Aqeel Qayyum tersenyum kecil apabila meneroka kawasan baharu di hutan itu. Turut ada Luthfan yang mengekori di belakang. Luthfan yang nak ikut, kita bagilah." You are my sunshine, "
" My only sunshine,"
" You make me happy, "
" When skies are grey, " nyanyi Aqeel perlahan. Entahlah, sejak mimpi kelmarin, lagi itu sudah menjadi lagu kesukaan Aqeel. Seperti lagu itu sudah lama menjadi kesukaan Aqeel.
Luthfan di belakang terus hilang senyumannya saat mendengar lagu yang dinyanyikan Aqeel. Sebab senyumannya hilang ialah satu, lagu itu ialah lagu yang sering dinyanyikan arwah sahabatnya ketika bosan dan ketika ingin menidurkan Delisha.
Dan satu lagi, suara Aqeel..nyanyian Aqeel.. sama seperti arwah sahabatnya. Sangat serupa. Dan itu membuatkan Luthfan teringat akan arwah sahabatnya.
Tanpa sedar terbit perasaan rindu di hati. Rasa ingin menangis pun ada kerana dia sudah tidak dapat lagi mendengar, meluangkan masa, berbual dengan arwah.
Sungguh Luthfan rindu dengan arwah. Dia juga rindu dengan Black Dragon's yang yang dahulu.
Black Dragon's yang sekarang.. sudah tidak sama seperti dahulu lagi. Sejak kematian arwah, semuanya berubah. Black Dragon's yang dulunya dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua kini digantikan dengan kesunyian, kesepian.
Dahulu, arwah lah penyeri kumpulan mereka. Tanpa arwah, kumpulan mereka tidak akan lengkap, tak akan ceria. Dan itulah yang terjadi kepada Black Dragon's sekarang.
" Luth? " suara Aqeel menyedarkan Luthfan dari lamunan.
Luthfan menatap anak mata hazel Aqeel.
" Jauh termenung " tegur Aqeel sebelum dia kembali menilik setiap pohon dan pokok bunga liar yang tumbuh di sekitar kawasan itu.Luthfan tersenyum kecil.
" Qeel. Kau suka lagu tu? "" Lagu? Lagu apa? " soal Aqeel tidak mengerti.
" You are my sunshine, my only sunshine " nyanyi Luthfan perlahan. Dia tidak tahu tajuk lagu itu. Hanya arwah yang tahu.
" Oh! Suka! " balas Aqeel teruja.
" Kau... sama macam dia. Dia pun suka lagu tu " kata Luthfan perlahan.
" Hah? Siapa? " tanya Aqeel yang mendengar gumaman Luthfan.
Luthfan menggeleng.
" Tiada siapa " kata Luthfan lalu menapak ke hadapan. Meninggalkan Aqeel di belakang.' Dia ke? Luth maksudkan suara tu? ' getus hati Aqeel.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Seminggu sudah berlalu. Dan kaki Zayyan yang patah juga sudah semakin pulih. Black Dragon's ambil keputusan untuk pulang pada hari lusa. Mereka mahu luangkan masa dengan mother dan Aqeel sepanjang hari ini dan esok.
Lagi-lagi dengan Aqeel.
Berada dengan Aqeel seperti berada dengan arwah sahabat mereka. Tengku Aadyan Noah.
" Kamu taknak duduk sini lama lagi ke? Qeel mesti sedih kalau kamu pergi cepat sangat. Yelah, dia mana ada kawan dekat hutan ni " kata mother lembut. Sedikit sebanyak kasihan dengan anak angkatnya.
Kasyaf menggeleng.
" Tak boleh mother. Kami ada kerja dekat Malaysia. Nanti ada masa kami lawat mother dengan Aqeel lagi " kata Kasyaf bagi menenteramkan hati gundah mother.Mother mengangguk kecil. Dia perlu hormati keputusan mereka jika itu keputusannya.
PRANG!
Mother terus terbangun saat mendengar kaca pecah dari dapur.
Mother terus berjalan laju ke arah dapur. Membuntang besar matanya saat melihat Aqeel yang menongkat kedua-dua belah tangannya di sisi sinki.
Mata lelaki itu juga tertutup rapat dan dahinya turut berkerut seperti menahan rasa sakit.
" Qeel?! Kenapa ni? " langsung tak dihiraukan kaca yang pecah di lantai. Dia hanya kisahkan Aqeel pada saat ini.
" M... Mother. Q... Qeel.. Qeel p..pening " luah Aqeel lemah.
' Again? ' getus hati mother.
" Allah! Qeel!! " ucap mother saat tubuh Aqeel menghempas lantai.
Kepala Aqeel dipangku di riba.
Black Dragon's yang baru tiba di dapur segera mendekati mother yang panik dan Aqeel yang tidak sedarkan diri.
" Mother! Kenapa dengan Qeel mother?! "
Mother menggeleng tanda tidak tahu. Air mata berharganya merembes keluar membasahi pipi. Dia risaukan Aqeel. Ini sudah kali kelima Aqeel pening dan kemudiannya pengsan.
Selepas pengsan pun, mesti Aqeel akan demam. Tak demam biasa, demam panas.
Entah apa kena dengan tubuh Aqeel tika ini.
" Saya tolong cek dia mother " tawar Harith Karl. Mod doktor ON! Mother hanya mengangguk laju.
🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎
Kain basah yang sudah diperah diletakkan lembut di atas dahi panas Aqeel Qayyum. Wajah tenang Aqeel dipandang sayu. Kepala Aqeel diusap seketika sebelum dia bangun dan keluar dari bilik itu.
Kaki melangkah ke arah ruang tamu.
" Qeel dah lama macam ni ke mother? " soal Harith Karl.
Mother mengangguk.
" Dah sebulan. Dalam sebulan ni, dia kerap mengadu sakit kepala. Qeel juga kerap pengsan tanpa alasan munasabah. Mother tak tahu kenapa " sayu nada mother membalas." Ni bukan bidang saya mother. Saya sarankan mother bawa Qeel pergi hospital? Saya takut ada yang tak kena dengan tubuh Aqeel berdasarkan apa yang mother cakap tadi " tutur Harith.
Mother menggeleng kecil.
" Bukan senang nak bawa Aqeel ke bandar. Kalau mother bawa Aqeel ke bandar, mother takut ada yang kenal dia " terang mother. Meluahkan rasa gundah gulana di hati." Maksud.. mother? Bukan Qeel tak pernah keluar dari hutan ke? " soal Hud Izzat hairan.
Mother mengangguk.
" Betul. Tapi, mother buat semua ni bersebab " mother tersenyum kecil. Sudah masanya dia beritahu semuanya.Rahsia yang disimpan kini akan dibongkarkan.. di hadapan Black Dragon's.
𖧷𑁍᪥
الهم صل على سيدنا محمد، وعلى ال سيدنا محمد
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti gelapnya. Membunuh, menggodam, semua kerja gila itu dia mahir sehinggalah dia digelar Phoenix. Phoeni...