𝓝𝓸𝓪𝓱 | 46

94 5 0
                                    


    Aadyan Noah tersenyum palsu apabila dia sudah sampai di markas Black Dragon's. Seperti biasa, senyuman manis pasti akan menghiasi wajahnya apabila terserempak dengan anak buah Black Dragon's. Namun hari ini, senyum manis itu diganti dengan senyum palsu.

    Aadyan masuk ke dalam bilik mesyuarat Black Dragon's.

  " Hye guys! I'm back!! " tutur Aadyan dengan nada yang dibuat-buat ceria.

   Punggung dihenyakkan di atas kerusi yang tertulis nama Phoenix di badan kerusi itu. Kasyaf dan Khalif masih belum ada.

   " Welcome back Noah. We're sorry. Kami ganggu percutian kamu " ujar Syaqil dengan perasaan bersalah.

  " Ouh! It's okay. Saya pun memang nak balik sinis harini. Yelah, kena buang kan " Aadyan tergelak kecil.

   Namun, yang lain semua tidak ketawa. Terus Aadyan berdehem.

  " Apa maksud kau kena buang? " soal Zayyan hairan.

  Aadyan menjungkit bahu.

  " Kena buang. Macam manusia buang kucing dekat tong sampah " okay. Sekarang, mereka faham.

  Bunyi kuakan pintu membuat perbualan mereka terhenti. Kasyaf dan Khalif duduk di kerusi khas milik mereka.

  " Maaf. Kami lambat " ujar Khalif.

  " So, semua dah ada. Kita mulakan "

  " Phoenix. Kau patut berhati-hati lepas ni. Ghost dah mulakan langkah pertama. Kemungkinan dia akan terus bunuh kau, atau culik orang yang kau sayang untuk umpan kau "

  " Even aku pun kena berhati-hati. Ghost cuba nak culik Sofia semalam " kenyataan itu mengejutkan Aadyan.

  " And? "

  " Mujur Dina sempat lari. Kau nak tahu? Dina tendang tempat sulit orang yang nak culik dia semalam. Aku yang dengar pun dah rasa seriau " ujar Daniell seraya ingin mengembalikan senyuman ikhlas Aadyan.

  Aadyan tergelak kecil. Lawak pula. Ganas ek kakak ipar kita ni.

  " Bini kau ni ganas lain macam sejak mengandung " celah Luthfan.

  Kasyaf menjungkit bahu.

  " Wait. Dina pregnant? " soal Aadyan. Mereka semua mengangguk.

  " Two weeks " ujar Kasyaf.

  " Congrats!! " Aadyan turut bahagia.

  " Uncle rasa kau patut jaga Sofia elok-elok. Ghost tak mungkin putus asa macam itu aje. Dia pasti akan cuba lagi untuk culik Sofia " celah Syaqil. Risau akan anak perempuan tunggalnya.

  " That's all for now " kata Khalif. Menamatkan mesyuarat ringkas mereka hari ini.

   Tak sempat Aadyan ingin bangun, Khalif bersuara.

  " Noah. Are you ok? " soal Khalif prihatin.

  Aadyan menjungkit bahu.
" Ok " balas Aadyan tanpa nada.

  " He's lying Snake " celah Syaqil.

  " So, what's wrong Noah? What happen? Kenapa kamu kata kamu dibuang? " bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Syaqil.

  " Nothing serious. They said that I killed Adam and daddy kata Noah bukan lagi sebahagian dari keluarga tu. So, Noah dibuang lah kan? Noah dah tak ada keluarga " biasa nada Aadyan menjelaskan. Namun, mereka tahu betapa hancurnya hati Aadyan tika ini.

  " You're wrong. We're still your family! Black Dragon's always here for you " pujuk Khalif. Turut rasa berdukacita atas apa yang dihadapi Aadyan.

  " Aku akan belasah Zean lepas dia balik nanti. Tunggulah. Berani dia buat Phoenix kita macam ni? " nada Luthfan penuh marah berkata.

  " Aku nak belasah Xiev "

  " Aku pula nak belasah si Noel " ujar Daniell dan Hud.

  " Dahtu, Orkid? " soal Harith.

  " Dia perempuan " kata Daniell.

  Jeda. Berkelip mata mereka memandang sama sendiri.

  " Biar aku belasah " tawar Zayyan.

  " Berani kau belasah perempuan? Dasar lelaki dayus " bidas Hud.

  " Ok. Orkid kita lepaskan " putus Luthfan.

  Aadyan tergelak kecil mendengar perbincangan mereka. Hati Aadyan sedikit tenang apabila bersama Black Dragon's.

  Khalif, Syaqil dan Kasyaf turut tersenyum. Sedikit sebanyak terhibur dengan Black Dragon's yang mampu membuat Aadyan kembali tersenyum.

  Mereka sahabat yang baik.

 

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

     
   Baru tadi Aadyan bergelak ketawa, namun sekarang, hanya duka yang memenuhi hidup.

   BUK

  Satu lagi tumbukan dilepaskan pada punching bag sebelum dia terduduk lemah di lantai. Kepala dihentak-hentak pada dinding. Kuat.

   " Noah. P-putera " gagap Syaqil memanggil Aadyan.

  " Kenapa dengan Aqil? " soal Aadyan hairan.

   " P-putera...meninggal " hilang senyuman Aadyan saat mendengar khabar itu.

  Sekali lagi, hatinya retak. Dia sudah kehilangan lagi seorang insan yang disayangi.

  Sahabatnya, sudah pergi?

  Secepat itu?

  " They said that.. Putera kemalangan " walaupun begitu, Aadyan tahu ini angkara siapa.

  Kalau bukan Ghost, siapa lagi.

  " D... Delisha? How about her? " Cemas Aadyan menyoal tentang keberadaan anak Aqil.

  " Uncle tak tahu tapi mereka cakap Aqil hantar Delisha ke Malaysia sebelum dia mati. Tapi, uncle tak tahu Delisha dekat mana sekarang " terang Syaqil.

  ' Allahu '


   Aadyan terkesima sendiri di tempatnya. Sungguh cepat semuanya berlaku. Dan sekarang, Puteri Delisha Evelyn hilang. Entah hidup entah mati gadis kecil berusia lima tahun itu.

   Aadyan bangun dari duduk. Dia keluar dari bilik latihan markas Black Dragon's. Langkah ditala menuju ke keretanya.

  Kereta dipandu laju membelah angin pagi.

  Aadyan perlu mencari sesuatu. Sesuatu tentang Puteri Delisha Evelyn binti Putera Aqil. Dia perlukan maklumat itu untuk menemui gadia tersebut.

   Aadyan pasti, arwah Aqil menghantar anaknya ke Malaysia.. untuk Aadyan jaga Delisha. Mungkin Aqil tahu dia akan mati di tangan 'seseorang'.

 

⁂𑁍᪥

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد

 

 

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now