𝓝𝓸𝓪𝓱 | 50

105 6 0
                                    

PAP

  " Gotcha! " Ujarnya dengan nada berbisik. Matanya memandang ke arah rakannya sebelum mereka berdua mengangguk.

   Tubuh si jejaka yang sudah tidak sedarkan diri oleh kerana ubat pengsan yang diberikan itu mereka masukkan ke dalam tempat penumpang belakang kereta Alphard tersebut.

   " Bos " tegur mereka berdua saat pintu penumpang belakang dibuka.

  Terpampang wajah seorang wanita yang berpakaian telanjang dengan rambutnya yang panjang bebas terurai.

  " Kacang je bos nak tangkap dia ni rupanya " sinis lelaki yang memakai kaca mata hitam.

  " Sudah. Jangan buang masa. Gerak sekarang " arah wanita itu yang dikenali sebagai Anatasia.

  " Baik bos " balas lelaki yang memakai topi pula. Atau lebih dikenali sebagai Jack dan rakannya yang bernama Rico.

   Anatasia mengukir senyuman senget apabila meneliti setiap inci wajah Aadyan.

  " He's handsome. But, pity... I must kill him for Ghost " gumamnya perlahan. Jari jemarinya mula bermain-main di wajah Aadyan.

 
  🅽︎🅾︎🅰︎🅷︎

    Kelopak mata dibuka perlahan-lahan apabila merasakan ada sesuatu yang menyentuh wajahnya. Membutang matanya saat ada jari wanita yang menyentuhnya.

  Apabila dia ingin menepis tangan itu, dia sedar bahawa tangannya diikat di belakang.

  " Hi handsome. How do you feel now? " Saat jari Anatasia ingin mengusik Aadyan lagi, Aadyan pantas menoleh ke arah lain.

   " Kau nak bawa aku ke mana? " soal Aadyan dingin.

  Anatasia menjungkit bahu.
" Maybe our home, darling? " balas Anatasia dengan suaranya yang menggoda.

  " Don't touch me " keras amaran yang diberi saat Anatasia masih mahu menyentuhnya.

  " Garang. I like " bisik Anatasia perlahan.

  Dalam diam Aadyan melepaskan tangannya dari ikatan tali yang kemas itu menggunakan pisau belati yang dibawanya bersama. Dia tidak bodoh lagi untuk tak bawa apa-apa senjata bersama.

   Saat Anatasia mendekatkan wajahnya pada Aadyan, Aadyan cekap bertindak dengan mencekik kuat leher jinjang Anatasia. Anatasia memandang Aadyan tajam sebelum dia meronta untuk dilepaskan.

  Tangan naik menumbuk wajah si jejaka namun Aadyan sempat mengelak membuatkan cekikan kuat tadi terlepas. Aadyan memutarkan pisau belatinya satu pusingan sebelum dia menghalakan pisau itu tepat di leher Anatasia.

  Tubuh Anatasia ditolak sehingga wanita itu terbaring di kerusi kereta itu. Anatasia tersenyum sinis.

  " Strong.... "

  " But not clever " seusai mengungkapkan kata-kata itu, pisau belati yang diselit pada bawah kerusi diambil lalu Anatasia menggunakannya untuk menikam Aadyan. Bibir mengukir senyum senget.

  Pisau ditarik dari bahagian jantung Aadyan sebelum ditolak bahu Aadyan agar menjauhinya.

  Jack dan Rico yang melihat dari cermin mengangkat kening. Pertarungan dimenangi oleh Anatasia, betul?

  Aadyan memegang bahagian yang ditikam tadi. Darah memancut keluar dari bahagian itu.

  " See? I win darling " jari Anatasia bermain di bahu kanan Aadyan sehinggalah jari Anatasia berhenti di atas tangan Aadyan yang memegang tempat tikaman tadi.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now