Aadyan Noah merenung redup pemandangan di luar tingkap hospital itu sambil berbaring di atas katil.Dia bosan, sudah lama dia tidak berbual dengan rakan-rakannya. Namun, dia masih tiada mood untuk berbual.
Masih ada perasaan takut dan dendam kepada mereka. Ini semua kerana imaginasinya yang membuat dia melihat simbol bulan sabit di mana-mana anggota badan rakan-rakannya.
Aadyan tidak boleh mengawal perasaan itu. Dia tidak mampu.
Bukannya dia tidak rindu untuk berbual dengan rakan-rakannya. Tetapi, atas faktor tertentu seperti yang dikatakan tadi.
Aadyan cuma tak mampu.
Saat ini, dia kembali seperti dirinya yang dahulu. Dirinya yang lemah. Sangat lemah. Tak mampu melawan walaupun sekali.
Dan Aadyan juga serik apabila disuntik ubat tidur setiap kali dia mengamuk.
Dia rasakan dirinya di sini hanya lah beban.
Dan kata-kata lelaki itu ada betulnya. Baik mati sahaja dari menyusahkan orang lain.
Tetapi, ada kalanya Aadyan berfikir bahawa tiada yang mampu memahami dirinya.
Jika ada pun hanya seorang, atuknya. Namun, atuknya sudah meninggal dunia.
KLAK
Namun begitu, Aadyan tigak berganjak dari baringannya. Dia sudah penat ingin melawan. Jika melawan, pasti ubat yang menjadi penyelesaiannya.
Dia penat. Sangat penat.
" Noah. Aku ada beli makanan untuk kau. Kau nak makan? " soal Luthfan sambil meletakkan plastik makanan yang dibelinya di atas meja.
Senyap.
Luthfan mengeluh kecil.
" Noah. Makan lah. Kau tak sarapan pun lagi " pujuk Luthfan sambil berdiri di sisi katil Aadyan.Aadyan mendengus geram. Aadyan mengubah posisi baring kepada duduk. Dia mengalah.
Luthfan menyimpan senyum. Pujukan berhasil.
Luthfan membuka plastik makanan lalu penutup pinggan polisterin itu dibuka. Sudu diletakkan di atas meja makan hospital tersebut.Aadyan mengambil sudu tersebut. Dia langsung tidak memandang wajah Luthfan yang duduk di kerusi pelawat sebelah katilnya.
KLAKK
Aadyan mengerling sekilas orang yang masuk ke dalam wad itu. Kelihatan Kasyaf masuk ke dalam wad tersebut.
Aadyan meletakkan sudu kembali di atas meja membuatkan Luthfan seperti berjaga-jaga dengan Aadyan.
Aadyan merenung dalam Kasyaf yang bergerak ke arahnya. Aadyan mencapai kembali sudu sebelum tangan diangkat untuk membaling sudu itu kepada Kasyaf.
Namun aksinya terhenti apabila melihat satu picagari yang ditunjukkan oleh Kasyaf.
" Don't throw " arah Kasyaf tegas.
Aadyan menunduk. Sudu diletakkan kembali di atas meja.
" Kau dah jumpa siapa penceroboh malam tu? "
Aadyan memasang telinga mendengar segala perbualan Luthfan dan Kasyaf. Sudu turut diambil sebelum dia menyua nasi goreng ke mulut.
Kasyaf menggeleng lemah.
" Aku tak dapat jejak dia. Even Hud tak boleh kesan lokasi dia sekarang. Dia licik " balas Kasyaf.Kemudian, mereka berkalih kepada Aadyan yang senyap sahaja. Aadyan yang merasakan dirinya diperhati terus berkalih. Takut juga dia apabila ditenung sebegitu rupa.
" Boleh kau cerita apa yang jadi malam tu? Kenapa kau dengan Harith boleh cedera teruk? Kau nampak muka dia? Kau kenal dia? " soalan yang bergunung dari Kasyaf menyebabkan Aadyan tersentak.
Kasyaf pasti mengingat dia sudah sedikit sembuh namun hakikatnya tidak. Aadyan cuma mampu mengawal sedikit amukannya.
Aadyan menunduk.
" I have told you. You can't run from me "
" I can't believe you still scared of us. Huh? "
" You're weak! Just accept it! "
" ARGH!! "
Sekelilingnya hanya ada...
Darah
Darah
DARAH!
Aadyan menggenggam penumbuk. Aadyan laju mencapai bantal lalu dibalingnya ke arah Kasyaf. Tidak cukup dengan itu, pasu bunga yang baru sahaja ditukar oleh pihak hospital diambil lalu dibaling ke arah mereka.
PRANGG
Mujur mereka berdua sempat mengelak. Tetapi, ada serpihan kaca yang mengenai kaki Luthfan. Namun dia hanya hiraukan.
Wajah berkerut menahan tangisan Aadyan dipandang sebak. Mereka tak menyangka akan jadi begini.
Mereka sangka Aadyan sudah lebih baik memandangkan hari ini hari ketiga dia diberi ubat oleh doktor Rose.
Pintu dikuak kasar oleh Rose. Rose dan Harith yang masih berpakaian hospital kini memasuki wad Aadyan dengan laju.
Mereka dengar bunyi kaca pecah beberapa saat tadi. Disebabkan itu mereka cepat-cepat masuk ke dalam. Kebetulan pula Harith meminta tolong Rose untuk menemaninya ke wad Aadyan.
Saat iris mata menangkap kelibat Harith dan Rose, tangan beraksi sekali lagi. Mug yang terdapat di kabinet sebelah katil itu dia ambil lalu tangab diangkat untuk membalingnya ke arah dua orang doktor itu.Nasib mereka baik apabila Kasyaf menyuntik Aadyan. Tepat pada masanya.
Tangan Aadyan merasa lemah. Mug yang dipegang tadi juga hampir jatuh ke bawah dan sempat ditangkap Harith.
" S-sor--ry " mereka terkedu.
Ayat pertama yang diungkapkan Aadyan sejak dia bangun dari koma. Sorry.
Tubuh Aadyan melemah di dalam pegangan Kasyaf. Mata dipejam rapat.
Kasyaf membaringkan Aadyan kembali di atas katil. Rose mengambil alih. Dia memegang pergelangan tangan Aadyan untuk memeriksa nadi jejaka itu.
Alhamdulillah. Normal. Rose menghela nafas lega.
" Awak ada tanya dia sesuatu ke? " soal Rose dengan lembut tetapi terselit nada tegas.
Kasyaf mengangguk jujur.
" Aku tanya dia tentang kejadian malam tu. And end up like this. It's my false "Rose mengangguk kecil.
" Don't do that again. I begging you all. He need time to recover. Don't make him stress or thinking about his memories " bersungguh Rose meminta kepada mereka bertiga. Sebagai doktor, dia sangat sedih jika melihat pesakit yang berada di bawah jagaannya semakin teruk keadaannya atau tidak berubah langsung." Sorry " pinta Luthfan perlahan.
Rose membetulkan sedikit selimut Aadyan sebelum dia kembali memandang Kasyaf, Luthfan dan Harith.
" You're going to call doc Aurel? " teka Harith memahami pandangan Rose.
Rose mengangguk.
" Dah tiga hari. Noah masih tak sembuh. Saya terpaksa juga panggil doc Aurel " jelas Rose.Mereka bertiga mengangguk faham.
❀❁𑁍
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...