( another song!! )
" How's your day Tengku Aadyan? "
Wajah Aadyan bertukar beku apabila dia mendengar suara itu.
Spontan Aadyan bangun dari duduk lalu kaki melangkah laju ke tempat yang sunyi untuk mencari privasi.
" Kau nak apa dari aku? " dingin Aadyan menyoal.
" Rilex Aadyan. Aku cuma nak bagitahu, mungkin maruah adik kesayangan kau tu akan melayang malam ni "
" Apa kau merepek ni? " soal Aadyan bengang.
" Aku dah hantar lokasi dia pada kau. Kalau kau taknak keluarga kau disindir, baik kau selamatkan dia sebelum terlambat " sinis lelaki itu.
Aadyan mengalihkan telefonnya. Satu lokasi yang baru dihantar nombor tak dikenali itu dia tekan. Lokasi ada di Restoran Italiano. Tapi, tempat itu macam sedikit terpencil dan yang pasti, gelap.
' Ya Allah. Lindungilah adik aku dari marabahaya Ya Allah ' doa. Hanya itu yang Aadyan mampu lakukan sementara dia dalam perjalanan ke lokasi itu.
Panggilan rakan-rakannya langsung dia hiraukan. Kepalanya hanya memikirkan Orkid Aadryana.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Orkid Aadryana menendang satu persatu lelaki-lelaki mabuk di lorong itu. Walaupun kepalanya masih berdenyut, tetap dia cuma untuk melawan.
Lelaki-lelaki itu sudah melampau! Mereka ingin meragut kesucian Orkid. Dasar lelaki sial!
" Argh! " Orkid menjerit kecil apabila pipinya ditumbuk dari tepi. Tubuhnya jatuh ke bawah.
Tajam mata hazelnya menikam anak mata hitam lelaki yang menumbuknya.
" Hahaha! Kau tak boleh lari dah cik adik "
" Kita enjoy ya sayang malam ni? " lelaki lain bersuara sambil memegang kedua-dua belah tangan Orkid ke atas.
" Lepaslah bodoh!! Aku taknak!! Lepas!! " ronta Orkid.
" Jangan degil lah sayang " lembut tapi meloyakan. Rasa macam nak tumbuk aje muka jantan ni!
Mahu sahaja Orkid menangis disitu. Dia terlalu takut.
BUK
Orkid membuka kelopak matanya apabila pegangan di tangan sudah dilepaskan. Membulat matanya melihat seorang jejaka yang menjadi heronya.
" Kurang ajar punya jantan! Blah sana! Jangan sentuh adik aku! " Kasar Aadyan menengking mereka semua.
" Kau siapa hah?! Menyibuk! " marah salah seorang lelaki.
Aadyan tersenyum sinis. Glock 17 dicapai lalu dihalakan ke arah mereka. Kecut perut mereka apabila melihat pistol itu. Lari tak cukup tanah mereka selepas itu.
Aadyan menyimpan kembali pistol. Wajah pucat Orkid dia pandang.
Laju tangannya naik menarik Orkid ke dalam dakapan.
" Are you okay sweetiepie? Adik abang ni ada cedera mana-mana? Sakit ke? Dia ada buat apa-apa dekat Ryana? " Tanpa boleh dikawal Aadyan bertanya.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...