Harith Karl memandu keretanya untuk pulang ke rumah agam Black Dragon's. Sesekali dikerling Aadyan Noah di sebelah yang hanya mendiamkan diri sambil memandang di luar tingkap.Kini, keadaan Aadyan lebih baik dari sebelumnya. Aadyan sudah kembali seperti dahulu. Ceria dan suka bergurau dengan rakan-rakannya.
Persoalan tentang mengapa Aadyan berubah beberapa hari dulu kini hanya dipendam oleh mereka. Mereka tak mahu membuat mood Aadyan berubah lagi.
Melihat Aadyan kembali seperti dahulu sahaja sudah cukup menyenangkan mereka.
Keadaan lebuh raya lengang kerana sudah lewat malam.Dan ia menyenangkan Harith untuk memandu. Tak perlulah dia bersesak-sesak untuk pulang.
Luthfan, Zayyan, Daniell dan Hud pula masih berada di KE Company untuk menyelesaikan kerja mereka yang masih tidak selesai.
Aadyan pula sudah menyiapkannya cepat. Dan disebabkan rakan-rakannya tak boleh menghantarnya pulang, mereka menyuruh Aadyan supaya memanggil Harith yang kebetulannya baru sahaja habis operasi di hospital.
Selalunya Aadyan menumpang sahaja kereta Luthfan untuk ke Company.
Tanpa sedar mereka sudah sampai di rumah agam Black Dragon's.
Mereka berdua keluar dari kereta lalu langkah ditala ke pintu rumah agam tersebut.
Sebaik sahaja pintu dibuka, gelap menghiasi iris mata mereka berdua.
Suis lampu ditekan berkali-kali namun tiada cahaya yang menyinari rumah itu.
" Aik? Tak ada elektrik ke? " ujar Harith hairan.
" Aduh. Malas lah aku nak baiki. Esok jelah "
Aadyan mengangguk setuju. Mereka berdua membuka langkah untuk ke bilik mereka.
Tangga dinaiki satu persatu.
Aadyan berhenti berjalan apabila dia sudah melangkah ke anak tangga terakhir. Harith pula sudah menaiki tangga ke tingkat tiga. Tinggal dia seorang di situ.
Jantung yang berdegup kencang segera dia usap. Mengapa Aadyan rasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini?
Perasaan negatif cuba dia tepis namun tidak berjaya.
Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah biliknya. Tetapi, kaki berhenti apabila mendengar derapan kasut kulit.
Kepala menoleh. Gelap.
" Rith? Kau ke? " soal Aadyan sedikit kuat.Satu saat.
Dua saat.
Masih senyap.
Kemudian, derapan kaki itu kedengaran semakin dekat dengan Aadyan Noah dan Aadyan dapat melihat samar-samar susuk itu.
Lelaki.
Pasu bunga yang kosong diambil di atas kabinet bersebelahannya. Tidak sempat dia ingin memukul kepala lelaki itu, lelaki itu panras bertindak dengan mencekik leher Aadyan kuat.
PRANGG
Hasilnya, pasu yang dipegang Aadyan tadi jatuh ke lantai dan menjadi serpihan kaca.
Lelaki itu berjalan laju ke hadapan dengan tangan yang masih mencekik Aadyan. Langkah dihentikan dan Aadyan terhempas kuat di dinding akibat tolakan lelaki itu.
Semakin senak terasa apabila lelaki itu semakin menguatkan cekikan seperti ingin membunuh Aadyan.
" Noah! " jeritan seseorang membuatkan Aadyan membuka matanya.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...