𝓝𝓸𝓪𝓱 | 33

95 7 0
                                    


    Hari kedua mereka di United Kingdom mungkin menyeronokkan. Kerana hari ini mereka akan pergi ke taman tema di negara itu.

   Aadyan hanya mengenakan pakaian ringkas. T-shirt berlengan pendek putih dengan jaket berlengan panjang yang berwarna hitam. Digayakan pula dengan seluar slack berwarna hitam.

   Cermin mata hitam turut disangkut pada leher baju t-shirt Aadyan.

  Sekarang, Aadyan sedang menunggu yang lain di dobi hotel yang didiami mereka. Hanya dia seorang ada di situ.

  Sunyi namun amat menenangkan jiwa Aadyan yang sememangnya seorang pendiam.
 
  Bunyi beberapa derapan kaki membuat kepala menoleh. Yang lain sudah berdiri di hadapan Aadyan yang sedang duduk di atas sofa itu.

  Mata Luthfan melihat Aadyan dari atas ke bawah. Aadyan pula hairan.

  Terkelip-kelip matanya memandnag Luthfan. Dah kenapa?

  " Kau! Bangun! " arahan tegas Luthfan serentak membuat Aadyan bangun.

  Tegak Aadyan berdiri di hadapan mereka.

  " Haish! Tak ada baju lain ke? Asyik colour hitam dengan putih aje! Dekat mansion, hitam dengan putih juga! Markas, hitam putih! Company, hitam putih. Tak bosan ke? Tak ada fesyen lah kau ni " panjang lebar Luthfan membebel membuatkan Aadyan menayangkan wajah jengkel.

  " Ikut suka hati aku lah! Dah aku suka warna ni, nak buat macam mana " bidas Aadyan geram.

  " Ha! Menjawab! Cuba dengar cakap orang tua. Ini tak, kerja kau ...menjawabbbb aje " bebel Luthfan lagi.

   Aadyan mendengus.
" Oh? Orang tua? Kau tu orang tua ke? Dah enam puluh tahun? " sindir Aadyan.

  " Ish! Sudah lah! Macam budak-budak. Korang ni berjangkit dengan si Niell dengan Hud ke? " suara Zayyan memberhentikan pergaduhan mereka.

  " Dia yang start dulu " kata Aadyan membela dirinya.

  " Aih. Sudah lah kamu berdua. Baju pun nak jadi isu. Jom kita pergi. Nanti lewat pula " ujar Khalif dengan nada biasa.

  " See! Snake pun tak adalah nak menyibuk macam kau " kata Aadyan.

  " Eh kau!! " Luthfan menoleh memandang Kasyaf yang sedang menggenggam erat tangan Medina selepas Aadyan melarikan diri.

  " Apa? " soal Kasyaf apabila dirinya ditenung sebegitu rupa.

  " Ei! Kau dengan dia, dua-dua sama! Dua-dua mulut tak bertapis! " kata Luthfan lalu mengangkat kaki dari situ.

  Kasyaf memandang pemergian Luthfan sebelum dia menoleh ke arah Medina pula.

  " Sweetheart. Abang ada salah ke? " manja nada Kasyaf menyoal.

  Medina menggeleng dengan senyuman manis.
  " Suami Sofia mana ada salah. Dia aje yang gila " balas Medina selamba.

  Meletuskan tawa halus dari bibir Kasyaf.

  " That's my sunshine "

 
 

                                          🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
 

     Aadyan menghela nafas sesaat sambil melihat pantulan dirinya di dalam cermin segi empat tersebut. Kawasan yang lengang di dalam tandas itu menyebabkan Aadyan mampu berfikir buat seketika.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now