𝓝𝓸𝓪𝓱 | 12

107 5 0
                                    


    Jejaka berdarah Melayu-Itali itu merenung dalam langit gelap di balkoni biliknya. Langit hitam dengan kelipan bintang-bintang bersama bulan separa penuh itu sangat menenangkan dirinya.

  Dia sangat suka akan langit. Tak kira pagi, petang atau malam.

  Dia suka semuanya.

  Ia kerana ciptaan itu ialah ciptaan-Nya.

  Kita sebagai umat Islam perlu menghargai dan menyayangi setiap ciptaan Allah SWT. Kerana dia yang menciptakan kita dan seluruh alam semesta.

  Bukannya merosakkan alam semula jadi dimana tempat kita berpijak ini.

  Beberapa minit merenung langit, dia keluar dari biliknya. Mata hazelnya mengerling sekeliling rumah agam itu.

  Sunyi.

  Gelap.

  Dan....tiada manusia.

  Jam dikerling. Pukul 9:10 malam.

  Patutlah. Yang lain sudah pergi ke hotel yang mengadakan majlis persandingan Kasyaf dan Medina.

  Aadyan mendengus. Dia ditinggal oleh Black Dragon's.

  Tak mengapalah. Lagipun, dia sudah lama tidak memandu 'jaguar' kesayangannya.

  Beberapa minit pemanduan, akhirnya Aadyan Noah tiba di MS Hotel. Hotel yang merupakan hak milik ayah Medina Sofia, Muhammed Syaqil.

  Kereta diparkir di tempat kosong.

  Kemudian, kaki melangkah masuk ke dalam hotel tersebut.

  Dia perasan akan lirikan-lirikan mata dari para gadis dan wanita semasa dia melintasi mereka.

  Maklumlah, orang kacak akan menjadi idaman para wanita. Cie cie cie!

  Fesyen Aadyan boleh tahan ringkas. Kemeja putih dengan kot berwarna hitamnya bersama seluar jeans berwarna hitam. Dikenakan pula dengan wangian dari minyak wanginya.

   " Noah!! Yow bro! " tegur Daniell sebaik sahaja Aadyan melabuhkan duduk di kerusi meja bulat Black Dragon's.

   " Dah start ke? " Soal Aadyan Noah. Luthfan menggeleng.

  Aadyan mengangguk faham.

  Matanya terkaku di satu meja bulat yang menempat keluarga Tengku Adrian Raizer.

  Sungguh hati lelakinya merasa sangat rindu kepada mereka.

  Namun, melihat mereka gembira bergelak tawa bersama tanpa keberadaannya sahaja sudah cukup membuatkan dia lega. Sekurang-kurangnya dia dapat mengetahui yang perbuatannya lima tahun lalu ada betulnya.

  " Attention guys! " arah Zayyan apabila majlis sudah mahu bermula.

  Terus Aadyan melarikan matanya dari merenung meja bulat dua meja hadapannya. Aadyan menatap pintu masuk kayu yang serupa pintu gerbang itu. Menunggu dengan penuh sabar untuk pasangan pengantin baharu muncul di sebalik pintu tersebut.

  KRAKK

  Terpampang jelas wajah berseri pengantin lelaki dan wanita yang bernama Kasyaf Edriav dan Medina Sofia.

  Mereka berdua berjalan sehinggalah tiba di pelamin mewah mereka yang terletak di atas pentas.

  Lalu Ariq dan Ariqe selaku emcee majlis itu kini berada di pentas bersebelahan dengan pelamin.

  Terus hilang senyuman gembira Aadyan apabila melihat Ariqe turut ada di situ.

  Ariqe yang mendapat tahu renungan tajam Aadyan itu terus bertentang mata dengan Aadyan sebelum dia tersenyum kekok.

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now