Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Kini iris matanya dipenuhi dengan pandangan sebuah ruangan bilik yang tidak dikenalinya.Ini bukan biliknya.
Mata dikedip beberapa kali sebelum dia memandang tingkap lut sinar yang sebesar sedepa tangan.
Ruas dahi bertemu apabila cahaya matahari mencucuk masuk pandangan Aadyan. Automatik tangan menghalang cahaya itu dari terus memasuki ruangan matanya.
Beberapa saat kemudian, tangan diturunkan lalu kepala dikalih. Sekali lagi ruas dahinya bertemu apabila belakang tangannya dicucuk satu jarum.
Dan baju yang dipakai bukan baju semalam. Ini baju hospital!!
Dan sekarang, jelaslah bahawa dia berada di hospital.
Tapi, mengapa dia berada di situ?
Puas mengingat kembali memori pada malam semalam, dia mendengus. Otaknya langsung tak beri kerjasama.
Dah lah dalam bllik ni tiada jam langsung. Jam tangannya entah di mana. Malas mahu bangun dan mencari, dia biarkan sahaja.
Lagipun, kepalanya yang berdenyut menghalangnya dari melakukan demikian.
" You're awake " suara garau seseorang menyebabkan Aadyan Noah berkalih ke arah pintu ruangan tersebut.
Kelihatan Black Dragon's memasuki ruangan itu dengan wajah yang serius.
Terangkat kening Aadyan apabila melihat rakan-rakannya seserius itu. What happen? Who make them like this?
Mereka melabuhkan duduk di sofa yang tersedia. Luthfan Zander pula duduk di kerusi pelawat di sebelaha katil Aadyan.
" Apa jadi? Kenapa aku dekat sini? Bukan ke semalam aku dekat hotel ke? Ni, asal bercucuk bagai. Sakit tahu tak. Cabutlah! Aku nak balik!!! " raung Aadyan. Dia tak mahu duduk di sini. Yang pastiz dia terseksa duduk di sini dengan kebosanan yang teramat.
" Sabar. Kau tu sakit. Tunggu lah sampai sihat dulu, baru boleh balik " ujar Luthfan disebelah dengan nada tenang.
" Sakit? Bila masa aku sakit?! Kau tu yang sakit! Aku nak balik lah Luth!! " marah Aadyan lagi. Kenapa rakan-rakannya diam membisu sahaja dan tak mahu berkata apa-apa?
Aadyan mendengus kasar.
" Be honest. What happen last night? " soal Kasyaf dengan nada tegas.
" I don't know!!! Aku ada dengan korang kan semalam? " Balas Aadyan. Sungguh dia tidak ingat memori malam semalam. Semuanya bagaikan dihapus dari kotak ingatan.
" I will make you remember " ujar Kasyaf.
" Mana si Noah ni? Lamanya pergi tandas. Buat tandas ke? " terselit gurauan dalam percakapan Zayyan Hayqayl.
" Entah. Majlis pun dah nak habis. Haish " dengus Luthfan Zander.
Kemudian, mereka duduk lagi di meja bulat itu sambil menunggu kepulangan seorang Aadyan Noah.
Hairan mereka apabila Aadyan masih tidak pulang selepas sejam.
" Aku tak sedap hatilah. Jom cari Noah! " ajak Zayyan dan mendapat anggukan dari mereka yang lain.
" Eh, dah nak balik ke? " tegur Qistina Raisha, ibu kandung Kasyaf Edriav.
Luthfan menggeleng.
" Kitorang nak pergi cari Noah. Dia tak balik balik dari tadi "
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Aksi( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...