𝓝𝓸𝓪𝓱 | 18

106 5 0
                                    


    Kasyaf berlari ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu di kerusi hospital di hadapan bilik pembedahan.

  Medina, Khalif, Qistina, Khalisha, Syaqil dan Amy iaitu isteri Syaqil dan ibu Medina juga turut hadir mengekori langkah Kasyaf.

  Kasyaf memandang satu persatu wajah rakan-rakannya yang kelihatan tiada langsung reaksi.

  " Macam mana? Diorang ok kan? " soal Kasyaf risau.

  " Rith stabil. Cuma, Noah .... " Luthfan menggantungkan ayatnya sambil memandang pintu bilik pembedahan itu.

  Sudah dua jam Aadyan berada di dalam. Masih tiada khabar berita.

  " A-aku tak tahu " sambung Luthfan.

  Kasyaf terduduk di kerusi sebelah Luthfan. Medina yang melihat terus mengusap belakang badan Kasyaf agar bertenang.

  " Sorry. Aku l-lambat. Kalau lah aku balik awal, mungkin Noah dah keluar sekarang "

  Kasyaf diam.

  " Bertenang Kasy. Kita tunggu " serius nada Khalif menenangkan anak sulungnya.

  Setengah jam berlalu dan mereka masih setia menunggu.

  Kedengaran pintu bilik pembedahan terbuka. Terpampang doktor Rose yang menguruskan Aadyan di dalam sejak dua jam lebih tadi.

  " Doktor! Macam mana dengan kawan saya? " serbu Kasyaf.

  Rose tersenyum tawar.
" Alhamdulillah dia selamat. Keadaan dia juga stabil. Cuma,.. encik lambat bawa di ke hospital dan menyebabkan dia kehilangan banyak darah dan kecederaan dia juga cukup parah.  Secara ringkasnya, encik Aadyan.. koma dalam jangka masa yang saya tak tahu "

  Penerangan Rose menyebabkan mereka menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya keadaan Aadyan stabil dan bukannya kritikal.

  " Terima kasih doktor " ucap Luthfan. Rose mengangguk lalu dia berjalan pergi dari situ.

  Terkilan juga doktor muda itu apabila menerima pesakit yang merupakan jejaka yang menjadi penghuni di hatinya. Cukup membuatkan dia hampir pengsan apabila melihat keadaan Harith parah.

   " Macam mana boleh jadi begini? Apa yang terjadi sebenarnya? " Syaqil bersuara.

  Luthfan memandang Zayyan dan Zayyan memandang Luthfan.

  " We don't know! Balik balik aje, diorang dah ... teruk macam tu " balas Zayyan jujur.

  " Ada kesan pergelutan. Dan leher Noah pun ada kesan dicekik " balas Luthfan pula. Serius sahaja nadanya.

  " Siasat. Cari dia " arah Kasyaf dingin.

  Mereka berempat mengangguk faham.

  " Ask Harith and Noah too after they after they wake up " celah Khalif tegas.

                                 🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

  
   Genap tiga minggu sejak kejadian itu berlaku. Namun, Aadyan Noah masih belum sedarkan diri. Harith sudah sedar seminggu yang lalu.

  Harith juga memberitahu apa yang dia nampak pada waktu itu. Namun, maklumat Harith tidak mencukupi.

  Dan Harith kata semua maklumat lain hanya Aadyan yang tahu.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now