𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫

246 7 4
                                    


Tengku Orkid Aadryana POV

Aku memandang pantulan diriku dari dalam cermin full body itu. Tubuhku yang ramping lengkap disarung dengan dress labuh berwarna hitam dengan corak-corak bunga yang berwarna putih. Kepalaku turut disarung dengan selendang yang berwarna hitam.

Selendang itu aku pin kemas.

Puas menatap diriku dari cermin, aku keluar dari bilik sederhana luas milik arwah abangku. Kenapa aku memilih untuk menumpang di bilik arwah abangku sedangkan di rumah agam ini ada bilik tetamu?

Kerana aku mahu mengingati dia. Setiap kali aku ke tempat yang dia pergi, pasti fikiranku akan mengingati dia. Setiap pergerakan, percakapan dan senyumannya seringkali muncul di fikiranku. Itu membuatkan aku semakin merindui dia.

Selain ingin mengingati dia, aku juga ingin dia lihat aku yang sekarang. Aku yang sudah berhijab seperti yang diinginkan dia. Aku sangat berharap dia dapat melihatku yang sekarang jika aku berada di biliknya. Pelik kan aku?

Kakiku melangkah ke arah ruang tamu rumah agam Black Dragon's selepas menuruni tangga. Wajah-wajah yang menoleh memandangku kini tersenyum manis saat bertembung mata denganku.

Aku turut mengukir senyuman indah di bibirku.

" Cantiknya anak mommy ni " aku mendengar mommy memuji diriku.

" Mestilah. Ryana kan anak mommy " aku membalas.

Kedengaran tawa halus keluar dari bibir mommy ku.

" Ryana memang mewarisi kecantikan mommy " giliran daddy yang memujiku sekarang.

Aku tersenyum manis.
" Dan Ryana mewarisi kepandaian daddy! " tokokku. Aku gembira saat melihat bibir daddy mengukir senyuman nipis.

" Marilah. Nanti lambat pula nak sampai ke sana " aku mendengar aunty Amy mengajak kami.

" Eh! Kejap! Mana Evelyn? " soalku memberhenti langkah mereka semua.

" Dah ada dalam kereta dengan Maira tu " ujar aunty Qistina. Aku sekadar mengangguk.

Lega hatiku apabila mendengarnya. Aku ingatkan Evelyn menghilang. Jika benar, hatiku pasti sudah tak tenteram.

Kami sekarang berada di dalam kereta Alphard milik daddy. Aku, mommy, daddy, Xiev dan Noel sahaja yang berada dalam kereta ini. Aunty Qistina, aunty Amy, uncle Syaqil, uncle Khalif dan yang lain semua berada di dalam kereta lain.

Aku mengerling sisi wajah abang ketigaku, Noel yang duduk disebelahku. Dari sisi sahaja wajahnya sudah sama seperti arwah abang keempatku. Lagilah hatiku muncul rasa rindu terhadap arwah.

Aku memeluk lengan Noel dari sisi. Aku beranjak sedikit ke tepi untuk lebih dekat dengannya. Kemudian, aku merehatkan kepalaku yang sudah bersarung selendang ke bahu Noel. Nyaman rasanya apabila berada dalam keadaan seperti ini.

Aku tersenyum kecil saat tangan kasar Noel mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang. Aku gembira apabila abang-abangku sanggup melayan kerenah manjaku ini.

Aku tak sedar bila kami sudah sampai di destinasi. Apabila mommy dan daddy sudah turun, aku mengikuti Xiev dan Noel yang turut turun dari kereta. Bibirku tersenyum nipis saat melihat sahabat baikku bersama Evelyn.

Mereka berdua melangkah ke arahku. Aku memeluk seketika tubuh sahabat baikku itu.

" Lama tak jumpa kau beb " aku mendengar Maira berkata selepas kami meleraikan pelukan.

" Itulah " balasku pendek.

" Aunty Ryana! " aku menunduk ke bawah saat tangan kecil Evelyn memeluk kakiku.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now