𝓝𝓸𝓪𝓱 | 64

91 5 0
                                    

(Comeback with one of my favourite song!)

" Mother " suara kendur Aqeel menyebabkan mother terus membuka kelopak matanya.

Terpisat-pisat matanya memandang wajah pucat Aqeel Qayyum. Bibirnya merekah dengan senyuman manis.

" Kenapa Qeel? Nak air? " soal mother lembut.

Aqeel menggeleng lemah.
" Qeel rindu mother " leret Aqeel.

Mother terhelak halus.
" Dah ada depan mata pun rindu lagi? "

Aqeel mengangguk.

Mother menggeleng kepalanya. Terhibur dengan kerenah manja Aqeel.

" Aqeel. Mother ada sesuatu yang nak diberitahu " kata mother lembut.

" Apa dia mother? " soal Aqeel.

" Mother nak lepas kamu tahu semuanya, kamu bertenang. Ambil keputusan yang matang. Ambil keputusan yang betul. Jangan terburu-buru buat keputusan. Faham, Aqeel? " tegas mother. Aqeel hanya mengangguk walaupun tidak mengerti apa yang dikatakan mother.

" Lepas mother dah tak ada, jaga diri Qeel elok-elok. Mother dah tak ada lepas ni untuk tengok Qeel. Masa mother dah tak banyak. Penyakit mother pun dah makin menyerang. Janji dengan mother, Qeel kena hidup baik-baik " tegas mother. Serius dia berkata.

Aqeel terdiam. Mahu menangis rasanya apabila mother katakan bahawa dia tiada banyak masa lagi.

" Ok mother. Qeel janji " putus Aqeel akhirnya.

" Qeel sayang mother? "

" Sayang. Sayanggg sangat-sangat " mother tersenyum mendengar pengakuan Aqeel.

Ini sahaja yang dia mahu dengar sebelum nafas terakhirnya.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

" Jaga diri mother. Kau pun, Qeel. Jaga mother elok-elok " pesan Zayyan. Aqeel mengangguk.

" Iya. Kau tu jaga diri juga " pesan Aqeel sambil berbro hug dengan Zayyan.

Zayyan tersenyum kecil sebelum dia mengangguk.

Black Dragon's memandang sayu Aqeel dan mother. Berat sungguh hati mereka untuk meninggalkan dua beranak itu.

Hidup tetap perlu diteruskan. Dan kerana itu, kerja tak patut ditangguh hanya kerana seseorang.

In Sya Allah. Dengan izin Allah, mereka akan kembali untuk melawat mother dan Aqeel Qayyum.

Dan perjalanan mereka pulang ke Malaysia, bermula pada saat ini.

Malaysia! We are coming!!

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

" Noah! "

" Iya? " mata hazel itu merenung anak mata tajam coklat pekat sahabatnya.

" Kenapa basah lagi baju aku ni?!! Kau tak jemur ke? " soal si iris coklat pekat.

Jejaka mata hazel itu terkebil-kebil memandang sahabatnya.

" Ooohh! Aku lupa nak jemur. Hehe " dia tersenyum tak bersalah.

" NOAHH!! "

" ARGH! TOLONG AKU! MOMMY!! "

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now