Aadyan mengucapkan terima kasih kepada Ariqe yang menolongnya mencari maklumat tentang Puteri Delisha Evelyn. Nafas dihela lega selepas Ariqe beredar.Fail hitam itu diselak bagi membaca isi kandungannya.
Satu foto seorang gadis kecil terpapar di muka surat pertama fail itu berserta dengan segala maklumat peribadi gadis itu.
Aadyan membaca dengan teliti setiap maklumat tersebut tanpa meninggalkan satu pun. Fail itu digenggam erat sebelum dia beredar dari situ.
Sekarang, Aadyan sudah tahu siapa Puteri Delisha Evelyn. Dan sekarang, misi mencari gadis itu pula.
︎🅾︎🅰︎🅷︎
" Papa! " Aadyan menoleh ke sisi saat mendengar sayup suara seorang gadis.
Kelihatan seorang gadis kecil dengan dress berwarna merah jambu berjalan tanpa hala tuju. Resah, takut... Semua perasaan itu jelas terlihat di riak wajah gadis comel itu.
" N... Nak papa hiks " pilu hati mendengarnya.
Membutang mata Aadyan saat kaki kecil itu melangkah ke arah jalan raya yang agak sesak pada malam itu. Laju kaki panjangnya melangkah ke arah gadis tersebut.
Tangan mendakap erat tubuh si gadis supaya menghampirinya.
" Allah! Bahaya lah dik " marah Aadyan namun suaranya tetap lembut.
Aadyan terkesima apabila melihat wajah gadis itu. Gadis ini... sama seperti gadis yang dicarinya tika ini.
" D... Delisha? "
" Hiks uncle! Nak papa. Mana papa? Isha nak papa! Papa!! " Aadyan membiarkan sahaja si gadis menghamburkan rasa sedihnya di bahunya.
Aadyan pula masih memeluk erat tubuh kecil itu.
Aadyan tak mampu berkata apa. Aadyan tahu, pasti si gadis sudah mengetahui berita tentang kematian ayahnya.
Beberapa minit kemudian, tangisan Delisha sudah tidak kedengaran. Tahulah Aadyan bahawa si gadis terlelap.
Aadyan mendukung tubuh kecil itu untuk dibawa pulang. Sempat dia meletakkan tangannya di dahi Delisha. Panas.
Delisha demam.
Kasihan gadis kecil itu.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Terkejut kesemua ahli Black Dragon's saat Aadyan membawa pulang seorang gadis kecil ke dalam The Mansion.
" Anak sapa kau bawa balik ni? " soal Luthfan.
" Anak Aqil " balas Aadyan mendatar sebelum menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya.
Mereka yang lain terkaku. Mereka kenal Aqil. Mereka juga tahu akan berita kematian Aqil. Namun, mereka tak menjangka yang arwah Aqil mempunyai seorang anak.
Aadyan meletakkan tubuh kecil itu di atas tilam empuk bilik tidurnya. Kemudian, dia beralih pula ke bilik air.
Beberapa saat kemudian, Aadyan kembali dengan sebesen air dan satu kain kecil. Kain yang sudah basah Aadyan letakkan di atas dahi Delisha yang sudah terlena itu.
Kemudian, Aadyan menarik selimut untuk menutupi badan Delisha. Dia menatap lembut wajah tenang anak kecil itu.
Pasti sukar untuk si gadis menghadapi semua ini pada usia yang sangat muda. Pada umur lima tahun, Delisha kehilangan ibu bapanya sekaligus mendapat gelaran anak yatim piatu.
Namun bagitu, Aadyan tak akan benarkan Delisha hidup dalam kesedihan walau sekalipun. Kerana itu janjinya pada Aqil. Aadyan akan gembirakan Delisha.
Aadyan akan pastikan Delisha mendapat kasih sayang yang cukup darinya.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
" Uncle " suara kecil itu membangunkan Aadyan Noah.
Matanya bertentang dengan mata hitam Delisha. Aadyan Noah tersenyum kecil.
" Dear dah bangun? Dear nak apa-apa tak? " lembut suara Aadyan menyoal.
Terkelip-kelip mata Delisha memandang Aadyan. Cair hati Aadyan melihatnya. Argh! Comel!!
" Uncle siapa? Kenapa uncle hensem sangat? " polos Delisha menyoal.
Aadyan tersenyum kecil. Ada orang kata aku hensem lah!
" Uncle Aadyan Noah. Eve duduk dengan uncle okay mulai hari ni? Uncle jaga Eve " ujar Aadyan lembut. (Eve disebut dengan sebutan Ev)
" Ocey. Tapi, kenapa uncle panggil Isha, Eve? Semua orang panggil Isha, Isha " comel sahaja Delisha bertanya.
" Biarlah " balas Aadyan acuh tak acuh. Delisha mencebik.
" Eve... tahu papa Eve dah tak ada kan? " soal Aadyan teragak-agak.
Delisha mengangguk. Riaknya bertukar sedih.
" Isha dah tak ada keluarga " pilu hati Aadyan mendengar.Aadyan perlahan menggeleng.
' Kita sama Eve '" Uncle keluarga Eve mulai hari ni. Faham, dear? "
Delisha tersenyum manis sebelum mengangguk. Aadyan tersenyum kecil melihat reaksi Delisha.
" Tidur dear " kata Aadyan sambil menepuk lembut paha Delisha.
Delisha diam sambil memejam matanya. Tak lama kemudian, dia terbuai.
Aadyan menghela nafas lega.
' Aqil. Aku dah jumpa anak kau. She's cute ' bisik hati Aadyan.Aadyan rasakan seperti dia menemui sinar cahaya yang sudah tiada dalam diri sejak dibuang keluarganya beberapa hari lalu. Gadis kecil ini.. penyinar hidup Aadyan Noah.
Gadis kecil ini.. membuatkan dirinya berguna akhirnya untuk seseorang.
Terbit perasaan sayang kepada si gadis walaupun baru beberapa jam mereka bersama. Entahlah, gadis polos itu ada aura tersendiri yang membuat kesemua orang selesa dengannya.
𖧷❀𑁍
Pendek je untuk chapter ni. Sorry.
Jangan lupa berselawat...
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...