" Ha tulah kau! Salah kau lah, dah jadi macam ni " suara garau Daniell Hudfhi kedengaran di dalan wad yang menempatkan Aadyan.Harith menekan kuat kapas ditangannya untuk mengubati luka Luthfan di kaki. Luthfan mengaduh kesakitan.
Harith menjeling tajam Luthfan. Memang dia sengaja. Sapa suruh buat Aadyan macam tu?!
Harith beralih pula memandang Kasyaf yang hanya beriak dingin. Ini lagi seketul! Dua kali lima aje.
" Sorry lah. Mana aku tahu boleh jadi macam ni " sempat Luthfan mengerling wajah tenang Aadyan yang sedang tidur di atas katil. Aadyan langsung tidak terganggu dengan perbualan mereka. Seakan tidur mati.
" Sudah lah. Memang diorang tak sengaja kan. Baik kita pergi makan " ujar Zayyan ingin meleraikan suasana tegang antara mereka.
" Jom lah. Perut aku pun dah minta diisi ni! " Ajak Hud Izzat pula.
Pintu ditutup rapat selepas mereka semua keluar dari bilik wad Aadyan Noah.
Mendengar pintu ditutup, kelopak mata dibuka. Siling hospital itu Aadyan tatap dalam.
Dia dengar semua perbualan mereka tadi. Punca mereka bergaduh ialah disebabkan dirinya. Dia hanyalah beban. Yang hanya akan menyusahkan orang lain.
Kaki mencecah lantai mozek tersebut. Jarum dan pulse oximeter di kedua-dua belah tangan dicabut tanpa perasaan.
Tanpa sebarang alas kaki, Aadyan melangkah keluar dari wadnya tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.
Tangkas sahaja Aadyan berjalan sehinggakan doktor dan jururawat langsung tidak menyedari kehilangannya.
The brave Aadyan Noah is back
Aadyan berjalan perlahan-lahan di lebuh raya yang agak sesak itu. Langsung tidak dihiraukan bunyi enjin dan hon.
Sehinggalah dia sampai ke satu jalan raya berbentuk jambatan. Langkahnya semakin diperlahankan. Laut di bawah jambatan itu dia tatap sambil berjalan.
Fikirannya melayang memikirkan sesuatu yang bahaya.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Black Dragon's sakan berbual dan bergelak ketawa di kafe hospital tersebut. Sesekali mereka menghirup air yang baru sahaja dipesan beberapa minit tadi.Mereka sakan berbual tanpa menyedari ada seseorang yang memerhati mereka dengan penuh perasaan dendam.
Bibir ternaik sedikit. Tangan disilangkan ke dada.
" I can't wait to destroy your life " wajah cantik Medina Sofia muncul di kotak fikirannya.
Bibir melakar senyuman mengerikan.
" Aku akan dapatkan dia walau apa cara sekalipun. Walaupun aku perlu bunuh kau " matanya tepat merenung sisi wajah Kasyaf yang tersenyum nipis kerana gurauan rakan-rakannya.Puas memerhati mereka, lelaki itu beredar dari situ sambil menaikkan kepala hoodie yang dipakainya.
Cukuplah dia memerhatikan aktiviti mereka pada hari ini. Lagipun, hidup mati ketua Black Dragon's itu berada dalam genggamannya. Selagi Medina ada di tangan, Kasyaf pasti akan menjadi lemah.
Hati tergelak jahat.
Deringan telefon Harith menyebabkan Harith berhenti tersenyum. Dia sudah boleh keluar dari hospital memandangkan lukanya juga sudah semakin memilih.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...