(Another song!)
Suasana di tanah perkuburan itu kelam. Langit yang mendung seperti mengetahui isi hati mereka semua. Tanah yang masih merah itu ditatap Melur sayu.
Melur memandang batu nisan yang terukir nama anaknya dengan pandangan kosong.
" Noah. Mommy minta maaf. Mommy menyesal sangat " apa yang dikatakan bukan penipuan. Memang Melur menyesal dengan kelakuannya terhadap anak kandungnya sendiri..
Disebabkan ego, menyesal yang akan tiba. Disebabkan ego, perkataan maaf tak mampu diungkapkan lagi. Disebabkan ego, mereka tak dapat jalani hari-hari sebagai ibu bapa dan anak. Disebabkan ego, semuanya terlambat.
Namun, menyesal kemudian tiada guna.
" Daddy minta maaf, Noah. Daddy minta maaf sangat-sangat. Daddy bersalah dengan Noah "
Black Dragon's dan yang lain hanya mendengar ucapan maaf pasangan suami isteri itu.
" Mommy rindu Noah " ujar Melur perlahan. Air mata kembali membasahi pipi.
Sesalan yang tak terhingga mereka berdua rasakan saat ini. Sesalan pada waktu akhir, tak akan berguna.
" Mommy, daddy. Jom balik? Dah lewat ni " pujuk Orkid lembut. Walaupun dia marah dengan Melur dan Adrian, tidaklah dia bersikap biadap dengan mereka sepertimana Aezean.
Orkid masih menghormati mereka berdua sebagai ibu bapa. Lagipula, dia sudah berjanji dengan arwah yang dia akan menjaga Melur dan Adrian.
Melur bangun. Orkid kemudian mengiringi Melur dan Adrian keluar dari kawasan tanah perkuburan tersebut.
" Orkid. Nanti, berkumpul dekat Mansion " ujar Kasyaf tanpa memandang Orkid. Orkid mengangguk kecil sebelum dia kembali berjalan.
Satu persatu dari mereka mula beredar dari situ selepas puas menatap pusara Tengku Aadyan Noah. Seperti bukan realiti, Tengku Aadyan Noah yang baru sahaja kembali, kini meninggalkan mereka semula.
Jika dulu disebabkan seseorang, kini mereka dipisahkan dengan maut.
Tinggal Tengku Aaryan Noel sahaja di situ. Matanya yang tadi kosong memerhati pusara Aadyan kini tunak memandang.
Sedari tadi dia hanya menahan segala rasa sebak di dada. Kembar mana sahaja yang tidak sedih apabila adik kembar mereka pergi terlebih dahulu?
Walaupun Aaryan sering kelihatan beku dan dingin, namun hakikatnya, Aaryan seorang yang rapuh. Dia tak kuat seperti adik kembarnya.
' Noah. Kenapa kau pergi cepat sangat? ' setitis air mata jantannya membasahi pipi.
' Aku rindu kau. Kau jahat Noah ' getusnya.
Fikirannya kini mengimbas kembali saat terakhir mereka berbual panjang. Waktu yang sama selepas dia mengetahui penyakit Aadyan.
" Noel! "
" Apa? " Aaryan menyoal dengan nada mendatar.
Aadyan tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya.
" Janganlah marah aku "
Aaryan menjeling Aadyan sebelum dia mendecit kecil.
" Kau tak sayang aku sebagai abang kembar kau ke? " Aadyan menggeleng laju." Mana ada! Mestilah aku sayang abang aku yang seorang ni! "
" Dah tu, kenapa kau tak bagitahu aku pasal penyakit kau?! " suara Aaryan naik seoktaf.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...