𝓝𝓸𝓪𝓱 | 71

120 5 0
                                    


    Aadyan mengesat hidungnya yang berdarah menggunakan tisu. Sesekali dia mendongak supaya darah tidak keluar lagi.

   Seusai itu, tangan dibasuh di sinki. Mata hazelnya kini menatap seraut wajahnya yang pucat. Bibirnya yang putih tanpa darah dan air mukanya yang tidak bermaya.

  Nafas dihela perlahan sebelum dia keluar dari bilik air. Baru sahaja ingin menghempas badan ke tilam, ketukan pintu terlebih dahulu menghalangnya.

  Dengan langkah yang longlai Aadyan menuju ke arah pintu. Pintu dikuak lalu terpaparlah wajah tampan seorang Luthfan Zander.

  Kening diangkat sebelah saat bersabung mata dengan Luthfan.
  " Nak apa? " soal Aadyan.

  " Jom keluar shopping? Kitorang nak beli barang. Ada Kasy dengan Rith sekali. Dina, Kayla, Isha dengan Rose pun ada. Alang-alang beli barang, kita pergi jalan-jalan " tawar Luthfan panjang lebar.

  Aadyan diam sesaat.
" Tak apalah. Pergilah. Aku penat "

   " Serius tak nak ikut? Isha ada sekali! " buat kesekian kalinya Aadyan menggeleng tanda tak mahu.

  " Aku nak tidur. Pergilah " ujar Aadyan meyakinkan Luthfan.

  " Ok. Kalau macam tu, jaga diri. Kalau kau lapar, panaskan aje lauk dalam peti tu " Aadyan mengangguk faham. Matanya menghantar pemergian Luthfan Zander.

   Aadyan menutup pintu. Kemudian kakinya melangkah ke arah katil. Badan dihempas ke atas tilam lalu mata ditutup. Penat yang teramat dia rasakan saat ini.

    " Noah mana? Tak ikut? " soal Harith selepas melihat kelibat Luthfan.

  Luthfan menggeleng.
  " Noah tak nak ikut. Katanya penat "

  " Oh. Kalau macam tu, jom gerak " ajak Zayyan.

  Mereka mengangguk kecil sebelum langkah mereka terhenti akibat suara Hud yang menegur.

  " Korang tak rasa ke Noah pelik sejak dia balik? " soal Hud dengan serius.

  " Pelik? " Daniell berkerut tidak faham.

  " Yeah pelik. Noah selalunya makan sama-sama dengan kita tapi sekarang... kurang. Ada pun sekali dua " terang Hud Izzat yakin.

  " Betul. Aku perasan Noah pun macam selalu sakit. Dia selalu pucat. Bila aku tanya, dia balas tak ada apa " ujar Zayyan Hayqayl pula.

   Buat beberapa minit, ruang tamu itu dihuni rasa sunyi.

  " Jangan fikir sangatlah. Noah ok aje kut. Dah jom gerak " arah Medina Sofia menyebabkan mereka mengangguk.

   Manakala Kasyaf pula, dia hanya diam membisu sejak rakan-rakannya mula mengesyaki perubahan mendadak Aadyan Noah. Jika tak hormatkan keputusan Aadyan, dia akan beritahu semuanya kepada Black Dragon's.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎


     Tengku Aadyan Noah menapak masuk ke dalam kawasan perkuburan tersebut. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah pusara insan teristimewanya.

   Bibir mengukir senyum saat membaca nama yang terukir di batu nisan. Kemudian, Aadyan duduk bersila sebelum dia mula membacakan surah Yasin untuk arwah Tengku Adam Dree.

   Seusai itu, surah Yasin ditutup lalu Aadyan mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di atas tanah pusara atuknya.

   " Assalamualaikum atuk. Dah setahun kan kita tak jumpa? "

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now