Mother membuka pintu bilik anak kesayangannya dengan perlahan. Korneanya dihiasi dengan Aqeel yang sudah terlena di katilnya. Mother tersenyum kecil.Kaki terus melangkah ke arah Aqeel. Wajah tenang Aqeel ditatap sayang. Tangan tuanya naik mengusap lembut pipi Aqeel. Kemudian selimut ditarik supaya menyelimuti badan Aqeel.
" Good night sayang " katanya perlahan sambil mengusap-usap rambut hitam pekat Aqeel apabila Aqeel menggumam kecil. Mungkin terganggu dengan sentuhan mother.
" Maafkan mother ya sayang? Mother minta maaf sebab marahkan kamu. Mother tak sengaja. Mother tahu Qeel buat perkara yang baik... Tapi, Qeel tetap akan bahayakan nyawa Qeel. Semua orang yang Qeel selamatkan, semuanya dari golongan jahat seperti ka-- " mother menggantung ayatnya apabila tersedar keterlanjuran katanya.
Mother tersenyum kecil.
" Mother cuma risaukan Qeel. Mother sayang sangat dengan Qeel. Mother tak sanggup hilang Qeel. Mother tak sanggup apa-apa buruk berlaku pada Qeel. Mother dah terlalu sayang dengan Qeel "" Maafkan mother ya sayang? " buat kali kedua mother mengusap pipi Aqeel Qayyum.
" Tidurlah sayang " ujar mother buat kali terakhir sebelum dia beredar dari bilik Aqeel Qayyum.
Perlahan-lahan pintu ditutup semula sebelum dia menoleh apabila ada suara yang menegur.
" Kenapa mother bagi kami duduk sini? Mother percayakan kami? Kami bukan orang baik. Mother pun tahu kami boleh sahaja bunuh mother dan Aqeel bila-bila masa " Kasyaf bersuara serius.
Mother diam seketika sebelum bibir mungilnya mengukir senyuman tipis.
" Mother percayakan kamu semua " kata mother.
" Why? "
' Because I know you '
" Belum tiba masanya untuk kamu tahu "
Kasyaf terus diam membisu saat mother beredar dari situ selepas mengungkapkan ayat misteri itu. Pemergian mother dipandang dengan penuh kekeliruan.
Mother dan Aqeel Qayyum... dua-duanya orang yang sangat misteri. Ada rahsia yang mereka tidak langsung tidak boleh rungkaikan. Lagi-lagi wanita yang bernama Lufya Harrelson. Dia lah orang yang sangat misteri yang pernah Kasyaf jumpa.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Aqeel membuka kelopak matanya saat sinaran cahaya menusuk mata. Tunak matanya memandang sekeliling yang putih itu.Tak lama selepas itu, tempat putih itu digantikan dengan satu tempat yang dia sendiri tidak pasti dimana.
Yang pastinya tempat itu ialah ruang tamu sebuah rumah. Dengan televisyen bersaiz besarnya dengan lampu-lampu rekaan yang sangat unik, cantik. Juga sofa-sofa mewah dan meja kopi kecil di tengah-tengah sofa-sofa tersebut.
Kemudian satu figura jejaka melintasi hadapan Aqeel. Saat Aqeel berpaling pada sofa, terlihat figura lelaki tadi dengan figura seorang jejaka yang wajahnya persis Aqeel.
" Yan! Dah balik? "
Si jejaka mengangguk dengan soalan lelaki yang duduk di sofa.
" Aku tak puas hati betul dengan Kasy tu! Asyik-asyik bagi aku kerja! Macam dah tak ada orang lain nak bagi. Si Luth tu pula goyang kaki aje "
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...