Tengku Aadyan Noah melabuhkan duduk di kerusi kayu di ruang meja makan tersebut. Wajah datar ditayangkan. Langsung tiada secalit senyuman di wajah.Buat apa nak tayang senyuman kau kalau mereka langsung tak nak pandang? Bercakap pun tak nak.
Jangan sia-siakan senyuman kau. Senyuman kau hanya akan berharga bagi orang yang tepat.
" Kalau kau menyampah sangat duduk dekat rumah ni, pergi keluar sana! Aku pun tak ingin nak tengok muka kau tu. Munafik " Aadyan memejam mata seketika apabila mendengar sindiran Melati.
Sudah lah kepalanya sedang berdenyut, ditambah pula dengan ayat menyakitkan hati Melati. Haih. Sabar jelah.
" Tengok. Bercakap dengan kita pun tak mahu. Kan Fahar? " tanya Melati sambil memandang abangnya.
" Betul. Berambus jelah. Duduk dekat sini pun, bukan ada guna " sinis Fahar.
" Eh pakcik. Mulut tu tak ada lesen betul ek. Diam boleh tak? " bidas Harith Karl. Geram dengan perangai Fahar dan Melati..serta geram dengan perangai Aadyan yang hanya mendiamkan diri.
" Kau siapa nak masuk campur hal keluarga kami? Diam sahaja lah! " Marah Fahar sedikit bengang.
" Eh. Kawan kau ni memang suka jaga tepi kain orang ek? Patutlah rahsia kau tak terbongkar. Ada cable rupanya! " fitnah Melati.
" Kalau ya pun, bukan hal mak ngah dan pak long " bidas Aadyan ringkas.
" Ei kau. Siapa kata? Aku keluarga kau tahu! Ada kaitan lah! "
" Kenapa kau simpan lagi anak derhaka ni?! Menyemak betul! " marah Melati.
Tak sempat Aadyan membidas, Adrian mula bersuara.
" Memang aku taknak simpan pun. Lambat laun, aku buang juga dia ni. Tunggu masa aje " sakit. Pedih. Perit. Sakit hatinya mendengar ayat yang keluar dari mulut ayah kandungnya sendiri.
Lagi sakit apabila ibu dan adik beradiknya langsung tidak menegur Adrian. Seakan akan mereka bersetuju dengan kata-kata Adrian.
Dan jelas menandakan Aadyan tidak berharga lagi dalam keluarga itu. Sia-sia sahaja dia munculkan diri.
" Rian. Apa cakap macam tu. Bawa mengucap " tegas tokma. Aadyan sedikit bersyukur apabila masih ada yang membelanya.
" Apa mak? Perkara betul mak " balas Adrian. Tokma menggeleng kepalanya.
" Sudah. Makan. Sejuk nanti tak sedap pula " arah Puan Marina. Meredakan perbalahan di situ. Dia tahu Aadyan kecil hati dengan mereka semua.
Aadyan hanya termenung memandang nasi di hadapannya. Rasa tak selesa apabila duduk makan bersama dengan orang yang tak menghargai dia.
Aadyan bangkit dari kerusi. Langkah ditala keluar dari rumah tersebut. Dia perlukan tempat untuk menenangkan diri.
" Eh Noah. Nak pergi mana tu? " baru kali ini terdengar suara Melur. Aadyan tersenyum palsu. Sakitnya rasa apabila hanya itu ayat yang Melur katakan kepadanya.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎Sebuah tasik yang tersembunyi di tengah-tengah hutan itu menjadi tempat untuk Aadyan merehatkan diri. Mata hazelnya redup menatap air tasik yang jernih itu.
Sedih hatinya apabila mengingat kembali ayat ayahnya beberapa minit tadi.
Tak terhingga rasanya.
Mahu sahaja Aadyan menangis sendiri di situ. Namun, Aadyan perlu kuat. Tak kiralah semasa sendirian, atau semasa bersama orang-orang.
Sama sahaja.
Kedua-dua belah tangan memeluk erat lutut. Dagu direhatkan pada kepala lutut.
Lama dia menatap air tasik itu sebelum Aadyan bertindak mengambil buku diarinya yang sejak tadi berada di sebelahnya.
Aadyan mula menulis di ruangan yang kosong.
" They are all same! It's like...aku tak ada guna. Aku tahu. Aku salah, aku berdosa sangat dengan mereka. But, itu tak bermaksud aku tak ada perasaan. It's hurting me inside and outside.
But, I have to be strong "
Buku ditutup seusai menulis. Pen dan buku diletakkan di atas tanah tersebut.
Sudah lama Aadyan menulis diari. Sangat lama. Setiap kali ada perkara yang membuatkan dia gembira, sedih dan marah, pasti dia akan menulisnya sebagai kenangan dan luahan.
Aadyan tiada tempat luahan. Buku yang menjadi tempatnya meluahkan.
Lagipun, menulis adakah hobinya. Baginya, menulis ialah satu ketenangan.
" Noah " terhinjut sedikit bahu Aadyan saat dipanggil.
Kepala ditolehkan ke sebelah kanan. Sisi wajah Orkid Aadryana dipandang kosong. Entah sejak bila gadis itu berada di situ.
" Kau buat apa dekat sini? Pergi balik Ryana. Bahayalah dekat sini " kata Aadyan mendatar.
" Kau tahu bahaya tapi kau tetap pergi sini. Kenapa Ryana tak boleh? " Aadyan diam tidak menjawab.
" Noah. Ryana minta maaf pasal hal tadi. Ryana tak mampu buat apa " pinta Orkid dengan sayu.
Diam. Aadyan hanya diam.
" Baliklah Ryana. Aku faham. Aku tak salahkan kau " ujar Aadyan sedikit tegas.
Orkid mengeluh kecil lalu berdiri.
" Ryana balik dulu. Noah jangan lama-lama tau kat sini " kata Orkid lembut.Aadyan tidak menoleh saat Orkid pergi dari situ. Jujur, dia masih terasa hati. Berikan dirinya masa untuk tenangkan diri.
" Dulu, aku dicaci sebab lemah. Sekarang, aku bukan lemah. Tapi, kenapa semua orang tetap nak caci aku? Hina sangat ke aku ni Ryana? " sebak Aadyan berkata.
Orkid kembali berpaling. Dia diam.
" Bagi Ryana. Noah lah abang yang terbaik untuk Ryana. Diorang aje yang buta sebab tak nampak baik Noah "
Aadyan memejam mata. Jawapan itu tidak dapat memuaskan hatinya.
Hatinya tetap rasa sakit.
𖧷❀𑁍
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...