𝓝𝓸𝓪𝓱 | 61

94 6 0
                                    


   TOK TOK

  " Qeelll~mother dah balik~ " suara wanita yang mendayu-dayu itu membuatkan senyuman Aqeel hilang.

  Semua mata kini tertancap pada pintu rumah itu. Melihat reaksi Aqeel, mereka tidak ada idea tentang siapa yang hadir.

  " K... Korang! Menyorok!! Cepat!! Dalam almari tuu! " tunjuk Aqeel kepada dua almari yang terletak di hujung.

  Black Dragon's mengikut sahaja walaupun mereka tidak tahu sebabnya mengapa perlu menyorok.

  Selepas memastikan kesemua rakan-rakan barunga menyorok, Aqeel bergerak ke arah pintu. Senyuman kekok dilemparkan sebaik sahaja pintu dibuka.

  Wajah manis mother dipandang takut.

  " Lamanya nak buka pintu. Qeel buat apa? " soal mother hairan.

  Kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

  " H.. ha? T.. tak buat apa pun! " balasan gagap Aqeel hampir membuatkan Black Dragon's ketawa.

  Mother kembali menoleh memandang Aqeel. Dengan penuh curiga dia mengelilingi Aqeel.

  " Qeel ada sorok sesuatu dari mother ke? " tanya mother dengan suara yang garang.

  Aqeel pantas menggeleng.

  Mother tersenyum senget.
" Let us see " kemudian kaki melangkah ke arah dua almari di hujung.

  Tak sempat ingin membuka pintu almari itu, dia dihalang dengan kedua dua tangan Aqeel. Black Dragon's menghela nafas lega.

  " Motherr.. jangan buka almari ni "

" Hmm? Why? "  soal mother curiga.

  " Erkk .. Ada tikus! Ha! Tikus! Besar-besar mother! Banyak pula tu! Mother nak kena serang ke? " Mata dikelip-kelip bagi menayang wajah comel.

  Mother mengecilkan matanya sebelum dia beralih pula ke arah dapur. Aqeel menghela nafas lega. Dia berjalan menghampiri mother.

  KAK

  Tak sempat apa-apa, mother lebih tangkas membuka kedua-dua pintu almari itu.

  " Allah " bisik Aqeel perlahan. Kantoi dah.

  Mother tersenyum sinis sebelum dia berpaling semula ke arah Aqeel. Pisau dapur yang dipegangnya sedari tadi dibaling ke arah Aqeel.

  ZAP

  Aqeel tak sempat berbuat apa. Betul-betul pisau itu melintasi tepi wajah Aqeel. Mahu longgar lutut Aqeel tika itu.

Black Dragon's yang melihat pun dah kecut perut. Garangnya mak cik ni!

  " Aqeel Qayyum. Besar betul tikus kamu ni " kata mother sambil menilik satu persatu wajah Black Dragon's.

  " M... Mother. S... Semalam tak besar macam ni. Dah menetas kot " serentak mata Black Dragon's memandang Aqeel. Jawapannya sangat tak diduga.

  " Oh iya? "

  " Aqeel Qayyum "

  " Y.. ya mother? " gagap Aqeel membalas.

  " Did I said earlier? " langkah mother maju setapak demi setapak ke hadapan. Manakala Aqeel semakin ke belakang.

  " Apa yang mother cakap sebelum ni? Jangan. Bawa. Masuk. Orang. Tak. Dikenali. Lagi!! " jerkah mother. Membuat bahu Aqeel terhinjut sedikit kerana terkejut.
 
   Black Dragon's yang memerhati dari belakang jadi kasihan dengan Aqeel. Disebabkan mereka, Aqeel dimarahi.

  " Q... Qeel minta maaf "

  " Maaf maaf maaf! Asyik-asyik itu sahaja yang keluar dari mulut Qeel. Lepastu, Qeel tetap buat perkara yang sama! Kalau orang yang Qeel bawa balik tu ada niat yang tak baik?! Siapa yang susah?! Mother juga! " Marah mother. Sudah serik dengan perkataan maaf yang asyik keluar dari mulut Aqeel.

  " Erk.. puan. Rasanya puan boleh aje cakap baik-baik dengan Q-- "

  " Kamu jangan nak menyibuk! Urusan kami tak ada kena mengena dengan kamu! " Pintas mother laju tanpa sempat Zayyan menghabiskan ayatnya.

  " Qeel cuma nak tolong. Kalau dia mati macam mana? " kata Aqeel berani.

  Mother kembali memandang Aqeel tajam.
" Menjawab! Aqeel! Aqeel tak sedar lagi ke? Setiap orang yang Aqeel bawa balik, mesti mafia! Mafia! Mafia! Mafia! Mafia tu orang jahat Aqeel Qayyum! "

  " T... Tapi tak semua jahat! Orang-orang yang Qeel selamatkan semuanya tak pernah cuba bunuh Qeel! " Black Dragon's terharu apabila Aqeel sedaya upaya membantah kata-kata mother tentang mafia tadi.

  " Aqeel Qayyum! Kamu dah semakin teruk lepas bawa balik budak-budak ni! Ergh! Sebab inilah mother tak bagi kamu keluar dan bergaul dengan orang lain!! " kata mother lagi.

  Aqeel terdiam. Oh. Rupanya itu sebabnya mengapa mother tak pernah membawanya keluar hutan?

  Aqeel mengetap kuat bibirnya.

  " A... Aqeel " panggil Zayyan perlahan. Simpati dengan Aqeel yang dimarahi habis-habisan oleh mother.

  " Qeel benci mother " ucap Aqeel perlahan sebelum dia laju masuk ke dalam biliknya.

  Pintu dihempas sederhana kuat.

  Mother yang mendengar perkataan benci itu menunduk sesaat memandang lantai sebelum dia kembali memandang pintu bilik Aqeel. Baru dia sedar apa yang dia lakukan tadi.

  " Allah " penuh kesal mother mengucapkan sebaris nama pencipta itu.

  Pelipis dahu diurut perlahan. Mother memandang satu persatu wajah Black Dragon's.

  " Dah lama duduk sini? " soal mother kepada Zayyan apabila melihat Zayyan yang seperti dirawat anak angkatnya.

  " B... Baru seminggu " balas Zayyan.

  Mother mengangguk.
" Duduklah. Mother pergi buat air " ujar mother lembut.

  Beberapa minit kemudian, mother kembali dengan sedulang air kopi panas. Dulang diletakkan di atas meja. Kemudian mother menghidangkan satu persatu cawan di hadapan Black Dragon's.

  " Terima kasih pu-- "

  " Mother. Call me mother " pintas mother.

  " Terima kasih mother " sambung Kasyaf.

  " Duduklah di sini sementara kawan kamu sembuh sepenuhnya. Mother tak kisah. Pasal tadi... Mother minta maaf. Mother cuma risaukan Qeel. Dia suka buat mother risau! Mother cuma takut orang yang dia bawa balik.. mempunyai niat jahat ke atasnya. Mother tak nak hilang Qeel " sayu mother berkata.

  " Kami faham mother " kata Kasyaf mewakili rakan-rakannya.

  Kemudian mother kembali memandang pintu bilik Aqeel dengan pandangan yang penuh penyesalan. Dia menyesal kerana memarahi Aqeel. Dia rasakan seperti dia gagal memenuhi hasrat terakhir 'seseorang' selepas memarahi Aqeel.

 
𖧷᪥𑁍

Hye semua! Jadi disini ada satu info ya...
Nama mother ialah Lufya Harrelson tetapi di setiap chapter saya akan tulis Lufya sebagai mother. Ok?

Jgn lupa berselawat wahai sahabat

الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now