Kereta Lamborghini Aventador hitam milik Aadyan Noah kini berhenti di tempat parkir kereta kem tentera. Kaki panjangnya mula melangkah masuk ke kem tentera tersebut. Tentera-tentera yang terserempak dengannya pasti akan melemparkan senyuman manis dan Aadyan membalasnya juga.Dua beg panjang berwarna hitam yang dipenuhi pelbagai jenis sniper kini dihempas kasar ke lantai oleh Aadyan.
Jeneral Hafiz dan dua orang lagi bawahannya memandang laju ke arah Aadyan Noah tatkala mendengar bunyi hempasan tersebut.
Aadyan mengukir senyuman kecil.
" Your weapons " kata Aadyan sebelum dia berjabat tangan dengan Jeneral Hafiz dan dua orang lagi bawahannya. Leftenan Fariz dan leftenan Fareel.
" So fast? Huh? " Ujar Jeneral Hafiz seakan menyindir.
Aadyan Noah tersenyum nipis.
" Nanti bapak singa marah kalau lambat " ujar Aadyan. Terletus ketawa tiga orang jejaka tampan di hadapan Aadyan." You mean Kasy? " tanya leftenan Fariz. Aadyan mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.
" Kau pendiam pendiam pun, boleh tahan berani ek kau nak kutuk ketua garang kau tu " ujar leftenan Fareel.
" Belakang je. Hehe " terletus lagi sekali tawa tiga jejaka itu.
" Aku balik dulu lah " pinta Aadyan dan mendapat anggukan dari mereka bertiga.
Selepas sahaja dia berdiri di hadapan kereta mewahnya, dia mengeluh.
' I start to miss atuk ' gumamnya.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Aadyan keluar dari kereta mewahnya. Langkahnya diteruskan masuk ke dalam kawasan perkuburan. Senyumannya semakin melebar apabila kubur bersih atuk nya kelihatan.
Zayyan Hayqayl yang dari tadi mengekori Aadyan kini berasa hairan. Mengapa pula Aadyan berhenti di kawasan perkuburan? Siapa yang Aadyan lawat?
Tanpa membuang masa, dia memerhati sahaja pergerakan Aadyan dari jauh.
" Atuk. I'm here " kata Aadyan smabil tersenyum manis.
" Atuk, you know what? Noah dah ada ramai kawan. Noah dah tak macam dulu, lonely, tak ada kawan. Diorang baik tau atuk! Noah suka berkawan dengan diorang. Tapi, diorang membunuh " suaranya bertukar kendur.
" Atuk pernah cakap dengan Noah, jangan masuk dalam dunia gelap macam atuk. But, I d-do it perfectly. Sorry atuk. Noah minta maaf sangat-sangat. Kalau atuk ada sekarang, mesti atuk dah marah Noah kan? " Suaranya semakin perlahan.
Jeda.
Mata hazel Aadyan menatap sahaja batu nisan atuknya.
" I miss you. So much " sungguh dia rindukan belaian kasih sayang dari seorang lelaki yang bernama Tengku Adam Dree.
Rindu mahu mendengar suara atuknya. Rindu mahu bergaduh manja dengan atuk.
Dan sekarang, dia tak dapat merasai lagi semua itu. Dan tak akan pernah dapat lagi.
Zayyan dari jauh memerhati sahaja pergerakan Aadyan yang seperti mengesat air matanya dari mengalir. Dalam minda nya, dia berfikir. Siapa yang dilawat Aadyan? Penting kah orang itu untuk Aadyan?
Zayyan mula menapak keluar dari kawasan perkuburan apabila Aadyan sudah bangun. Dia perlu beredar cepat. Atau Aadyan akan syak sesuatu nanti.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎Aadyan Noah melangkah masuk ke dalam rumah agam. Pintu utama mansion itu dia tutup.
" Lama kau pergi " tegur Hud Izzat yang berada di ruang tamu.
Kini, semua mata memandang Aadyan Noah. Termasuk Kasyaf yang baru sahaja pulang dari KE Company yang merupakan syarikat ayahnya, Khalif Esrive. Black Dragon's turut bekerja di KE Company di Malaysia mahupun luar negara.
" Borak dengan jeneral tadi. Aku naik dulu. Penat " bohong Aadyan Noah. Padahal, dia tidak ingin yang lain bertanya lagi.
Terus kakinya menaiki satu persatu anak tangga.
Selepas kelibat Aadyan Noah sudah tidak kelihatan, mereka memandang antara satu sama lain. Mereka tahu, Aadyan Noah menipu. Zayyan Hayqayl sudah beritahu kesemuanya kepada Kasyaf dan yang lain.
" Kau betul Kasy. Ada benda dia sembunyikan dari kita " tutur Luthfan Zander.
" Zayyan. Kau ingat lagi dekat mana kubur tu? " soal Kasyaf serius. Mata hitamnya kini menikam anak mata coklat Zayyan.
Zayyan terus mengangguk.
" Kita pergi sana esok " arah Kasyaf Edriav.
" Noah macam mana? " soal Daniell Hudfhi.
" Aku akan bagi dia kerja esok " balas Kasyaf Edriav. Tahulah dia macam mana nak lengahkan masa Aadyan.
" Okey cun! "
" How about Zean? " soal Harith Karl.
" Lusa kita pergi " balas Kasyaf. Rancangan untuk melawan sahabat karib mereka perlu ditunda gara-gara Aadyan.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Usai membersihkan diri, Aadyan Noah menghempaskan dirinya pada tilam empuk. Sungguh dia penat pada pagi ini. Rasa mahu sahaja tidur tapi tak elok pula apabila tidur tengah-tengah hari macam ni.
Bukan caranya tidur tak tentu masa.
Tangan didepa di atas tilam empuk itu. Matanya dipejam rapat. Sesekali kedengaran keluhan tipis keluar dari bibir merah Aadyan Noah.
Mata dibuka kembali apabila teringat akan satu perkara.
Siling bilik dia tatap dalam.
Telefon pintar yang berada di atas kabinet mula dicapai sebelum jarinya menari di atas skrin telefon tersebut.
Matanya mula membaca berita yang tertera di situ. Sesekali ibu jari menggesek ke atas untuk membaca lebih lanjut perihal berita yang dibacanya.
' Hebat! TAR Company mula meningkat naik dan terkenal dalam hanya satu tahun! Dikatakan bahawa pemilik TAR Company, Tengku Adrian Raizer sangat berwibawa dan menyebabkan syarikatnya meningkat naik '
Itulah berita yang dibaca oleh Aadyan.
Bibir menguntum senyuman nipis. Bersyukur dengan kejayaan Tengku Adrian Raizer. Nampaknya, mereka tidak lagi dihurung rasa risau. Dan mungkin tindakannya pada lima tahun lalu ada benarnya.
Namun, perlahan-lahan bibir yang menyuntum senyuman itu mulai pudar. Fikirannya mula memikirkan perkara negatif.
Dia takut mereka sudah membencinya kerana perbuatannya enam tahun lalu.
' Ya Allah. Lindungilah mereka. Murahkan lah rezeki mereka '
᯽𖧷𑁍
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...