𝓝𝓸𝓪𝓱 | 59

98 6 0
                                    


    Tiga hari sudah pun berlalu. Kecederaan ringan Black Dragon's juga sudah beransur pulih. Namun, Zayyan Hayqayl atau code name nya, King masih belum dijumpai.

   Rela tidak rela, mereka terpaksa mengikuti kata Kasyaf untuk pulang ke Malaysia.

  Tentang Zayyan? Kasyaf sudah menghantar lima puluh orang budak Black Dragon's untuk mencari Zayyan di negara Dubai tersebut.

  Entah bila Zayyan akan dijumpai.

  In Sya Allah... Zayyan akan dijumpai tak lama lagi. Dengan izin Allah.

  Aamin.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

    Zayyan perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Perkara pertama yang dia rasai ialah sakit. Kepalanya sakit, begitu juga dengan kaki.

  Kecederaannya terlalu parah oleh kerana dia berada terlalu dekat dengan lokasi bom.

  " Eh! Abang dah bangun? " Zayyan tersentak.

  Suara itu. Suara yang sudah setahun dia tidak dengar. Suara yang amata dirinduinya. Zayyan berpaling.

  Matanya tak henti menatap wajah jejaka bermata hazel di hadapannya.

  " N... Noah? " tersekat-sekat suara Zayyan ingin menyebut sebaris nama itu.

   Jejaka itu pula terpinga-pinga. Tidak tahu siapa yang dipanggil Zayyan.

  Lagilah dia terkejut saat Zayyan memeluknya. Pelukan itu sangat erat sampaikan dia sendiri hampir lemas. Zayyan meleraikan pelukan saat menyedari kondisi jejaka itu.

  " S... Sorry " Zayyan meminta maaf. Dia terlalu ikutkan perasaan. Wajah lelaki di hadapannya ini.. sama seperti arwah sahabatnya.

  " Eh.. t.. takpe! Kau ada sakit mana-mana lagi ke? Kau ada nak apa-apa? " tanya jejaka bermata hazel itu.

   Zayyan menggeleng perlahan. Matanya masih menatap wajah jejaka hazel di hadapannya. Wajahnya..sangat seiras dengan Aadyan Noah. Buat Zayyan jadi rindu pada Aadyan Noah.

  Tapi, walaupun jejaka hazel ini berwajah sama seperti Aadyan, dia pasti, ini bukan Aadyan Noah. Kerana Zayyan yakin, Tengku Aadyan Noah sudah mati.

  " Aku Zayyan Hayqayl. Panggil Yan. Kau? " Zayyan hulurkan tangan untuk berjabat dengan jejaka hazel itu.

  " Aqeel Qayyum! Panggil Qeel! " kata jejaka hazel itu lalu menyambut huluran tangan Zayyan.

  " Kau berehatlah dulu. Aku nak masak kejap " ujar Aqeel Qayyum dan mendapat anggukan dari Zayyan.

   🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

    Zayyan menyua makanan yang baru sahaja dimasak Aqeel ke dalam mulut. Zayyan mengangguk kecil. Sedap.

  " Sedap? " tanya Aqeel Qayyum. Zayyan sekadar mengangguk bagi membalas pertanyaan Aqeel.

  " Masakan kau buat aku teringat dekat kawan aku "

  " Oh iya? Mana dia sekarang? " tanya Aqeel.

  " Dia dah meninggal " ujar Zayyan. Aqeel terdiam.

  " Sorry "

  " It's okay. Perkara dah lepas " Zayyan kembali berpaling pada makanan di meja.

  Tak lama kemudian, Zayyan memandang Aqeel semula.

  " Kau.. taknak tanya ke aku dari mana? Kau tak takut kau tengah rawat orang jahat sekarang ni? " Aqeel menggeleng.

  " Mother kata, kalau kita nak tolong seseorang, kita kena ikhlas. Jangan tengok siapa dia. Tak kiralah dia orang baik atau jahat, kita tetap kena tolong dia kalau dia dalam kesusahan " balas Aqeel sambil mengingati semula kata-kata ibunya kepadanya.

  " Oh mother? Mana dia? Kenapa aku tak nampak pun dia dekat sini? "

  Aqeel diam. Membayangkan wajah garang mother pun dah cukup buat Aqeel meremang. Mother nya garang ya amat! Entah apa reaksi mother nanti jika mother tahu dia bawa pulang lagi seseorang ke rumah.

  " Mother... Dekat bandar. Katanya nak beli barang. Maybe seminggu dua baru mother balik " balas Aqeel Qayyum.

   Zayyan membentuk mulut O saat mendengar jawapan Aqeel.

  " Boleh aku tanya sesuatu? " pinta Aqeel Qayyum. Zayyan mengangguk.

   " Kau.. dari mana? Macam mana kau boleh dapat kecederaan parah macam ni? Kau pergi berperang ke? Kau orang Malaysia kan? Macam mana boleh sampai sini? " soal Aqeel bertalu-talu.

  " Erk... Ya aku orang Malaysia. Aku datang sini sebab kerja " balas Zayyan. Tidak pula dia beritahu bagaimana dia mendapat kecederaan yang dialami sekarang. Rasanya tak perlu kot.

  " Kerja apa? Mafia? " teka Aqeel Qayyum. Tepat matanya memandang anak mata Zayyan Hayqayl.

  " Boleh dikatakan macam tu " jujur Zayyan. Walaupun pekerjaannya bukan mafia dan hanya pembekal senjata, mereka tetap membunuh dan menyebabkan mereka mendapat gelaran mafia. Orang-orang mafia yang terkenal di seluruh dunia pun menggelar Black Dragon's sebagai mafia terhandal. Tak boleh buat apa dah.

" Ouh "

  Zayyan mengangkat kening. Budak ni tak takut ke dengan aku?

  " Kau... tak takut dengan aku? " Aqeel kembali menoleh.

  " Tak. Buat apa nak takut. Mother lagi menakutkan kalau nak dibandingkan dengan mafia. " Balas Aqeel jujur.

  Zayyan tergelak kecil. Takut bebenar si Aqeel ni dengan wanita yang bergelar mother.

  " Lagipun sebelum ni ramai lagi mafia yang aku bawa balik " sambung Aqeel lagi.

  Zayyan diam. Bermakna bukan dia seorang sahaja yang dibawa pulang Aqeel untuk dirawat?

  Zayyan memandang Aqeel dengan pandangan curiga. Siapa sebenarnya jejaka bermata hazel ini? Perwatakan, pengenalannya sangat misteri.

  𖧷𑁍᪥

الهم صل ال سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
 

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now