Aadyan merenung wajah wanita yang terbaring lemah di atas katil hospital itu. Sayu hatinya melihat keadaan wanita itu. Walaupun dia benci akan wanita itu, tetap ada rasa kasihan terhadap wanita itu.Kerana wanita itu pernah menyelamatkan Aadyan dahulu.
Aadyan memandang ke arah luar tingkap. Langit sudah berganti dengan pagi. Aadyan langsung tidak boleh melelapkan mata.
Teringat akan pesanan Kasyaf membuatkan Aadyan mengeluh kasar.
" Kau berhutang dengan aku. Lepas perempuan ni bangun, aku nak kau cerita semuanya. No lies "
" Kenapa aku perlu kesiankan kau sedangkan kau yang paling kejam layan aku dulu? " Aadyan benci. Benci dengan perasaannya.
Saat dia ingin membenci, pasti perasaan kasihan akan mula hadir. Membuatkan Aadyan semakin benci akan dirinya sendiri.
Kelopak mata wanita itu terbuka. Terkebil-kebil wanita itu memandang wajah suci Aadyan Noah yang memandangnya tidka berkelip.
" Kau dah bangun, Charlotte " kata Aadyan mendatar.
Telefon pintar dicapai untuk menghubungi Kasyaf untuk memberitahu wanita yang bernama Charlotte itu sudah bangun.
Jeda.Charlotte menatap Aadyan penuh sebak. Beberapa saat kemudian, dia mengubah posisi baring kepada duduk. Badan disandarkan pada kepala katil hospital itu.
Rasa sakit di bahu dia hiraukan. Dia hanya ingin selesaikan semua ini.
Lama mereka mendiamkan diri. Beberapa minit juga. Sehingga Charlotte sendiri yang mengambil keputusan untuk bersuara.
" A-ayan. I'm sorry " air mata bertakung di tubir mata wanita itu.
Hangat terasa pada kornea mata Aadyan saat mendengar tutur kata wanita itu.
" Saya tahu. Saya banyak buat salah dengan Ayan. Saya tak patut dimaafkan. Saya dah banyak buat Ayan menderita. Tapi, saya menyesal Ayan. Char menyesal. Sangat. Suami Char dah bencikan Char. Dia nak bunuh Char "
" I'm sorry Aadyan. Saya tak sepatutnya seksa Ayan. Char menyesal. Menyesal sangat Ayan. Char rasa nak mati sebab terlalu rasa bersalah dengan Ayan. Char lah yang banyak seksa Ayan dulu. Sampaikan masih ada parut di badan Ayan " ujar Charlotte sambil mengerling seketika parut panjang di leher Aadyan.
Semua itu perbuatannya. Pasti banyak lagi parut di bahagian badan Aadyan.
Aadyan memejam mata seketika sambil menunduk ke bawah.
" Maafkan Char? Char merayu. Char tak dapat tenang kalau Ayan tak maafkan Char. Please, Ayan. Mama merayu "
Aadyan membuka mata. Gelaran mama dia gunakan untuk Charlotte. Tetapi, Charlotte sendiri yang buat dia ubah gelaran itu. Aadyan sudah menganggap wanita itu sebagai ibunya, namun, apa yang dia dapat?
Dia hanya dapat penyeksaan, pengkhianatan!
" It hurt me so good. Aku menderita selama ni Char! Aku menderita. Sakit yang aku tanggung tak sesakit derita yang kau tanggung! Aku dah kotor Char. Badan aku dah...hodoh. Mana-mana mesti ada parut yang kau buat dekat aku! Sakit sangat, Char. Aku takut nak cakap perkara sebenar dekat kawan-kawan aku. Aku takut diorang benci aku. Aku takut. Aku dah tak ada sesiapa Char "
" Kenapa sikit pun kau tak kesiankan aku Char? Kau tak pernah dengar rayuan aku! Tak pernah. Yang kau tahu, seksa seksa dan seksa aku sampai mampus! Apa salah aku dengan kau Char? Sampai kau sanggup nak bunuh aku? Kenapa kau selamatkan aku kalau niat kau cuma nak menyeksa aku?! Kenapa kau tak biar aku mati dalam tangan suami kau tu? Kenapa?!!! " Sebak Aadyan meluahkan segala isi hatinya selama ini. Berat derita yang ditanggung tak mampu lagi dia tanggung.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...