Aadyan Noah mengerling jam tangan Rolex yang dipakai di tangan kanannya. Pukul 11:10 pagi. Bibir menghela nafas kasar. Bilalah nak balik ni?Mata hazelnya kini merenung pula fail-fail dan kertas-kertas di meja kerjanya. Ini semua salah Kasyaf! Kalau dia tak suruh Aadyan check laporan dekat KE Company, dia tak akan sesibuk ini.
Kasyaf dan Zayyan pula entah kemana menghilang.
Sepatah haram tak bagitahu ke mana mereka pergi. Mereka tinggalkan Aadyan begitu sahaja.
Bertuah punya member!
Kerja di markas sudah dia selesaikan. Sikit sahaja. Cuma, dia pelik. Mengapa kerja di KE Company ini terlalu banyak? Zayyan tak uruskan kah?
Ialah, kan Zayyan merupakan orang kanan Kasyaf.
Saat kepalanya rasa berdenyut, pen hitam terus diletak kasar ke atas meja. Belakang badannya disandarkan ke kerusi kerja.
Matanya dipejam buat beberapa saat sebelum siling menjadi tatapan mata cantiknya.
Tanpa menunggu masa, dia bangun dari kerusi untuk ke pantri yang berada di tingkat bawah. He can't do it without coffea.
Saat dia tiba di tingkat bawah, kakinya berhenti melangkah apabila iris mata menangkap dua susuk tubuh yang amat dikenalinya di kaunter.
Seorang gadis yang memakai seluar palazo berwarna hitam dengan baju t-shirt berlengan panjang, tidak berhijab. Di sebelah gadis itu, terdapat seorang lagi wanita yang kelihatan lebih tua dari gadis itu.
Dia berpakaian sopan, seluar palazo berwarna mint, baju dress labuh yang turut berwarna mint. Dikenakan pula dengan shawl berwarna mint yang dililit kemas dan menutupi sehingga bawah dada.
" Err.. Maira? Dina? " tegur Aadyan Noah kepada dua perempuan itu.
Terus kepala mereka beralih kepada Aadyan. Mereka berdua tersenyum manis.
" Noah! Dah lama tak jumpa you! " ujar gadis tidak berhijab dengan penuh keterujaan. Khalisha Maira, adik perempuan Kasyaf Edriav.
Aadyan Noah tersenyum kecil.
" What are you doing here? Jumpa Kasy? " soal Aadyan Noah.
Dua perempuan itu mengangguk kepala mereka.
" Dia ada? " soal wanita berhijab pula dengan sopan. Medina Sofia, tunang Kasyaf.
Aadyan Noah melemparkan senyuman kekok.
" Sorry Dina. Kasy tak ada. I dont know where he going. Dari pagi tak datang company. Aku pula yang kena buat kerja dia " sejurus itu keluhan kasar dilepaskan." Alaa... Abang kata dia ada pukul 11. Kan akak Sof? " soal Khalisha Maira sambil memandang tunak anak mata coklat cair Medina Sofia.
Medina pantas mengangguk.
Aadyan Noah terdiam. Dalan hati sudah menyumpah seranah. Kurang ajar punya Kasy! Kau janji ada pukul 11. Sekarang, dah 11 lebih! Batang hidung pun tak nampak!
" How about you tunggu dalam bilik Kasy? I will call him " tawar Aadyan Noah.
Mereka berdua mengangguk sahaja. Orang dah pelawa, jangan ditolak.
" Thanks Noah!! " ucap Khalisha lalu menarik pergelangan tangan bakal kakak iparnya menuju ke lif.
Aadyan Noah mengangguk sambil tersenyum kecil.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...