Aadyan mengerling jam dinding yang terletak di atas televisyen. Pukul 9:10 pagi. Masih awal lagi. Televisyen juga tidak ada rancangan yang menarik perhatian Aadyan Noah.Rakan-rakannya yang lain entah kemana menghilang. Mungkin ada di tingkat dua, bermain game bersama-sama. Hanya Aadyan yang tidak menyertai memandangkan dia kurang berminat dengan permainan online.
Kepalanya disandarkan pada bahu sofa lalu mata dipejam rapat. Dia mengeluh buat seketika.
Entah mengapa, timbul sejenak perasaan rindu pada orang yang jauh di nun sana. Walaupun tahu mereka pasti sudah melupakan dirinya.
Aadyan Noah kembali bangun. Tangan mengambil kunci kereta Lamborghini Aventador nya sebelum dia keluar dari rumah agam yang dipanggil The Mansion.
Dari jauh sudah kelihatan tempat parkir kereta yang menempatkan Lamborghini Aventador berwarna hitamnya.
Terus badannya masuk ke dalam kereta mewah tersebut.
Tidak lama kemudian, kereta mewah itu mula meluncur laju keluar dari perkarangan rumah agam Black Dragon's.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Aadyan Noah keluar dari kereta mewahnya lalu langkah diatur masuk ke dalam kawasan kubur tersebut. Mata hazelnya menatal redup kubur di hadapannya.
Perlahan-lahan kakinya melutut di hadapan kubur tersebut.
Bibir merahnya menguntum senyuman tawar. Semakin pekat terasa perasaan rindu pada yang sudah pergi.
" Atok. Noah datang ni " ujarnya sambil mencabut rumput-rumput yang tumbuh dia atas kubur atuknya.
" Maafkan Noah sebab lama tak datang. Noah sibuk "
Kini matanya memandang redup batu nisan atuknya. Tertera nama atuknya di situ. Tengku Adam Dree.
Dia menggigit bibir bawahnya. Tubir mata yang terasa panas segera dia kesat. Kasar.
Dia rindu. Rindu akan atuknya yang sering memanjakan dia, sering berbual dengannya, sering mengusiknya. Dia rindukan semua itu. Selama ini, atuk lah yang memanjakan dia saat dia dipinggirkan dari keluarga. Tanpa atuk di sisi, dia rasakan seperti hidupnya langsung tidak lengkap.
Tambah pula dengan ketiadaan keluarga di sisi.
" N-noah rindu atuk. Sangat " perlahan dia menuturkan kata-kata.
" Noah balik dulu ya atuk? Noah ada kerja pula nak kena buat. Terlambat, bapak singa marah " sempat dia bergurau walaupun tahu tiada gelak ketawa yang akan menyapa gegendang telinganya.
Kaki panjangnya mula mengatur langkah kembali ke arah kereta kesayangannya.
Tak lama kemudian, kereta berjenama Lamborghini tersebut meluncur laju di jalan raya membelah angin.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Kakinya mula memasuki tempat yang dikenali sebagai markas Black Dragon's. Anak-anak buah Black Dragon's yang terserempak dengan Aadyan pasti akan menunduk sedikit kepala mereka.
Aadyan Noah sekadar tersenyum sebelum senyumannya pudar tatkala dia sudah masuk ke dalam bilik senjata.
Kelihatan seorang jejaka berpaling ke arahnya. Ariq namanya. Merupakan orang kanan Kasyaf yang paling dipercayai.
" How is it? " tanya Aadyan selepas berdiri di sebelah Ariq.
Ariq mengangguk perlahan.
" Okey setakat ni " balas Ariq lalu menghulurkan tablet yang dipegang tadi kepada Aadyan Noah.Aadyan menyambut huluran tersebut. Tangannya mula menari di skrin tablet tersebut.
Sesekali dia mengerling sekeliling dinding dan penjuru ruangan itu yang mempunyai pelbagai senjata tajam dan senjata api.
Puas hatinya apabila langsung tiada masalah. Clear.
" Jeneral Hafiz ada request senjata semalam " terus anak mata hazel itu menatap anak mata hitam gelap Ariq.
" Glock 17? Beretta? Sniper? " soal Aadyan Noah.
" Sniper " Aadyan Noah mengangguk mendengar balasan dari orang kanan Kasyaf.
" Siap. Esok suruh budak hantar "
" Erk..tapi, tuan Kasyaf suruh tuan Noah hantar sendiri? " berani Ariq ungkapkan perkara itu.
Berkerut dahi Aadyan Noah. Kurang asam punya ketua.
" Kalau macam tu, its okay. Aku hantar " kata Aadyan Noah lagi lalu tablet bertukar tangan.
Kakinya laju mengatur langkah keluar dari markas Black Dragon's.
Mereka Black Dragon's s merupakan pembekal senjata api kepada pihak kerajaan seperti tentera, polis dan lain-lain termasuk di luar negara. Berlesen. Black Dragon's memang merupakan kumpulan yang terkenal di kalangan pihak berkaitan dengan sikap yang peramah.
Terkenal juga dengan sisi gelap mereka yang kejam. Kumpulan Black Dragon's juga dianggap sebagai mafia di luar negara kerana kekejaman mereka dalam membunuh.
They kill if someone bother them.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Aadyan Noah menekan butang lif The Mansion. Sementara menunggu lif, sempat dia melihat skrin telefon. Manalah tahu jika ada notifikasi dari seseorang.
" Lamanya kau pergi? Kau merayap mana? " soal Hud Izzat yang berada di ruang tamu. Matanya masih tertancap pada skrin televisyen.
Terhenti jari runcingnya dari menari di skrin telefon. Kaku.
" Markas lah " balas Aadyan Noah tanpa memandang Hud Izzat. Dia tak mahu rakan-rakannya bertanya lebih tentang dia melawat atuknya. Cukuplah ianya menjadi rahsia.
" Ye ke? " soal satu suara pula, Zayyan Hayqayl.
" Iye " balas Aadyan yakin.
Kakinya terus memasuki lif setelah mengungkapkan kata-kata nya. Butang nombor 2 ditekan. Walaupun dekat, dia malas gunakan tangga. Penat.
Saat pintu lif terbuka, dia terus melangkah ke biliknya. Bersihkan diri dan tidur.
𑁍𖧷❀
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...