Sekejap sahaja masa berlalu. Sedar tidak sedar, sudah lebih tiga hari Aadyan berada di Perancis. Hari ini masuk hari keempat dan dia masih belum pulang.Ya. Dia mungkir janji.
Tapi, apa dia kisah?
Ada sebab mengapa dia tidak pulang ke Malaysia semalam.
Kerana semalam ialah hari akad nikad bagi Kasyaf.
Dan sudah tentu Kasyaf akan menjemput Aezean dan Orkid sebagai tetamunya. Dan Aadyan tak mahu berjumpa mereka. Dia belum bersedia.
Dan pagi ini, dia baru sahaja sampai di Malaysia. Ya. Pagi ini.
Kaca mata hitam digantung pada baju kemeja putihnya.
" Tuan Noah " tegur Ariq yang baru sahaja sampai. Dia ditugaskan untuk mengambil Aadyan di lapangan terbang.
Aadyan tersenyum manis.
" Hai Riq! Abang kau sihat walafiat " ujar Aadyan tanpa ditanya. Ariq mengangguk kecil.
Dalam diam dia menghela nafas lega. Sudah lama sebenarnya dia tidak bersemuka dengan abang kandungnya, Ariqe Qee.
Mereka hanya bercakap melalui telefon.
Itupun tak lama.
Kemudian, mereka mengatur langkah ke kereta Volvo XC40 berwarna putih milik Black Dragon's.
Aadyan Noah menyandarkan badannya. Mata dipejam rapat. Mahu berehat sebentar.
Penat masih tersisa." How is Kasy? " tanya Aadyan tiba-tiba.
Ariq terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Teringat akan pesan tuan Daniell dan tuan Hud yang menyuruhnya merahsiakan satu perkara.
" Err.. you need to see it by yourself " ujar Ariq.
Aadyan kemudian diam. Ariq biarkan sahaja. Mungkin Aadyan sudah terlena?
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎Aadyan Noah terganggu dari lenanya apabila kereta yang dinaikinya brek secara mengejut. Terpisat-pisat dia cuba memahami situasi sekarang.
Ariq di hadapan direnung hairan.
Jelas di cermin kereta Ariq sedang tersenyum kekok ke arahnya.
' Pahal ni? Jap.. aku dekat mana? ' soal Aadyan kepada dirinya.
Gelabah Aadyan apabila melihat rumah banglo yang tidak dikenali Aadyan. Ramai juga manusia di rumah banglo itu.
Aadyan memandang Ariq.
" Mana kau bawa aku ni? Aku nak balik mansion lah!! Cepatlah!! Penat ni! " geram sahaja Aadyan dengan perangai tak semengah Ariq.Entah rumah siapa Ariq bawa masuk.
" Tuan patut masuk "
" Hah? Apa benda kau mengarut ni! "
" Please tuan Noah. Mati saya kalau tuan tak masuk dalam " rayu Ariq dengan menayangkan wajah sedih.
Aadyan mendengus. Pape jelah! Asalkan dia boleh balik lepas masuk.
Aadyan menghempas kasar pintu kereta mewah itu. Kaki panjangnya mengatur langkah masuk ke dalam rumah banglo itu.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...