Aadyan Noah menapak masuk ke dalam rumah agam Tengku Adrian. Sempat titipan salam diucapkan. Langkah ditala menuju ke ruang tamu.
Rumah itu sangat sunyi. Seperti tiada penghuni.
Dimana semua orang?
" Haa. Dah balik. Ingatkan taknak balik " suara garau Tengku Adrian menyapa gegendang telinga Aadyan.
Aadyan hanya mampu diam.
" Kalau kau nak jumpa mak kau, dia ada dekat atas. Tengah tidur " kata Tengku Adrian tanpa memandang wajah tampan Aadyan Noah.
" Noah nak jumpa daddy. Bukan mommy. "
Tengku Adrian memeluk tubuh. Kening terjongket ke atas." Kenapa? " kasar Adrian bertanya.
" Daddy.....still marahkan Noah? " soal Aadyan dengan nada perlahan.
Adrian tersenyum sinis.
" Bukan setakat marah, aku..benci kau " perkataan benci ditekan. Dia ingin Aadyan tahu yang dia betul -betul bencikan Aadyan.Retak hati Aadyan saat mendengar tutur kata dari Adrian.
" Pernah tak...sekali sahaja..daddy sayangkan Noah? Pernah tak...daddy rindukan Noah? "
Adrian tergelak sinis. Tajam matanya menatap anak mata hazel Aadyan.
" Kau dengar dan hadam kata-kata aku. Aku, tak pernah sayangkan kau. Selama kau menghilang, aku lebih gembira! Kau ada atau tidak dekat rumah ni, sama aje bagi aku. Kau tak ada nilai langsung di mata aku. Kau. Hanya. Sampah. Faham? "
Aadyan tersenyum tawar. Sungguh pedih hatinya saat ini.
" Noah anak daddy.D---- "
" Aku tak ada anak pengkhianat macam kau lah! Aku tak ada anak yang tak berguna! Aku menyesal besarkan kau. Menyesal sangat. Kalau aku tahu perangai kau macam ni, dah lama aku bunuh kau! "
KRAK
Bunyi apa yang pecah tu?
Ouh..
Hati Aadyan rupanya.
Aadyan memejam matanya rapat.
" Kenapa? Kenapa daddy cakap Noah pengkhianat? Cuba daddy jelaskan. Noah nak tahu sangat kenapa daddy benci dengan Noah "Naik panas hati Adrian saat mendengar kata-kata Aadyan. Baginya, kata-kata Aadyan itu seperti menunjukkan Aadyan langsung tiada salah.
BUK
Terteleng ke tepi wajah Aadyan saat menerima tumbukan dari Adrian.
Darah merah pekat mengalir dari hujung bibir Aadyan. Aadyan memandang Adrian tidak percaya.
" Jangan cakap macam kau tak ada salah Aadyan. Kau banyak dosa dengan aku. Jadi, tak payah nak acah alim lah depan aku! Jijik! Jangan lupa, kau pernah khianat aku "
Aadyan terpempan. Ouh. Aadyan terlupa tentang peristiwa itu. Tapi, ianya perkara di masa lalu.
Sebenci itukah Adrian sehingga sanggup menumbuk dan melemparkan kata-kata kesat kepadanya? Sebenci itu Adrian sehingga tidak mahu memaafkannya?
Mulut Aadhan bagaikan dikunci. Dia tak mampu lagi membalas. Hatinya terlalu sakit.
Tetapi, ini baru sikit. Tidak lagi ujian yang lebih besar yang akan mendatang.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...