Mata dicelik tatkala sinaran matahari dari tingkap bilik menyapa kornea matanya. Dia menggeliat seketika sebelum dia mengerling jam dari telefon pintarnya dari kabinet sebelah katil. Pukul 8 pagi.Mujurlah dia sudah solat subuh tadi. Kalau tidak, sudah tertinggal satu rukun fardhu tersebut.
Terus badannya bangun dari baringan. Mata hazelnya mula menatap pemandangan luar dari tingkap biliknya. Langit pagi yang cerah itu sungguh menyenangkan dirinya.
Menunjukkan hebatnya kekuasaan Allah yang menciptakan alam semesta.
Tidak lama kemudian, dia bangkit dari katil. Langkah kakinya dituju ke bilik air yang berada dalam biliknya.
Beberapa minit kemudian, badannya sudah lengkap berpakaian. Dengan t-shirt hitam berlengan pendek dan seluar jeans. Minyak wangi Dior disembur sedikit pada leher jinjangnya.
Rambut hitam pekatnya yang masih lembap dek air pancutan tadi hanya dibiarkan tidak disikat.
Terasa segar sedikit badannya dari tadi. Terus kaki panjangnya mengatur langkah keluar dari bilik untuk ke dapur.
Bibir merahnya mula mengukir senyuman manis tatkala melihat sosok sahabat karibnya sedang memasak di dapur tersebut.
Otak mula memikir rancangan jahat. Tak jahat pun.. hehe.
Tanpa bunyi, kakinya perlahan-lahan mengatur langkah ke arah jejaka yang sedang membasuh tangannya.
" BAAA!! " jeritnya.
" Mak kau masuk longkang! " latah jejaka itu. Terus badannya berpusing sepenuhnya ke arah sang monyet tak bertauliah.
Cemberut wajahnya tatkala mendengar latahan sahabat karibnya.
" NOAH!! Terkejut bebal! " marah jejaka itu geram. Kecik besar kecik besar aja aku pandang budak kecik ni.
" Mak kita mana ada masuk longkang. Sampai hati Luth " Drama tak berbayar Aadyan Noah beri kepada sahabat karibnya.
Luthfan Zander memutar matanya. Drama tv3 pun kalah ni.
" Pergi makan nu. Yang lain mana? " soal Luthfan Zander.
Aadyan Noah menjungkit bahu.
" Entah. Terlentang dekat katil lagi lah tu " balas Aadyan. Cukup kenal dengan perangai rakan-rakannya yang sememangnya susah bangun awal.Aadyan Noah melabuhkan duduk pada kerusi meja makan. Dia terlebih dahulu menyuap nasi goreng kampung yang dimasak Luthfan Zander ke dalam mulutnya tanpa menunggu rakan rakannya yang lain.
Luthfan? Entah ke mana kelibatnya menghilang. Pergi kejut budak-budak tu kut.
Aadyan mengalihkam pandangan kepada seorang jejaka yang menuruni tangga. Dia lengkap berpakain kemeja putih lengan panjang dengan seluar jeans hitam. Segak. Kacak.
Tahulah Aadyan bahawa jejaka itu akan pergi bekerja sekejap lagi walaupun hari ini hari cuti.
" Morning Kasy!! " ujar Aadyan kepada jejaka itu usai dia melabuhkan duduk di kerusi berhadapannya.
Namun, wajah jejaka yang bernama Kasyaf Edriav tersebut kekal beku tidak berperasaan. Aadyan tidak marah, sudah lali dengan jejaka dingin itu.
" Kau nak pergi kerja ke? Bukan harini cuti? " soal Aadyan walaupun tahu akan jawapannya. Saja mahu menghilangkan rasa sunyi antara mereka. Lagipun, kelibat Luthfan dan yang lain masih tidak kelihatan.
Mungkin masih berperang di atas.
" Ada kerja aku kena selesaikan " balas Kasyaf ringkas.
Aadyan mencebik tatkala Kasyaf membalas begitu. Ringkas sangat. Cuba panjang sikit! Dengan tunang dia tu bukan main sweet lagi. Siap buat pickupline lagi. Haih, Kasyaf Kasyaf.
" Nanti pergi markas. Check apa yang patut. Apa-apa laporkan dekat aku " arahan Kasyaf membuatkan Aadyan mengangguk faham. Memandangkan Kasyaf ketua di antara mereka, Aadyan harus mendengar arahan Kasyaf.
" Morning guys!!! " ucap seorang jejaka. Pantas dia mengambil tempat di sisi Aadyan.
Luthfan juga sudah kelihatan. Mungkin beruk-beruk tak bertauliah tu dah bangun bila kena ceramah dengan pak cik Luthfan Zander.
" Yay! Nasi goreng! " sorak jejaka disebelah Aadyan atau lebih mesra dipanggil Daniell Hudfhi. Laju tangannya mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggang sebelum dia menjamah nasi goreng tersebut.
Mereka berpaling pula kepada tiga orang lagi jejaka yang melabuhkan duduk di kerusi meja makan itu. Hud Izzat, Harith Karl dan Zayyan Hayqayl.
" Kau ni nak pergi mana? " soal Harith Karl. Hairan tatkala melihat Kasyaf segak memakai pakaian kasual di tubuhnya.
" Company. Ada benda tak settle " balas Kasyaf sebelum dia kembali menghirup kopi panas.
Harith Karl mengangguk faham.
" Lepastu keluar dating dengan awek " tokok Hud Izzat selamba sebelum dia kembali menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut. Pandangan tajam dari Kasyaf dihiraukan.
Aadyan tergelak kecil. Terhibur.
" Aku gerak dulu " ujar Kasyaf. Tak mahu berlama. Nanti terlambat pula. Jika terlambat siapkan kerja, dating pun lambat. Habislah seorang Kasyaf Edriav dimarahi tunangnya.
" Weh! Balik nanti tolong beli cat food! Makanan Leon dah nak habis! " pesan Daniell Hudfhi. Teringat pula akan si kucing oyen kesayangannya. Ingat nak beli nanti tapi alang-alang rakannya keluar, tolonglah tumpang sekali.
Daniell kembali menyuap nasi goreng. Entah dengar atau tidak si ais antartika tu.
" Kau ada nak pergi mana-mana ke Noah? " soal Zayyan Hayqayl kepada Aadyan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Aadyan Noah mengangguk apabila ditanya.
" Bapak singa suruh pergi markas. Check weapons " balas Aadyan selamba. Tergelak mereka apabila Aadyan menggunakan gelaran bapak singa. Kalau ada si Kasyaf tu, mahu mengamuk dia.
.
𖧷𑁍᪥
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...