Tengku Aezean Xavier menapak masuk ke dalam markas Black Dragon's yang mewah dan klasik itu. Wajahnya dihiasi dengan senyuman tipis setiap kali anak-anak buah Black Dragon's menunduk hormat kepadanya.Pagi ini, dia mempunyai satu mesyuarat dengan kumpulaj pembekal senjata itu.
Kata ayahnya, Tengku Adrian, ianya mesyuarat tentang jenis-jenis senjata api dan senjata tajam yang dipesan Tengku Adrian sendiri. Memandangkan jadual Adrian sangat padat di TAR Company jadi dia menyuruh anak sulungnya itu pergi bermesyuarat dengan Black Dragon's.
Jangan pelik.
Memang kumpulan Black Tiger merupakan sebuah kumpulan mafia dan terang-terang lagi Black Dragon's sudah menyatakan bahawa mereka tidak berurusan dengan mafia yang mempunyai niat jahat.
Read it carefully. Again and again until you realize it.
Mafia yang mempunyai NIAT JAHAT SAHAJA.
Kumpulan Black Tiger tidak sama dengan kumpulan mafia lain. Mereka tidak membunuh sesuka hati. Mereka hanya membunuh musuh yang mengancam mereka sahaja.
Disebabkan itu, kumpulan Black Dragon's dan Black Tiger erat.
Sedar tidak sedar, satu jam berlalu dan mesyuarat mereka di bilik mesyuarat itu juga telah pun tamat beberapa saat lalu.
Aezean meletakkan telefon ke dalam kocek seluar. Tidak sempat dia bangun dari kerusi, suara dingin Kasyaf menyapa gegendang telinganya.
" Kau dah jumpa adik kau? " soalan Kasyaf menyebabkan Aezean terdiam.
Lama dia diam sebelum dia terperasan akan sesuatu.
" Mana Noah? Dia tak datang ke hari ni? " tanya Aezean sambil memandang satu persatu wajah disitu.
" Noah sakit. Dekat hospital. Dah masuk sebulan dia dekat sana. Hmm.. kesian " celah Hud Izzat dengan muka sedihnya. Drama.
Aezean terdiam. Aadyan? Sakit?
" Dia sakit apa? "
" Kau nak tahu? Maybe kau kena ikut kitorang pergi lawat dia dekat hospital tu. Baru kau tau " tutur Zayyan Hayqayl penuh makna.
" Haah. Mana tau kau boleh dapat maklumat pasal adik kau juga? " celah Daniell Hudfhi pula.
" Yep! Macam durian jatuh dari pokok " celah Harith pula. Entah apa yang diperkatakan, dia hentam saja!
Aezean menjungkit kening. Kenapa perangai sahabat-sahabatnya hari ini lain semacam?
Dan apa kena mengena Aadyan dengan adiknya yang hilang?
" So....nak taknak? " soalan Luthfan menyebabkan Aezean tersedar dari lamunan.
" Boleh lah.. aku pun free sekarang " balas Aezean yakin.
" Ok! "
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Aadyan Noah merenung lama pintu bilik wadnya. Sesekali dia mendengus kasar. Bosan. Sangat membosankan jika berada di hospital. Satu apa pun tak boleh buat.
Sarapan pagi yang dihidangkan oleh seorang jururawat tadi dia tatap dengan pandangan yang kosong. Tiada selera langsung kalau hidangannya begini gaya.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...