𝓝𝓸𝓪𝓱 | 26

103 6 0
                                    

 
    Kejadian semalam masih bermain di fikiran Aadyan. Dia tertanya-tanya. Bagaimana rakan-rakannya dapat mencari lelaki itu? Lelaki yang membuatkan Aadyan dan Harith masuk ke hospital gara-gara ditembaknya.

   Namun, Aadyan sedar. Tiada siapa boleh lari dari Black Dragon's jika mereka sudah menarget musuhnya.

  Never.

  Aadyan berhenti berfikir. Jawapannya sudah ada. Terang benderang.

   Aadyan memandang pantulan dirinya di full body mirror tersebut. Pakaiannya formal, kemeja berwarna hitam bersama seluar jeans hitam. Dan kasut kulit berwarna hitam.

  Ialah, semuanya nak hitam! Gelap! Segelap hatimu. Cie cie..gurau

  Aadyan sekarang berada di bilik rehat lelaki di hotel milik ayah Medina. Malam ini merupakan hari yang terindah bagi Khalif Esrive kerana hari ini merupakan hari lahirnya.

  Dan mereka mengadakan majlis hari lahir bekas ketua Black Dragon's itu di hotel milik Syaqil. Beberapa kenalan, sahabat dan  bekas klien  turut dijemput untuk sama-sama meraikan majlis itu. Dan semestinya Tengku Adrian sekeluarga akan dijemput juga.

  Aadyan bersendirian di bilik berkonsepkan klasik itu. Termenung.

  Entahlah, sejak kebelakangan ini, Aadyan seringkali termenung. Aadyan sendiri tidak tahu dengan perubahan dirinya.

   Puas menenung diri, Aadyan keluar dari ruang tersebut lalu kaki menuju ke arah tangga. Mujurlah bilik itu berada di tingkat dua. Senang, tak perlu nak tekan-tekan butang lif.

  Bunyi bising mikrofon di dewan menandakan majlis sudah dimulakan. Aadyan terlewat beberapa minit nampaknya.

   Semasa ingin membuka pintu gerbang dewan itu, Aadyan merasakan dirinya diperhatikan. Lantas kepala ditoleh ke kiri.

  Berdegup hebat jantungnya apabila melihat wanita dengan pakaian hospital, rambut yang tidak terurus dan lingkungan hitam di bawah matanya sedang menatap sayu iris mata hazel Aadyan.
 
  Aadyan terkaku. Apa dia buat disini? Dia ikut aku? Apa dia nak dari aku lagi?

  Aadyan melarikan pandangan. Nampak jelas dari ekor mata wanita itu mula berjalan setapak demi setapak ke arahnya. Lagi menimbulkan rasa resah di hati Aadyan.

  Aadyan laju masuk ke dalam dewan sebelum pintu ditutup rapat. Nafas dihela perlahan.

  Aadyan kemudian mengatur langkah laju ke arah meja Black Dragon's. Tatapan mata dari orang ramai dia hiraukan. Nak mengata lah tu. Kita lambat sikit un nak mengata. Lempang kang!

  Aadyan melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Zayyan di meja bulat itu.

  " Lambatnya? "

  " Sorry " pinta Aadyan sambil mengerling sekilas Zayyan.

  Mata mereka kini tertumpu sepenuhnya pada pentas. Langsung tidak menyedari ada orang asing yang masuk ke dalam dewan tersebut. Dia hanya berdiri di hadapan pintu dan merenung belakang badan Aadyan dengan wajah yang tidak bermaya.

  Dan tiada siapa yang perasan akan kehadiran dia. Tiada.

                                  🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

     Aadyan merenung sahaja makanan yang dihidangkan di hadapan. Langsung dia tidak berniat untuk menjamah hidangan itu. Tak berselera.

   " Kau dah kenapa tenung makanan tu macam nak tembus? Tak baik tau " sengaja Luthfan ingin mencari perhatian Aadyan.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now