𝓝𝓸𝓪𝓱 | 36

96 6 0
                                    


   Aadyan merehatkan dirinya dengan menyandarkan belakang badannya ke kerusi besi hospital tersebut. Mata dipejam rapat.

  Dia menunggu di sini untuk menjaga Melur Razqya. Namun, dia hanya duduk di luar kerana Tengku Adrian masih ada di dalam.

  Tengku Aezean dan yang lain? Mereka semua sudah pulang atas arahan Tengku Adrian.

  Syukur tidak terkata Aadyan ungkapkan apabila adik beradiknya masih menerimanya. Mereka langsung tiada perasaan marah dan benci terhadapnya.

   Kecuali......

  " Kau buat apa lagi dekat sini? " Suara garau itu menyebabkan Aadyan membuka mata.

  Bibir tersenyum nipis saat melihat wajah tegang Tengku Adrian.

  " Noah nak jaga mommy. Daddy baliklah. Daddy mesti penat kan? Noah jaga mommy, ok? " lembut nada Aadyan Noah menawarkan diri.

  " Memang aku penat. Penat tengok muka kau. Menyampah betul aku. Kenapa kau tak mati aje sebelum ni? " berang nada Adrian berkata.

  Aadyan tetap tersenyum walaupun hatinya sedikit terasa dengan kata-kata ayahnya.

  " Noah minta maaf. Noah tahu Noah salah. Semua ni jadi sebab Noah "

  " Kalau kau sedar, kenapa kau masih munculkan diri depan kami? Kau tak serik lagi nak khianat aku? Hah? Lepas kau dah jaga mak kau, mesti kau pergi macam tu aje kan? Bukan boleh percaya kau ni. Muka munafik! " sindir Adrian dengan nada dingin.

  " Kau jaga Melur elok-elok. Aku nak balik. Semak pula duduk dekat sini lama-lama " kata Adrian kasar sebelum dia melangkah pergi dari situ. Meninggalkan Aadyan keseorangan.

  Aadyan menahan diri dari melepaskan amarah. Geram aje dia dengan Adrian. Nasib ayah, kalau tak, kau dah tak hidup dekat bumi ni.

  

  🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

   
   Mata yang tadinya dikatup kini terbuka luas sambil memandang siling hospital tersebut. Kepala perlahan menoleh ke sisi saat merasai ada yang memegang tangannya.

  Tersenyum lebar bibirnya saat melihat figura yang sangat dia rindui selama ini.

  Tangan naik mengusap kepala si jejaka yang sedang lena dibuai mimpi.

  Aadyan terjaga dari lena apabila merasai ada seseorang yang menyentuhnya. Kepala mendongak memandang wajah manis Melur Razqya.

  Terus tegak badannya apabila Melur Razqya sudahpun bangun.

  " Mommy? Mommy dah bangun? Noah pergi panggil doktor kejap " pergerakan Aadyan terhenti saat Melur Razqya menarik tangannya.

  Aadyan kembali melabuhkan duduk di kerusi pelawat tersebut.

  " Biar mommy tengok anak mommy ni dulu boleh? Mommy rindu sangat dengan Noah " sayu Melur berkata sambil menahan tangisan.

  Aadyan tersenyum kecil. 
" Noah pun rindu mommy. Noah minta maaf. Noah banyak buat salah dengan mommy. Noah punca mommy terlantar dekat sini. Noah minta maaf sangat-sangat " pinta Aadyan bersungguh.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now