Khalisha Maira menepuk perlahan paha Delisha yang sudah terlena di dalam gendongannya. Jari jemarinya kini mengesat mata sembab Delisha yang masih dibasahi dengan air mata.Teringat akan kejadian tadi, rasa kasihan semakin memuncak di dalam diri Khalisha. Delisha terlalu sedih dengan keadaan Aadyan sehingga dia menangis tidak henti.
Delisha takut perkara lama berlaku lagi. Dia takut Aadyan juga akan meninggalkan dia seperti mana arwah ibu dan bapanya.
KAK
Black Dragon's, Syaqil serta Khalif terus bangun saat pintu masuk bilik pembedahan dikuak dari dalam oleh seorang doktor lelaki.
" Raf? How is it? " soal Harith kepada rakan sekerjanya yang merupakan doktor yang membedah Aadyan, Rafael.
" Alhamdulillah. Encik Aadyan berjaya melepasi tahap kritikal. Racun pada luka tikaman juga sudah dibuang. Mujurlah tikaman itu tidak terlalu dalam, atau dia akan mati kerana pisau itu mengenai jantung. Luka pada pergelangan tangan juga sudah dirawat. Tak ada yang perlu dirisaukan lagi, encik Aadyan seorang yang kuat. Dia akan sedar beberapa jam lagi " terang doktor Rafael panjang lebar.
" Alhamdulillah " tak henti kata syukur dititip pada seulas bibir mereka. Syukur tak terhingga apabila Aadyan sudah stabil.
" Thanks Raf " ucap Harith. Rafael tersenyum kecil.
" My job Karl " balas Rafael sebelum dia beredar dari situ.
" Kamu tak patut setuju dengan rancangan dia. Kalau tidak, perkara ni tak akan jadi " mereka diam membisu apabila menerima leteran dari Khalif.
" Sudahlah abang. Benda dah jadi. Noah pun dah stabil. Jangan salahkan mereka sedangkan mereka pun tak tahu apa akan jadi " pujuk Qistina. Menenangkan hati baran Khalif.
Khalif mendengus. Mengalah dengan isterinya.
" Aunty Mai " Delisha bangun. Tunak matanya memandang Khalisha.
" Ya sayang? " soal Khalisha lembut.
" Nak baba " tersebik bibir Delisha saat mengatakan hasratnya.
" Ok. Nanti kita pergi dekat baba ya? Isha tidur ok? " Pujuk Khalisha lembut.
" Tapi... Isha nak baba. Baba! " ronta Delisha. Dia tak akan tenang selagi dia tak berjumpa dengan Aadyan.
" Sayang. Sayang nak baba marah ke sebab degil? Bukan baba dah pesan, jangan degil kan? " lembut Qistina berkata.
" Tanak! Isha tanak baba marah. Isha tak suka " ujar Delisha perlahan.
" Jadi, Isha tidur ok? Nanti kita jumpa baba. Ya sayang? " Pujuk Qistina lagi. Delisha akhirnya mengalah.
" Sweetheart balik dulu ok? Abang nak tunggu Noah sedar " Medina mengangguk sahaja apabila diarah Kasyaf. Senyuman tipis diukir.
" Nanti abang balik. Tunggu abang tau sweetheart? " lembut Kasyaf berbisik. Ubun-ubun Medina dicium lembut.
" Okay abang. Take care. Sofia balik dulu " Kasyaf mengangguk sambil tersenyum.
Pemergian Medina bersama Syaqil dan Amy dipandang sebelum dia beralih pada Black Dragon's.
" So? Korang nak balik ke? Aku boleh tunggu dekat sini "
" Takpe. Kitorang tunggu dekat sini juga " kata Luthfan mewakili mereka semua.
Kasyaf mengangguk faham.
" Mama dengan papa? " soal Kasyaf pula.
" Kejap lagi kami balik " balas Qistina.
" Kau dik? "
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...