghulurkan satu kad yang dibuat dari kertas warna. Kad hari lahir itu dihulurkan kepada Aadyan. Aadyan menyambut lalu muka depan kad itu dibaca. ' Happy birthday baba! '
Kemudian dibuka pula untuk membaca isi dalamnya.
' Selamat hari lahir baba! Terima kasih sebab sudi jaga Isha lepas papa dah tak ada. Isha harap papa akan selalu ada dengan Isha sampai lah Isha besar nanti. Semoga baba jadi seorang yang selalu happy. Isha tak suka baba sedih. Isha pun ikut sedih. Lagi sekali, happy birthday baba! '
Panjang lebar kata-kata di atas kertas itu. Aadyan berkalih pula kepada Delisha selepas membacanya. Delisha tersenyum manis.
" Isha mampu bagi tu je. Isha tak ada duit nak beli barang macam uncle Luth, uncle Yan dengan uncle Kasy " sedih Delisha berkata.
" Tak apa sayang. Ini pun dah cukup. Terima kasih little sun "
Delisha kembali tersenyum.
" Sama-sama baba! Baba janji tau jangan tinggalkan Isha. Isha tak nak baba tinggalkan Isha macam mama papa "Aadyan mengangguk kecil.
" Janji dear. Baba janji "' Dengan izin Allah ' sambung Aadyan di dalam hati.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎" Baba! Isha dah siap mandi! " kata Delisha sambil berlari ke arah Aadyan yang berada di bilik kerjanya.
Aadyan mendukung Delisha lalu meletakkan Delisha di atas ribanya.
" Wangi tak? " soal Delisha.
" Wangi. Dear mandi sendiri? " tanya Aadyan. Sebab selalunya Khalisha atau Medina yang akan datang untuk mandikan Delisha.
Delisha mengangguk.
" Pandai tak Isha? "" Isha sentiasa pandai. Cerdik, bijak " pujian Aadyan membuat senyuman Delisha semakin lebar.
Aadyan membuka laci meja. Lalu satu kotak rantai diambil. Dibuka penutup kotak itu lalu lincah tangannya menyarungkan rantai berloket rama-rama biru galaksi itu di leher Delisha.
Siap, Delisha menilik loket rama-rama cantik tersebut. Terpegun matanya melihat rantai itu.
" Hadiah untuk Eve. Eve suka? " tanya Aadyan. Delisha mengangguk laju.
" Suka! Isha suka! Terima kasih baba!! " ujar Delisha.
Aadyan tersenyum kecil. Baguslah Delisha suka rantai itu. Rantai yang dibelinya di Itali untuk Athalia kini dia serahkan kepada Delisha. Menunjukkan betapa berharganya seorang kanak-kanak berusia lima tahun itu untuk Aadyan.
Rantai itu, akan selalu mengingatkan Aadyan bahawa Delisha lah yang menjadi penyinar hidupnya.
Rantai yang bernilai hampir berjuta ringgit itu dia hadiahkan kepada Puteri Delisha. Niatnya untuk menghadiahkan rantai tersebut kepada Athalia semasa hari lahirnya terbatal.
Selepas ini, Aadyan tak mahu lagi fikir tentang mereka. Tentang keluarganya.
Jika mereka membuang dia, maka, Aadyan juga akan begitu. Aadyan akan buang mereka daripada hidupnya.
Bukan mereka insan yang Aadyan sayang lagi. Yang Aadyan sayang hanyalah Puteri Delisha Evelyn dan Black Dragon's.
" Noah! " terjah Zayyan.
Aadyan dan Delisha serentak menandang Zayyan dengan pandangan yang hairan. Kening dijungkit untuk mengetahui apa yang berlaku.
" M... Medina! "
" Kenapa dengan Dina? " soal Aadyan. Kenapa pula dengan wanita mengandung itu?
" M... Medina hilang "
𖧷𑁍᪥
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...