𝓝𝓸𝓪𝓱 | 25

114 6 0
                                    

( Just a random song and my favourite! You can hear it when you are free. Hehe )


Tangan berhenti menaip kekunci laptop tersebut. Kepala disandarkan pada kerusi kerja sebelum matanya tunak memandang siling bilik kerjanya.

Dua tiga hari ini, bayangan wanita di hospital kerap menjengah fikiran. Dia sendiri tidak boleh mengusir bayangan itu.

Walaupun pandangan wanita itu kosong sekosong hatinya, Aadyan tahu. Banyak reaksi yang terkandung pada wajah wanita itu. Rasa bersalah, risau dan takut.

Aadyan dapat lihat dengan jelas kesemua reaksi itu apabila matanya bersabung dengan matanya.

Nafas dihela kasar. Aadyan memandang fail hitam di atas mejanya sebelum dia mencapainya.

Badan dibangunkan dari kerusi lalu kaki mengatur langkah keluar dari bilik kerjanya. Suasana rumah agam itu sunyi kerana rakan-rakannya yang lain semuanya sudah keluar entah kemana.

Aadyan sahaja yang kerap mengurung diri di dalam rumah agam itu. Bukan sengaja, ada sebabnya.

Aadyan memasukkan badan ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan sebelum beberapa saat kereta itu meluncur keluar dari perkarangan rumah agam Black Dragon's.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎


Selepas beberapa minit perjalanan, ahirnya dia tiba di destinasi. Seusai mengunci kereta, kaki menapak masuk ke dalam tempat mewah yang bergelar markas Black Dragon's itu.

Anak-anak buah Black Dragon's yang terserempak dengan Aadyan semuanya menunduk hormat sambil berkata 'Selamat kembali, tuan Noah' dan 'Cepat sembuh, tuan Noah'.

Aadyan beranggapan semua ahli Black Dragon's sudah mengetahui tentang traumanya. Dan Aadyan tak tahu mahu bereaksi apa.

Di sudut hati, dia takut. Takut orang ramai akan menghinanya.

Namun, dia hanya berlagak tenang. Seperti dia tidak mengetahui apa-apa.

Dari luar kedengaran suara Kasyaf dingin memberi amaran kepada mangsanya di dalam Dark Room itu. Mengesahkan lagi bahawa sahabatnya ada disini.

Aadyan menguak pintu hitam itu. Senyuman tipis turut menghiasi wajah selepas masuk ke dalam bilik itu.

Jujur, dia gementar untuk memasuki bilik itu. Kerana bilik itu dipenuhi dengan senjata.

Semua mata kini memandangnya. Aadyan hairan. Dah kenapa semua pandang macam nak telan?

Aadyan berkalih pada tempat mangsa Kasyaf diseksa. Terus senyumannya menghilang melihat wajah yang sudah lunyai dikerjakan Kasyaf itu. Melihat ada tatu yang dibencinya di leher lelaki itu membuktikan lagi dia lah lelaki itu.

Aadyan pantas mengalihkan pandangan pada meja kayu di hadapannya. Kasyaf yang baru sahaja menyedari kehadiran Aadyan mengelap tangannya lalu melabuhkan duduk di sebuah kerusi kerja di hadapan meja kayu itu.

Aadyan pula lantas bergerak ke meja kayu tersebut. Pandangan tajam dari mangsa Kasyaf dia hiraukan.

" Nah. Semua aku dah cari " ujar Aadyan berterus terang. Dia ingin cepat keluar dari sini.

Kasyaf mengangguk. Huluran Aadyan disambut sebelum fail itu dibaca dengan penuh teliti.

" Cau " kata Aadyan lalu berpaling tanpa memandang mangsa Kasyaf.

Saat Aadyan memegang tombol pintu, kedengaran tawa halus terletus dari bibir lelaki itu. Aadyan menghentikan pergerakannya.

" Wow! H-hebat. Kau...hiraukan aku? Atau..kau tak nak kawan-kawan ke..sayangan kau ni.. tahu? " sinis nada lelaki itu berkata.

Aadyan menghiraukan kata-kata itu. Tombol dipulas. Belum sempat pintu dibuka, suara lelaki itu kembali menjengah gegendang telinganya.

" J-jangan lupa Aadyan...hutang kita..masih belum selesai! K-kalau aku gagal tangkap kau,...bos sendiri akan tangkap kau " ujar lelaki itu.

" Oi! Dah lembik pun ada hati nak bercakap. Kerat lidah tu kang baru tau " ugut Daniell. Namun lelaki itu hiraukan Daniell. Matanya masih tertancap pada belakang badan Aadyan.

" K-kau tak layak...bahagia Aadyan. A-aku tak akan..benarkan! A-aku nak kau terseksa! Lebih terseksa dari dulu! " Lantang suara lelaki itu.

" B-bos buat kesalahan besar... sebab buat kau terpisah dengan keluarga kau sahaja! A-aku patut bunuh kau dan...mereka sekaligus! " Aadyan memejam matanya. Sedaya upaya dia tahan untuk tidak menghadam ucapan kejam lelaki itu.

" K-kenapa nyawa kau liat sangat? A-aku patut tembak kau di kepala malam tu!! " amarah lelaki itu terlepas.

" I-ingat Aadyan. Kalau kau tak mampus....keluarga kesayangan kau tu yang akan jadi galang gantinya " psiko. Kejam. Hanya itu yang sesuai untuk menyatakan sikap lelaki tersebut.

Tangan dilepaskan dari memegang tombol pintu. Badan dikalihkan menghadap lelaki itu yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.

Mata hazel Aadyan menatap meja yang dipenuhi senjata-senjata tajam untuk menyeksa.

" K-kenapa? K-kau takut? Nak menangis? HAHAHA " ianya kedengaran sangat menyakitkan hati.

Namun, Aadyan hirau. Tangan mencapai pisau belati yang baru sahaja diasah. Tangan menggenggam erat pisau itu.

Tanpa berkata apa, pisau yang digenggam dihunus ke dalam betis lelaki tersebut. Dalam. Ketawa lelaki itu diganti dengan teriakan sakit.

Bergema ruangan itu dengan teriakan lelaki itu.

Hampir terbangun yang menjadi pemerhati apabila melihat tindakan melulu Aadyan. Wajah Aadyan langsung tidak ada secalit senyuman. Menambah lagi aura membunuh di dalam bilik itu.

" Sakit? Sakit yang kau bagi dekat aku lebih seksa dari yang ni. Kau beruntung aku tak patahkan terus kaki kau ni " ujar Aadyan mendatar.

" Jangan sentuh keluarga aku kalau kau taknak mati awal " ugut Aadyan. Lelaki itu terkesima.

Perubahan drastik Aadyan mengejutkan lelaki itu termasuk Black Dragon's.

" K-kau! "

" Apa? Terkejut aku tak menangis melalak macam dulu? " Aadyan tergelak sinis.

" Sorry. I'm not Aadyan. I'm Phoenix " dia terpempan.

" M-macam mana kau---- "

" Macam mana aku dapat gelaran Phoenix? " wajah Aadyan bertukar lebih dingin.

" Kau yang buat aku jadi macam ni! Kalau kau tak wujud, aku tak akan jadi pembunuh! Aku tak akan berdendam dengan orang macam kau! Aku tak akan terseksa! " nada Aadyan lantang. Sehinggakan Kasyaf dan yang lain terdiam.

" Aku bukan macam dulu. Yang takut dengan orang bertatu macam kau. Aku benci. Benci dengan orang bertatu macam kau! Kalau tak ada Kasy dekat sini, jangan harap kau boleh hidup lagi lepas ni "

" K-kenapa k-kau tak takut dengan aku? " soal lelaki itu. Terkejut, takut.

" I said it, kau yang ubah aku jadi macam ni " ulang Aadyan Noah senafas.

Aadyan melepaskan pegangannya pada pisau belati yang masih terhunus di dalam betis lelaki di hadapannya. Aadyan berdiri tegak sambil senyuman kekok diukir.

" Sorry Kasy! Aku tersentuh mangsa kau. Halal lah eh? " kata Aadyan dengan nada bergurau.

" No problem " kata Kasyaf senada.

᯽❀᪥

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now