𝓝𝓸𝓪𝓱 | 67

91 5 0
                                    


    Sebulan sudah berlalu sejak Aqeel Qayyum menetap di The Mansion. Banyak perkara yang dia tak jangka berlaku, telah berlaku.

   Semingggu Aqeel duduk di Mansion, dia dikejutkan dengan seorang gadis kecil yang bernama Delisha. Gadis itu memanggilnya 'baba'. Kali pertama gadis itu lihat Aqeel, Aqeel dipeluk oleh gadis itu dengan esak tangisnya.

  Dalam tangisannya, gadis itu katakan bahawa dia rindu sangat dengan 'baba'.

  Siapa baba? Aqeel pun tak tahu.

  Namun perkara itu sudah lepas. Delisha juga tak salah faham dah. Aqeel dipanggil Delisha dengan panggilan 'uncle' walaupun gadis itu memberontak  pada mulanya.

  Lamunan Aqeel terhenti saat tekaknya berasa loya. Kaki laju sahaja melangkah ke arah bilik air. Sinki menjadi tempat dituju.

  Uwek!

  (K sorry bunyi x jadi *annoying face*)

   Kesemua isi perutnya dikeluarkan di sinki. Beberapa saat selepas itu, Aqeel terduduk lemah di hadapan sinki tersebut. Sungguh Aqeel rasakan penat yang teramat sekarang ini.

  Ini sudah masuk lima kali dia muntah tanpa sebab. Nak kata demam, tak panas pun. Tak muntah pun, mesti darah keluar dari hidung. Kerap kali kejadian ini berlaku. Dah seminggu jika dikira betul-betul.

  Makan pun tak berselera. Aqeel sendiri buntu dengan kondisi badannya.

  Pergi cek? Aqeel dan cek dekat hospital dua hari lepas. Doktor kata tak ada apa-apa. Sihat aje. Doktor tu menipu tak? Entahlah.

   TOK TOK

  " Aqeel. Orang ramai dah datang. Jom turun " Aqeel kembali bangun saat mendengar suara lembut Qistina di luar bilik.

  " Baik aunty " balas Aqeel sedikit kuat.

  Kemudian tiada lagi suara kedengaran. Mungkin Qistina sudah turun.

  Aqeel bangun. Sempat dia menatap pantulan wajahnya yang sedikit pucat dari dalam cermin. Nadas dihela kasar.

  ' Perché con me? ' (Kenapa dengan aku?) gumamnya dalam bahasa Itali.

   Tak lama kemudian Aqeel tiba di ruang tamu The Mansion. Suasana rumah agam itu yang riuh rendah dengan suara para tetamu membuat Aqeel sedikit tak selesa.

   Malam ini, Black Dragon's adakan dinner kecil dengan keluarga dan kawan-kawan mereka. Katanya dah lama tak berkumpul ramai-ramai.

  " Qeel. Tolo-- Jap. Kenapa dengan kau? Kau sakit ke? Pucat semacam aje " tegur Harith Karl.

   Aqeel menggeleng kecil.
" Aku ok. Kau nak aku tolong apa? " Cepat-cepat Aqeel mengubah topik perbualan.

  " Tolong ambilkan kunci kereta aku. Dalam kereta Niell " Aqeel mengangguk kecil.

  " Orkid!  " jerit Khalisha. Orkid berpaling. Dua sahabat karib itu kini berpelukan. Ah, rindunya!

  " Weh! Lama tak jumpa kau! Kau pergi mana? " soal Khalisha Maira.

  " Aku busy lah. Daddy suruh aku handle company dekat UK sementara Vier dengan Xiev pergi selesaikan masalah dekat France " balas Orkid serba salah.

  " Kesian kau Kid. Noel tak tolong kau ke? " tanya Khalisha lalu menjeling Aaryan Noel di sisi Orkid. Aaryan menjungkit kening. Apa jeling-jeling ni?

  " Tolong lah sikit-sikit " balas Orkid jujur.

  Aaryan mengalihkan pandangan ke arah lain. Tiba-tiba matanya tertangkap pada figura seorang jejaka. Wajah jejaka itu ditatap lama.

  " Ryana. Tu ke Noah 2.0? " Aaryan menyiku bahu Orkid yang tingginya hanya separas dada Aaryan.

  Orkid mengalihkam pandangan.
  " Maybe "

  " Sama macam Noah.... I miss him now " bisik Aaryan perlahan.

  " Sudah lah tenung dia. Aku tahu korang rindu Noah. Dah, jom. Kita makan " arah Khalisha bagi meredakan rasa sedih dua beradik itu.

  Mereka berdua akur lalu membontoti langkah Khalisha yang sudah bergerak ke hadapan.

  Sementara itu, Aqeel baru sahaja masuk semula ke dalam rumah selepas mengambil kunci kereta Harith. Tapi langkahnya mati apabila telefon pintarnya berbunyi. Telefon pintar? Ya... Telefon pintar milikny-- eh telefon pintar milik arwah Tengku Aadyan.

   Aqeel curi. Bukan curi. Dia cuma ambil balik hak dia.

   Skrin telefon ditekapkan pada telinga. Kedengaran suara garau seseorang menyapa gegendang telinga Aqeel.

  " Yes doctor? "

  " Boleh encik datang ke hospital esok? Ada perkara yang kita perlu bincangkan " suara lelaki di balik panggilan kedengaran risau.

  Aqeel diam seketika sebelum dia membalas.
" Ok " kemudian panggilan dimatikan.

  Entah apa si doktor mahu bincangkan dengan dia pagi esok.

                                           🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

    Kasyaf beredar dari meja makan untuk menjawab panggilan telefon. Ikon hijau digesek sebelum skrin ditekap pada telinganya.

  " Young master. Markas kita diserang "

  Ruas dahi Kasyaf bertemu saat mendengar khabar itu dari Ariq.

  " France? "

  " No young master. Malaysia " penumbuk dikepal.

  " And... Tengku Adrian has been kidnapped by them "

   " What?!! "

  " I'm sorry young master "

  " Find him!! I will tell Noel and Orkid "

  " Roger, young master " kemudian panggilan ditamatkan.

   Kaki ditala menuju ke meja makan. Wajah Orkid dan Aaryan dipandang sekilas sebelum dia mula bersuara.

  " Orkid. Noel " Orkid dan Aaryan serentak memandang Kasyaf.

  " Your father...has been kidnapped " perlahan nada Kasyaf memberitahu.

   " What?! "

  Saat Orkid ingin bangun, Aaryan menahan. Dia menggeleng kecil menyuruh Orkid bertenang.

  " Siapa? "

  Kasyaf menggeleng. Dia juga tak tahu siapa dalang semua ini. Nak katakan Ghost, Ghost sudah mati.

  " I will find Tengku Adrian. Don't worry " jamin Kasyaf. Aaryan mengangguk kecil.

   ' Impressive. She has make one move ' getus hati seseorang. Bibirnya ternaik sedikit.

  
𖧷𑁍᪥

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد


 

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now