𝓝𝓸𝓪𝓱 | 44

94 5 0
                                    


    Malam ini, sengaja Aadyan keluar mengambil angin seorang diri di bumi Itali itu. Baginya, suasana malam di Itali sangat nyaman. Dengan udara yang sejuk, menambah ketenangan di dalam hati Aadyan.

  Kini Aadyan berada di satu jambatan jalan raya. Di bawah jambatan itu, terdapat sebuah sungai yang sangat luas. Ketinggian jambatan dengan sungai itu juga boleh jauh beberapa meter.

  Belakang badan yang beralaskan jaket kulit hitam itu dia sandarkan pada palang besi jambatan itu. Mata dipejam rapat sambil menghirup udara malam.

  Hilang segala kerunsingannya saat ini. Namun, ketenangannya menghilang apabila satu suara menegur.

  " Noah. Glad to meet you here " tegur satu suara.

  Lantas Aadyan berpaling ke arah suara itu. Terkejut juga dia apabila melihat gerangan sahabat baiknya, Putera Aqil ada di situ.

  " Aqil? Kau buat apa dekat sini? " soal Aadyan hairan. Dia memerhati pergerakan Putera Aqil yang turut bersandar di palang besi bersebelahannya.

  " Like always. Work "

  " How about your daughter? "  soal Aadyan. Teringat akan budak perempuan yang bernama Puteri Delisha Evelyn. Aadyan bersimpati dengan nasib gadis itu yang sering ditinggalkan oleh papanya.

  " In UK " balas Putera Aqil tenang. Memikirkan satu-satunya anak tungalnya, dia makin rindu untuk memeluk gadis kecil itu.

  Putera Aqil sudah berkahwin sejak setahun lalu. Isterinya yang bernama Darfina Hanessa sudah lama meninggal kerana melahirkan Puteri Delisha Evelyn. Dan sekarang, Putera Aqil memegang tajuk sebagai seorang duda.

  " Noah. Aku ada permintaan. Dan aku harap kau boleh buat.. hanya kau yang aku ada sekarang " serius nada Aqil membuka bicara.

  Aadyan kekal membisu.

  " Aku nak kau jaga anak aku lepas aku mati. Aku harap... anak aku bahagia dalam jagaan kau. Hanya kau yang aku percaya untuk jaga Del. Aku nak... Del membesar dengan bahagia dengan kau. Treat her like a queen. Can you? " penuh berharap Aqil menyoal.

  " Kenapa aku? Kenapa bukan datuk kau? " soal Aadyan kehairanan.

  Jeda. Aadyan nampak bibir Aqil mengukir senyuman pahit.

  " Dia dah meninggal. Dua hari lalu. Sakit jantung " balas Aqil sepatah demi sepatah.

  Aadyan terkedu.

  " So... will you? " ulang Aqil.

  " Aku akan jaga dia... Aku akan pastikan dia hidup bahagia. Aku akan lindungi dia macam aku lindungi nyawa aku. Aku janji dengan kau " yakin Aadyan membalas.  

  Aqil tersenyum lega. Sekarang, sudah tiada lagi kerunsingan di kepala.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

      Kaki menuju ke ruangan dapur seusai memasuki rumah agam tersebut. Aadyan mahukan air. Tekak terasa dahaga sekarang ini.

   PRANGG

  Kuat bunyi itu memenuhi segenap ruang tingkat satu tersebut. Yang Aadyan pasti, bunyi itu terjadi di ruang dapur.

  Kaki semakin laju melangkah ke arah dapur. Sesampainya di sana, Aadyan melihat Athalia berdiri sambil memandang kosong gelas kaca yang sudah bertaburan pecah.

  " Allah.. nenek ok? Macam mana boleh pecah ni? " pertanyaan Aadyan hanya dibalas dengan kebisuan Athalia.

  Athalia kini memandang tajam Aadyan. Aadyan dapat lihat bibir Athalia mengukir senyum tipis walaupun Athalia fikir mungkin Aadyan tidak nampak. Malangnya, Aadyan lihat. Matanya tajam.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now