Aadyan Noah hanya nengekori langkah rakan-rakannya yang sedang teruja berjalan di hadapannya di mall tersebut. Pagi ini, mereka tiba-tiba sahaja mengajak Aadyan untuk keluar membeli belah dan berjalan-jalan bersama.Bila dibalas dengan kata 'malas', mereka semakin mendesak Aadyan sehinggakan Aadyan langsung tak boleh menolak lagi. Pasrah sahaja lah.
Kata mereka, alang-alang cuti, pergilah hirup udara segar supaya tak mati kelemasan dalam rumah.
Aadyan menggeleng kepala apabila teringat akan kata-kata Daniell beberapa minit tadi di mansion mereka.
PAP
Aadyan terundur setapak ke belakang apabila bahunya dilanggar kuat. Dia mengerling ke hadapan, rakan-rakannya sudah jauh berjalan di hadapan.
Itulah padahnya termenung masa berjalan!
" Sorry encik! S-saya tak sengaja " kedengaran suara lunak seorang gadis menyapa halwa telinga Aadyan Noah.
Aadyan menoleh melihat gadis yang membongkok ingin mengambil telefon dan bukunya yang terjatuh.
" Lagi sekali, sor---- " terhenti percakapan gadis itu tatkala dia sudah bersabung mata dengan mata hazel jejaka muda di hadapannya.
Begitu juga Aadyan. Dia terpaku.
' Allah..ujian apa lagi ni '
" Ab-- "
" Sorry miss! I gotta go now " pintas Aadyan Noah laju sebelhm dia berlari ke arah rakan-rakannya yang semakin jauh di hadapan.
" Eh! Encik! Nanti! " lariannya terbantut apabila tangannya laju disambar seseorang dari belakang.
Dia menoleh. Kelihatan sahabat baiknya menariknya.
" Kau asal ni? Sapa mamat tu? Kau okay tak ni Orkid? Ada luka mana-mana? Weh! Jawablah Orkid weh! " gelabah Khalisha Maira, sahabat Tengku Orkid Aadryana menyoal. Ya, Orkid yang terlanggar bahu Aadyan tadi.
Orkid menayangkan wajah jengkelnya.
" Apa kau ni! Sabarlah! Kau tanya banyak-banyak, cane aku nak jawab senah! " Marahnya. Khalisha di hadapan tersengih seperti kerang busuk.Orkid menggeleng kepalanya.
" Tapi, siyes do. Kau okay tak? Kang tak pasal-pasal aku kena pancung dengan abang-abang kesayangan kau tu " sengaja nada kesayangan ditekan.
" Aku okey lah. Aku terlanggar mamat tu tadi " balas Orkid.
Khalisha mengangguk.
" Tapi,... Aku macam pernah nampak mata hazel tu. Macam,..abang " bisik Orkid Aadryana.
" Hah? Apa kau cakap? Tak dengar " soal Khalisha.
Orkid mendecit sebelum dia laju menarik pergelangan tangan sahabatnya.
" Jom. Kau kata tadi nak pergi makan " laju Khalisha berjalan di hadapan Orkid apabila mendengar kata-kata itu.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...