1 TAHUN KEMUDIANBANG BANG
BANG!
BANG BANG BANG
Berselang-seli tembakan dilepaskan. Dari musuh dan dari pihak Black Dragon's.
" Move! " arah Kasyaf tegas.
Budak-budak Black Dragon's kini maju ke sarang musuh. Satu persatu musuh ditembak mati oleh mereka.
Black Dragon's kini bergerak ke arah satu ruangan yang menempatkan ketua musuh. Taiko.
Pistol diacukan ke kepala Taiko. Taiko pula hanya diam tanpa melawan.
" Kau dah kalah taiko. Menyerah sahaja " tegas Kasyaf.
Tawa halus terletus dari dua ulas bibir Taiko.
" Memang aku kalah. Sekalipun aku mati, kau semua perlu mati bersama aku!! "
TIT TIT TIT
Black Dragon's berpandangan sesama sendiri.
" Shit! Bom! "
Seraya itu mereka semua berlari keluar dari situ namun semuanya sia-sia sahaja apabila bangunan di tengah-tengah hutan negara Dubai itu meletup.
BAM!
Satu persatu ahli Black Dragon's dan anak-anak buah Black Dragon's terpelanting jauh oleh kerana impak bom tersebut.
Kasyaf bangun dari tanah yang menjadi tempat hempasannya. Terasa sakit di seluruh tubuhnya namun apa yang dia kisah sekarang adalah sahabat-sahabatnya.
Dalam hati tak henti berdoa agar sahabat-sahabatnya selamat. Cukuplah dia kehilangan seorang sahabat, itu pun dah buat Kasyaf tak keruan.
" Luth! Yan! Rith! Niel!! Hud!! " panggil Kasyaf kuat.
" Kasy! Sini!! " Kasyaf pantas ke arah suara itu.
Nafas dihela lega saat melihat rakan-rakannua berkumpul di satu tempat. Kecederaan mereka juga tak begitu teruk. Namun, ada sesuatu yang kurang....
" Mana Zayyan? " soal Kasyaf risau.
" Yan? Yan!! " jerit Luthfan kuat.
" Tiga orang! Cari Zayyan! " Arah Kasyaf tegas kepada anak buah Black Dragon's.
Sementara menunggu budak-budak yang mencari Zayyan, mereka membelek dahulu luka pada badan mereka.
" Weh Dine. [Dain] Muka kau berdarah siot " kata Hud dengan dramatik. Luka hirisan kecil pada pipi Daniell dipandang penuh dramatik.
" Ehh H! Tangan kau kenapa? Nak aku patahkan terus? " tawar Daniell dengan wajah simpati.
" Erk.. tak apa lah.. hehe.. " Hud berpaling ke arah lain. Dia bersiul untuk menghilangkan debaran di dada. Tahu takut. Complain lagi pasal muka orang.
Harith menggeleng kepalanya. Ada ada jelah perangai mereka berdua ni.
" Ace! " tiga orang yang diarahkan mencari Zayyan kini berada di hadapan mereka.
" Macam mana? "
" King tak dapat dijumpai, Ace " lapor salah seorang dari mereka kepada Kasyaf.
" Kita cari dia " ujar Luthfan serius. Dia tak mahu apa-apa buruk terjadi pada Zayyan. Dia takut Zayyan tinggalkan mereka seperti arwah Aadyan buat.
" No Alpha. Stop "
" Kita berhenti "
" What do you mean Ace?! King dalam bahaya kut! " bantah Luthfan.
" Alpha. Listen to me! Stop! "
Luthfan mendengus.
" Ramai budak-budak cedera. Kita sendiri pun cedera. Jadi, kita balik. Kalau tiga hari kita masih tak jumpa King, kita balik Malaysia. Budak-budak akan cari King nanti " kata Kasyaf tegas.
Mereka hanya mengangguk setuju. Kecuali Luthfan. Dia masih tak berpuas hati.
" Balik semua!! " laung Harith Karl kepada anak-anak buah Black Dragon's.
Kasyaf mendekati Luthfan yang masih di tempatnya.
" Aku tahu kau takut apa-apa jadi dekat Zayyan. Aku tahu. Aku rasa apa yang kau rasa. Kau dan aku.. kita takut hilang Zayyan. Aku tahu kau taknak hilang sesiapa lagi. Kan? " lembut Kasyaf berkata.
" Aku dah serik Kasy. Aku taknak hilang kawan-kawan kita lagi. Cukuplah Noah. Aku dah tak sanggup dah " sekarang baru mereka rasa apa yang Aadyan rasa setiap kali orang tersayang pergi meninggalkannya.
" Kita kena balik. Dah pulih, baru kita cari Zayyan. Ok? " pujuk Kasyaf. Luthfan akhirnya mengangguk.
Harap-harap Zayyan tidak apa-apa. Haraplah ada seseorang yang baik menjumpai Zayyan nanti.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Jejaka beriris hazel itu bernyanyi kecil sambil rambang tangannya mengutip segala jenis herba yang dijumpainya di dalam hutan tersebut.
Senyuman tak pernah lekang dari bibir merah delimanya.
Kakinya berhenti saat dia tiba di satu sungai yang mengalir. Kepala disengetkan apabila melihat figura seorang jejaka terbaring lemah di pesisir sungai tersebut dengan anggota tubuhnya yang berdarah.
Kaki perlahan-lahan maju ke arah jejaka tersebut.
Kemudian, dia mencakung di sisi lelaki yang terbaring lemah itu.
" Erm.. bang? " tangan melambai-lambai di atas wajah jejaka itu.
Zayyan Hayqayl membuka perlahan matanya sebelum dia tutup kembali. Kemudian, dia gagahkan diri untuk melihat siapa gerangan di hadapannya.
" Abang ok? " Lalu pantas tangan menepuk mulutnya. Apa soalan bodoh lah.
Dia menilik dari kepala hingga kaki Zayyan. Kepala Zayyan banyak mengeluarkan darah. Kaki Zayyan juga seperti patah.
" Badan abang lemah. Jadi, saya papah abang balik rumah saya ok? " tawar jejaka beriris hazel itu.
Zayyan tak mampu membalas. Sungguh dia tak larat ketika ini. Tiada kudrat. Suara lelaki di hadapannya pun dia dengar sayup-sayup.
" Abang tidurlah. Saya bukan orang jahat. Saya jaga abang, ok? " itu sahaja ayat terakhir yang didengari Zayyan tika itu sebelum sepenuhnya dia menutup mata.
𖧷𑁍᪥
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
Dah boleh agak tak siapa lelaki bermata hazel ni?
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...