Kepala menunduk memandang sinki. Kedua belah tangannya menongkat badan di tepi sinki tersebut. Matanya dipejam rapat.Sebentar tadi, selesai sahaja membersihkan diri dan memakai baju, kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut hebat. Mungkin kerana kesan penat semalam masih belum hilang.
Mata dibuka lalu pantulan dirinya di dalam cermin itu direnungnya. Nafas dihelas kasar sebelum dia keluar dari bilik air itu.
Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan menuju ke ruang makan.
Punggung dilabuhkan di kerusi. Mata melihat sekeliling. Tiada kelibat rakan-rakannya kelihatan. Mungkin mereka masih belum bangun.
Tak mengapalah, hari ini Aadyan meringankan tangan untuk membantu membuat sarapan untuk mereka dan dirinya.
Dia bangun dari kerusi lalu kaki panjangnya kini berdiri di hadapan peti sejuk. Bahagian dalaman peti sejuk itu ditatapnya lama.
Memikir tentang apa yang boleh dia masak.
Ada sayur, ikan, ayam, daging dan barang-barang basah lain. Terdapar juga susu dan air jus kotak di pintu peti sejuk tersebut.
Tangan mencapai carrot dan tomato. Dia fikir ingin buat nasi goreng sahaja.
Maka, bermulalah sesi memasak Aadyan Noah.
Walaupun kepalanya masih berdenyut, dia hiraukan semua itu. Lagipun, dia sudah berjanji dengan Tengku Adam Dree yang dia akan melawat awal pagi hari ini.
Kedengaran bunyi derapan-derapan kaki sedang menuju ke arah ruang santapan. Bunyi geseran kaki kerusi yang ditarik mereka mula memenuhi segenap ruang itu.
Aadyan tanpa berpaling mengetahui siapa gerangan itu. Sah rakan-rakannya turun serentak.
Namun, apa yang dia pelik, mengapa senyap sahaja?
Selalunya bising sahaja dengan suara Daniell dan Hud yang sering bergaduh mulut.
Dia tepis perasaan negatif. Nasi goreng yang sudah siap dimasak Aadyan letak ke dalam mangkuk kaca.
Mangkuk kaca yang berisi nasi goreng itu diletakkan ke atas meja. Pingan-pinggan dan sudu-sudu turut diletakkan di atas meja.
Luthfan tanpa diarah terus mencedok nasi goreng yang masih panas itu ke dalam pinggan lalu diberikan kepada rakan-rakannya.
Selepas itu, dia duduk kembali ke kerusinya. Nasi goreng dijamah selepas membaca basmalah.
" Kau..nampak pucat Noah " tegur Harith Karl di hujung meja makan.Semua mata kini merenung Aadyan Noah dalam.
" Mana ada. Aku okey je " balas Aadyan Noah. Tak mahu rakan-rakannya syak sesuatu.
" Ye ke? Cam tak leh percaya je " ujar Daniell Hudfhi pula.
Aadyan Noah mengangguk perlahan.
Mereka diam. Tak mahu lagi mendesak Aadyan Noah. Ialah, Aadyan Noah memang suka berahsia. Jika didesak, lagilah dia nafikan.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
TOK TOK
" Noah!! Siap cepat!! Kita dah nak pergi ni!! " laung Luthfan Zander dari luar pintu bilik Aadyan Noah.
Aadyan Noah terus terbangun dari lena. Kacau betul. Dia bangun dari baringan lalu keluhan kecil dihela.
Baru teringat bahawa mereka akan pergi berjumpa dengan Zean yang dikatakan Kasyaf kelmarin.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...