𝓝𝓸𝓪𝓱 | 32

104 5 0
                                    


     Beberapa jam sudah berlalu sejak mereka semua sampai ke bumi United Kingdom tersebut. Penat masih tersisa namun mereka tetap menjalankan aktiviti yang sudah dirancang dengan gembira.

   Beberapa jam tadi, mereka hanya meneroka hotel yang didiami mereka sekarang. Sekejap sahaja. Sehinggalah makan tengah hari, mereka terus membuat keputusan untuk berehat dan menyambung aktiviti pada hari esok.

  Sementara yang lain berehat di bilik hotel mereka, Aadyan pula merehatkan diri di luar hotel. Matanya menatap tunak matahari yang sudah mahu terbenam itu.

   Indah sungguh ciptaan Allah SWT.

   Sedang asyik memerhati langit berwarna oren kemerah-merahan itu, terasa sebelah bangkunya diduduki seseorang. Tanpa menoleh pun dia tahu siapa gerangannya.

    Charlotte menghela nafas lega apabila Aadyan Noah tidak beredar dari situ apabila dia cuba mendekati jejaka itu. Sedikit sebanyak mampu menimbulkan rasa puas hati dalam hati tua wanita tersebut.

   Jeda.

  Mereka mendiamkan diri. Sama-sama tidak mempunyai topik untuk memulakan perbualan.

  " The sunset is beatiful, right? " Charlotte menoleh sekilas sisi wajah Aadyan apabila Aadyan membuka suara.

   Kemudian, Charlotte menatap langit di hadapan mereka. Benar, memang ianya sangat cantik.

  " Yes. Beautiful. Tapi, kecantikannya akan hilang apabila berganti malam. Seperti orang yang sering tersenyum di luar, namun apabila bersendirian, hanya dia yang tahu sesakit, sederita apa sebenarnya dia " balas Charlotte penuh makna.

  Diam.

  Hanya angin lembut yang menyapa kulit mereka.

  " Char. Am I....a bad person? " tanya Aadyan, perlahan.

   " No. Ayan merupakan orang yang sangat baik di mata Char. Always " balas Charlotte tulus.

  " Then, why did I left my family? Even I know they will hate me. I'm fool "

  Charlotte menggeleng perlahan.
  " You did a good decision. You left them because you don't want to lose them. That's mean, you love them. Lagipun, ia bukan salah awak. Awak tak berniat pun. Bukan? Semuanya terjadi disebabkan dia " Charlotte menunduk.

  " Sorry "

  " For what? "

  " For everything. I'm sorry because hurting you. I'm sorry because I make you become a killer. I'm sorry because I make your heart become rude. I'm sorry because I let him hurting you. I'm sorry. It is all my fault " tulus Charlotte berkata.

   " Kau tak muak ke asyik cakap perkataan yang sama? " soal Aadyan jengkel.

  " No. Beacause I'm really upset to what I have done before. That was my biggest fault "

   Aadyan tergelak kecil. Dia rasa lawak dengan jawapan Charlotte. Entah kenapa.

  " You still love him? " tanya Aadyan.

  Charlotte terdiam. Entahlah, dia sendiri keliru dengan perasaannya.

  " No. " Charlotte berkata yakin.

  " Then, can you kill him? You said that you will do anything to get my apologies " kata Aadyan dingin.

  Sekali lagi Charlotte terdiam.

  " That's you answer. You can't. You still love that brat. Memang betullah cinta itu buta "

    Aadyan bangun. Kaki panjangnya melangkah beredar dari tempat itu. Meninggalkan wanita berambut hitam pekat itu berfikir.

   Charlotte terpempan sendiri di tempatnya.  

   Memang benar. Memang dia masih mempunyai sedikit rasa cinta. Namun, perasaan itu akan terhapus tak lama lagi. Charlotte yakin. Sangat yakin.

 

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

    TING

  Telefon berjenama Realme itu bergetar menandakan ada mesej yang baru sahaja masuk. Aadyan membiarkannya. Nantilah. Cerita dari Syaqil lebih menyeronokkan.

   TING TING

  Dua kali.

  TING

  Dan sekali lagi. Aadyan memandang sepi telefonnya yang seakan tidak akan membiarkannya tenang buat seketika. Tangan mencapai telefon tersebut.

   Aplikasi Whatsapp dibuka melalui bar notifikasi pada skrin kunci.

  Nombor tidak dikenali.

  Aadyan menjungkit sebelah kening. Hairan. Siapa yang memesejnya malam-malam begini?

   ' Oh? '
  ' Running from me? '
  ' Interesting. But not clever at all '
  ' Run. And orang yang kau sayang, akan jadi galang gantinya. Remember Tengku Aadyan Noah '

  Empat mesej itu dibaca penuh teliti. Tanpa menyiasat pun Aadyan tahu siapa si pemberi.

  Dia..tak habis-habis mengganggu hidup Aadyan sejak kehadiran Charlotte. Sebelum kehadiran Charlotte pun dia sudah menerima amaran. Dengan 'hadiah' yang berisi tangan seorang manusia beserta satu nota amaran.

  Tapi, ia sedikit pun tidak mampu menggentarkan hati Aadyan.

  Aadyan tekad. Buatlah macam mana pun. Dia takkan menyerah. Takkan mengalah. Aadyan tak akan menunduk kepada manusia bertopengnkan syaitan itu lagi.

  Aadyan serik.

  Masa lalu menjadi pengajaran buat dirinya. Untuk tidak mempercayai seseorang.

  Baik macam mana pun seseorang itu, jika ia sudah masanya, dia akan tetap mengkhianati.

  Seperti ular yang disangkakan jinak, rupa-rupanya mencari peluang untuk mematuk si mangsa.

  Walaupun begitu, amaran itu tetap membuat Aadyan berwaspada. Entah siapa pula yang akan menjadi target si dia. Jika terleka, semuanya akan hancur. Dia bijak merancang.

   " Noah? What's wrong? You look nervous " pertanyaan dari Qistina menyebabkan lamunan Aadyan hilang entah kemana.

  Aadyan mengangkat wajah menatap anak mata redup Qistina yang duduk berhadapan dengannya. Mata-mata lain juga seperti sedang merenungnya.

  " Nothing. I'm sorry but...can I go back to my room? I feel sleepy " dalih Aadyan Noah. Selepas mendapat anggukan dari mereka, Aadyan berdiri.

  Laju kakinya menaiki lif untuk ke bilik hotelnya di tingkat empat.

   Akan Aadyan biarkan semuanya dahulu. Selagi dia tidak bertindak, selagi itu Aadyan tak akan membalas. Namun begitu, langkah berjaga-jaga tetap akan diambilnya.

  Sudah masanya untuk bangkitkan identiti Phoenix.

 
𖧷᪥𑁍

الهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now