𝓝𝓸𝓪𝓱 | 34

89 5 0
                                    

( Another song from me! )

Tengku Aadyan Noah merenung seketika parut panjang yang ada di lehernya dari pantulan cermin. Setiap kali dilihat, pasti memori itu akan kembali bermain.

Aadyan berhenti termenung. Baju-baju di dalam almari diambil lalu disumbat masuk ke dalam bagasi berwarna hitamnya.

Memang. Memang semua barang Aadyan berwarna hitam. Tak hitam, putih. Itu sebabnya di selalu dibebel Luthfan. Namun, apa yang dia kisah. Aadyan tetap dengan pendiriannya.

Aadyan mencapai telefonnya dari atas meja apabila gajet itu berdering mengikut rentaknya.

Ikon hijau digesek laju selepas nama pemanggil dibaca.

" A-abang. Mommy.. mommy hilang abang! " suara di balik panggilan menerjah pendengaran Aadyan.

Aadyan memejam mata seketika sebelum bersuara.

" Aku tahu. Relax ok? Aku dah nak balik ni " pujuk Aadyan lembut.

" T-tolong cepat Noah.. Ryana merayu. Ryana risau dengan mommy "

Aadyan mengangguk perlahan.
" Aku tahu. Calm down, ok? " Aadyan menamatkan panggilan. Tak mampu lagi dia berlama untuk mendengar suara sayu Orkid Aadryana.

Itulah tujuannya mereka semua pulang ke Malaysia. Kerana Melur Razqya dikatakan hilang. Dan Aezean meminta tolong Black Dragon's.

Terkejut tidak kepalang Aadyan saat mendengar berita dari Kasyaf. Namun dia sempat menukar reaksinya. Tak mahu lah orang lain merisaukannya.

' Ya Allah. Lindungilah ibuku walau dimana dia berada '

Hanya doa yang mampu dia buat. Hanya dengan Allah sahajalah kita meminta pertolongan.

🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎


Black Dragon's bergegas ke Tengku Adrian Mansion. Tak sampai lima belas minit mereka memandu, akhirnya sampai jua di destinasi.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam yang cukup mewah dengan hiasan dan reka bentuknya. Sebaik sahaja berada di ruang tamu, kelihatan Tengku Adrian and the family sudah menunggu mereka.

Turut ada Ariq dan Ariqe yang sedang cuba menjejak lokasi Melur dengan teknik hacking mereka berdua. Kasyaf yang mengarah mereka berdua untuk menolong Tengku Adrian sebelum dia pulang.

" Macam mana Zean? " tegur Kasyaf selepas mereka berjabat tangan.

" Still tak dapat " Aezean mengeluh kecil. Sungguh dia risaukan ibu kandungnya.

" Let me do it " arah Aadyan kepada Ariqe.

Ariqe memberikan laptopnha kepada Aadyan. Aadyan menghempas punggung ke atas sofa. Jari jemarinya laju menari di atas kekunci laptop tersebut.

Matanya tekun menatap segala nombor-nombor coding yang tertera pada laptop tersebut.

" Kau tahu siapa yang buat semua ni? " tanya Kasyaf.

Aezean mengangguk.
" Ghost "

Aadyan tersenyum sinis. Sudah agak ini semua angkara Ghost.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now