Ketiga-tiga buah kereta itu meluncur laju di jalan raya. Mereka baru sahaja mahu pulang ke mansion mereka selepas berborak dengan Zean a.k.a Tengku Aezean Xavier.Aezean juga tak dapat berborak lama dengan mereka kerana dia ada kerja yang perlu diselesaikan.
Dan tepat pada masa, Aadyan tidak berjumpa dengan Aezean oleh kerana Aezean yang tergesa-gesa keluar dari restoran.
Kereta-kereta mewah itu berhenti di tempat parkir kereta rumah agam Black Dragon's.
Satu persatu dari mereka mula turun dari kereta itu dan tinggallah Aadyan berseorangan di dalam keretanya.
Stereng digenggam erat. Matanya tidak lepas merenung pemandangan di hadapannya.
Dia buntu. Jika hari ini dia berjumpa dengan si dia, maka lain hari dia pasti akan berjumpa juga. Memandangkan hubungan rakan-rakannya dengan Aezean sangat akrab.
Dia pasti akan dipaksa untuk berkenalan dengan Aezean walaupun hakikatnya Aadyan sudah lebih mengenali Aezean.
Badan dikeluarkan dari perut kereta. Kaki menuju ke arah pintu utama rumah agam tersebut.
Pintu ditutup selesai dia masuk ke dalam. Wajah rakan-rakannya di ruang tamu yang sedang menonton televisyen itu Aadyan pandang buat seketika.
Belum sempat Aadyan Noah ingin menekan butang lif, suara seseorang memberhentikan pergerakannya.
" Who is Tengku Adam Dree? " dingin suara Kasyaf menyoal Aadyan.
Aadyan dapat rasakan semua mata merenungnya.
Perlahan-lahan badan dikalihkan ke arah rakan-rakannya. Senyuman kekok menghiasi wajah tampan Aadyan Noah.
" Tengku what? Aku tak kenal " balas Aadyan Noah berani.
Semakin tajam pandangan Kasyaf terhadap Aadyan. Aadyan hanya buat tak endah.
" Tell us. " arah Kasyaf. Tetap dengan pendiriannya.
" Aku dah kata aku tak kenal dia! Kau pahal?! " naik berang Aadyan dibuatnya.
" Noah! Just answer! Kitorang bukan kawan kau ke sampai kau nak berahsia sangat? " timbul rasa kecewa di hati mereka apabila Aadyan Noah langsung tak mahu berkongsi apa-apa dengan mereka. Seolah-olah mereka bukan lah sahabat kepada Aadyan Noah.
Aadyan mengeluh kasar. Mata dipejam rapat.
" He is my grandpa. Puas? Dah lah, aku naik dulu " kata Aadyan Noah lalu menaiki tangga. Malas lah tunggu lif.
Diam. Mereka memandang sesama sendiri.
" Okay....aku tak pernah nampak Noah marah-marah macam tadi " ujar Daniell perlahan.
" Of course dia marah. Kita tanya pasal benda peribadi dia. Kalau aku, aku pun marah " ujar Zayyan seolah menyokong perbuatan Aadyan.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Aadyan Noah memandang langit pagi di balkoni biliknya. Akibat bosan yang melampau, dia hanya mampu tenung langit di luar rumah agam.
Rakan-rakannya yang lain pula tidak ada di rumah. Entah di mana mereka semua pergi, dia pun tidak tahu. Dan tak mahu ambil tahu. Pandailah mereka jaga diri mereka.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...