Tengku Orkid Aadryana menapak masuk ke dalam wad hospital itu perlahan-lahan. Tanpa bunyi. Pintu ditutup penuh cermat.Mujurlah dia tidak pakai kasut tumit tinggi malam ini.
Nafas dihela perlahan. Kepala dikalihkan kepada sekujur tubuh yang terlantar di atas katil hospital tersebut. Jarum yang dicucuk pada belakang tangan pesakit itu dipandang penuh kasihan.
Mesti sakit kan?
Perlahan-lahan langkah ditala ke kerusi pelawat.Sebaik sahaja punggung dilabuhkan, wajah polos si jejaka menyayat hati wanita nya. Jejaka itu kelihatan sangat comel apabila tidur.
" I'm sure you are my brother " bisiknya perlahan.
" Just wait for me. I will prove you are my real brother. My lost brother "
Tangan jejaka itu dipandang.
" I want to hold your hand but i can't. I'm scared. But, at the same time, i miss this hand "
Air mata yang bertakung di tubir mata segera diseka.
" When will you come back to us? I miss you.. so much.. "
" Five years. It's not easy " Orkid menunduk.
" Everyday, everytime, I wish I could find you. But i had no power. I'm....weak. I can't do anything "
" At last, I just wait from Zean. Waiting patiently "
Cecair yang menuruni pipi mulusnya diseka menggunakan jarinya.
" Time's up. I gotta go. Ryana always love you "
Sebaik sahaja kelibat Orkid keluar dari wad itu, Aadyan mencelikkan matanya.
Pintu wad itu direnung sebak. Perlahan matanya dikaburi oleh cecair jernih yang mula membasahi wajahnya.
' Noah!! '
' Yes Ryana? ' mata hazelnya menatap anak mata hazel gadis berusia tujuh tahun itu.
' Hehe. Ryana always love you! '
Bibir tersenyum manis.
' Noah always love you too!! '" N-noah... Always.. love you too " semakin galak cecair jernih itu membasahi wajah Aadyan.
Masih dia ingat kata-kata itu. Kata-kata mereka.
Waktu itu, mereka sangat gembira.
Namun, kerana 'dia', semuanya hancur.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Kasyaf and the gang kecuali Aadyan yang masih berada di hospital memasuki kawasan dewan hotel MS Hotel tersebut. Tempat di mana adanya majlis persandingan pengantin baru kita. Kasyaf and Medina.
Mereka datang ke sini atas permintaan Khalif dan Syaqil. Kata mereka, ada sesuatu yang mereka dapati di dalam rakaman CCTV.
Langkah ditala ke arah bilik CCTV. Pintu dikuak lalu mereka serentak masuk ke dalam ruangan yang agak kecil itu.
Kelihatan Khalif dan Syaqil sudah berada di situ sambil menatap skrin komputer yang memaparkan rakaman pada malam semalam di tingkat atas dewan.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...