" Baba!! " Laju sahaja tangan kecil itu memeluk kaki Aadyan. Pendek kan, sebab tu ler.Aadyan menunduk untuk menyamakan ketinggiannya dengan Puteri Delisha. Bibirnya merekah dengan senyuman manis.
" Hai little sun. Miss me? " soal Aadyan bersahaja.
Wajah comel Puteri Delisha yang basah itu ditatap lucu.
" Baba. I miss you. Where did you go? Why you leave me? Hiks "
Aadyan kembali mendakap tubuh kecil Delisha. Diusapnya lembut belakang badan gadis itu.
" I'm sorry ok? I'm here dear. Don't cry "
" Jangan tinggalkan Isha lagi. Isha sayang baba " pinta Delisha di sebalik tangisannya.
Aadyan terkedu. Bagaimana nak berjanji jikalau dia hanya ada masa selama sebulan sahaja? Dalam sebulan ini, bila-bila masa sahaja Allah akan menarik nyawanya.
" Baba tak boleh janji. Tapi, selagi baba hidup, baba tak akan tinggalkan Eve " bisik Aadyan di tepi telinga Delisha. Delisha mengangguk kecil.
Aadyan meleraikan pelukan. Rambut hitam pekat Delisha yang kemas diikat dengan gaya French low bun itu dia usap kasar. Delisha memandang Aadyan sebal. Baru berjejak kasih tadi, nak bergaduh dah?
" Benci baba! Aunty Dina penat-penat buat untuk Isha! " ujar Delisha dengan wajah memerah menahan marah.
" Tadi kata sayang baba? " usik Aadyan Noah. Delisha mendengus sebelum berlari semula ke arah Medina Sofia dan Khalisha Maira. Merajuk lah tu.
Ralit memerhati Delisha sehingga Aadyan tak perasan akan tubuhnya dipeluk oleh Black Dragon's. Riak blur terpapar sebelum dia membalas pelukan sahabat-sahabatnya.
Automatik senyuman Aadyan mekar.
" Kitorang rindu kau " bisik Luthfan perlahan.
Aadyan mengangguk kecil. Dia tahu. Dan Aadyan sendiri pun merindui mereka. Tempoh setahun bukan sekejap.
" Korang nangis ek? " sakat Aadyan selepas mereka meleraikan pelukan.
" M... Mana ada! " nafi Daniell sambil mengelap laju matanya.
Aadyan tergelak kecil.
" Kau jahat Noah. Kau buat kitorang sedih " adu Hud Izzat.
" Ok! Sorry! Sorry ok guys? Takmo lah nangis nangis. Aku kan dah balik? " Mereka mengangguk laju. Setuju akan Aadyan.
" Jangan buat macam tu lagi. Jangan tinggalkan kitorang lagi. Black Dragon's tak lengkap tanpa Phoenix " sekali lagi senyuman Aadyan merundum.
" Tengoklah macam mana. Kalau Allah bagi aku hidup lama sikit, aku tak akan tinggalkan kawan-kawan aku ni " balas Aadyan dengan senyuman tawar.
" Janganlah cakap macam tu! Kau buat kitorang takut "
Aadyan senyum tipis. Black Dragon's berundur ke belakang saat dua bekas ketua Black Dragon's menghampiri Aadyan. Turut ada Qistina dan Amy di belakang Syaqil dan Khalif. Tak lupa juga dengan Medina dan Khalisha.
" Welcome back Noah " ujar Khalif dengan senyuman nipis.
" Nice to meet you again Snake, Shark " kata Aadyan.
Kemudian Aadyan tersenyum saat bertembung mata dengan Qistina, Amy, Medina dan Khalisha.
" Welcome Noah!! Miss you! " Ujar Khalisha dengan senyuman berlesung pipitnya.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...