𝓝𝓸𝓪𝓱 | 16

105 6 0
                                    


    Sudah dua hari berlalu dan mereka juga sudah pulang dari bumi Itali. Mereka semua bergembira di bumi Itali itu kecuali Aadyan yang kurang bermain dan bercakap dengan mereka sejak pulang dari Itali.

  Mereka juga hairan. Mana tak hairan jika sahabat mereka yang sentiasa ceria kini berubah tiga ratus enam puluh darjah?

  Aadyan sering kali diam apabila mereka berbual ataupun meeting. Hanya apabila ditanya dia akan menjawab. Itu pun sepatah atau hanya dengan anggukan atau gelengan.

  Senyum? Aadyan sering kali tersenyum apabila ditanya dan ada yang mengajaknya bercakap. Dia hanya menjadi seorang pendiam.

  Aadyan menatap pen yang dipegangnya penuh dalam.

  Memang luaran orang akan menyangka Aadyan termeung namun di dalam, tiada siapa yang menyangka sejauh mana Aadyan berfikir.

  ' Hadiah ' yang diterima tempoh hari menyebabkan hati Aadyan sering disapa rasa gundah gulana.

  Bunyi azan asar dari telefon pintar milik Aadyan menyentakkan dirinya.

  Aadyan melepaskan pen di tangan. Dia bangkit dari duduk sebelum dia keluar dari pejabat miliknya. Sempat dikerling rakan-rakannya yang masih sibuk di dalam pejabat masing-masing.

  Sejak Kasyaf berkahwin, mereka perlu handle kesemua kerja di KE Company termasuklah meeting dengan klien dari luar negara yang sepatutnya dihadiri Kasyaf.

  Kasyaf pula duduk di rumah dan bermanja dengan isteri tersayangnya.

   " Pergi mana Noah? " tegur Zayyan sebaik sahaja dia terserempak dengan Aadyan.

  Aadyan mengerling sekilas fail di tangan Zayyan.
 
  " Er..surau " balas Aadyan. Zayyan mengangguk perlahan.

  Aadyan meneruskan perjalanan apabila Zayyan kembali melangkah.

 
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

  
   Usai menunaikan solat asar, Aadyan merenung sahaja sejadah di bawahnya. Tangan ditadah untuk berdoa.

  Lafaz bismillah diungkap.

  " Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Kau lah yang mengawal hidup hambamu yang hina ini. Pinjamkan lah keberanian untuk aku melindungi orang-orang yang aku sayang Ya Allah. Permudahkan lah urusanku Ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya aku banyak membuat larangan engkau "

   " Lindungi lah keluargaku yang jauh di sana di dunia dan akhirat. Pindahkan lah kesusahan mereka kepada aku Ya Allah. Lindungilah rakan-rakanku. Aamin Ya Rabbal Alamin "

  Tangan menguak wajah.

  Selepas menunaikan solat fardhu, tenang kian menjadi penghuni di hati Aadyan. Dia harap perasaan ini akan kekal namun dia tahu, ianya mustahil.

  Dengan kehadiran 'dia' , sangat mustahil untuk dia bergembira seperti dahulu.

  Aadyan takut, namun segala urursannya dia serahkan kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi.

  Maka, wajiblah bagi kita untuk sentiasa mempercayai Yang Maha Esa. Serahkan segala urusan kita kepada -Nya.

  Kita hanyalah insan yang lemah. Yang memerlukan pertolongan dari Tuhan.

  Jangan kita terlalu mengharap pada manusia kerana tidak semestinya manusia akan memberi apa yang kita mahukan. Dan manusia tidak akan sentiasa bersama dengan kita.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now